Wednesday, August 4, 2010

JKKK Kalau Tak Kedarah Pitih Haram Tak Boleh Ka?

Semakin bingit telinga aku mendengar cerita dan karenah dajjal JKKK. Tak sudah dengan hal pembahagian harta kerajaan kepada setiap sedara mara dan kroni mereka macam harta mak bapak depa. Manakala insan yang sepatutnya layak diketepi lantas terus dipinggirkan tak kiralah dari pihak 'sana' atau 'sini', asalkan kebusungan perut JKKK dapat dibuncitkan lagi.


KUALA TERENGGANU - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kesal kerana berlaku kepincangan dalam pengagihan bantuan zakat Hari Raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.

Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Masjid dan Amil.

"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta.

Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lepas.

Wan Harujan berkata Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).

Pengagihan bantuan bermula Isnin hingga 10 Ogos.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET