Saturday, August 28, 2010
Power Ranger Tak Puasa
Hasilkerja oleh wohulu at 23:55 0 comments
Labels: kedai kopi, pedoman, society, Terengganu
Thursday, August 26, 2010
Pak Brahim Suruh Tangkap Pengkhianat Perkauman
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, banyak tangkapan belum dibuat, terutama dalam kes-kes membabitkan rumah ibadat dan isu agama.
Menurutnya, Perkasa berharap komitmen tinggi dapat diberikan dalam siasatan kes baling botol arak dan cat merah di surau Taman Pulai Impian, Sikamat, Negeri Sembilan. kelmarin.
“Tindakan pantas polis telah berjaya menangkap mereka yang membakar Gereja Protestan di Petaling Jaya dan (pesalah) sudah pun dipenjarakan.
“Justeru, polis didesak supaya turut segera menangkap pengkhianat yang simbah cat merah dan baling botol arak di surau Sikamat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, berharap polis meningkatkan usaha menyelesaikan kes buang kepala babi di Masjid Taman Sentosa dan Taman Datuk Harun, Petaling Jaya akhir Januari lalu.
Hasilkerja oleh wohulu at 01:06 0 comments
Labels: copy-paste, politik
Tuesday, August 24, 2010
Seng Giew Boleh Faham, Kenapa Tidak Karpal?
SHAH ALAM – DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud kerana ia adalah perkara yang tidak disenangi oleh orang bukan Islam dan Barisan Nasional (BN) diminta tidak mengeruhkan perhubungan DAP dan Pas berhubung perkara ini.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giew berkata, orang Islam boleh menggunakan dan melaksanakan hukuman ini, manakala orang bukan Islam mempraktikkan hukuman yang ditetapkan kepada mereka mengikut undang-undang yang dipersetujui bersama.
“Orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana hukuman berkenaan hanya dijatuhkan kepada pesalah yang beragama Islam setelah melakukan penyiasatan dengan teliti.
“Hukum hudud adalah isu yang sangat sensitif dan memerlukan perbincangan yang teliti oleh semua pihak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, dalam beberapa dekad ini, hukum hudud disarankan oleh sebahagian individu yang terdapat di dalam parti BN.
Seng Giew berkata, dahulu BN menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan DAP dan Pas. Dan sekarang keadaan kedua-dua parti semakin tenang, kami sudah berjaya mengatasinya.
“Dalam Pakatan Rakyat (PR) isu-isu sensitif dan menyentuh agama dielakkan, umum mengetahui bahawa PR terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.
Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan hukum hudud bagi menggantikan undang-undang sivil adalah cara terbaik untuk menangani masalah jenayah dan sosial yang semakin berleluasa.-sinar
CheDet Tak Setuju...Aku Seratus Kali Lagi Tak Setuju
Hasilkerja oleh wohulu at 23:15 0 comments
Peringatan: Minyak Sapi Ini Ada Unsur Shubahah
Dalam kita terpesona melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini, ada pulak pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menganiaya kita dengan menyuntik unsur shubahah yakni lemak babi dalam makanan ini iaitu minyak sapi QBB. Biasanya minyak sapi amat popular dalam masakan nasi minyak tradisi kita orang Melayu Islam. Perancangan jahat orang kapir cuba menyelinap dari segala sudut untuk memesongkan kepala hotak umat Islam terutama dari unsur pemakanan. Oleh itu amat perlu kita berhati-hati dan menghalusi setiap aspek pemakanan harian untuk diri sendiri serta keluarga.
Presidennya, SM Mohamed Idris (gambar) berkata, ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang telah ditarik balik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.
Katanya, CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini.
Hasilkerja oleh wohulu at 07:10 0 comments
Labels: copy-paste, hukum, kesihatan
Monday, August 23, 2010
Mana Pergi TokPati Umno?
Ini dia soalan cepu masnya....
Ini jawapannya.... [Extract daripada pandangan Dr MAZA diMalaysian Insider]
No big deal... kan?? So what's the fuss??
Kata Dr MAZA lagi....
Hasilkerja oleh wohulu at 23:53 0 comments
Nasib Baik TokGuru Tenangkan Keadaan
Kenyataan Karpal tolak hukum hudud pandangan peribadi: Niz Aziz
KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu. Menteri Besar Kelantan berkata, suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu. "Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, hari ini. Nik Abdul Aziz berkata, demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud. "Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal. Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya. "Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal. Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata, ia adalah sesuatu yang sukar. "Nak mengelak tu memang tak boleh...tugas kita ialah memberi, menerangkan kepada manusia jalan ke arah kebaikan," katanya.-sinar
Hasilkerja oleh wohulu at 08:29 0 comments
Labels: copy-paste, Pas, politik
Sunday, August 22, 2010
Israel & 3F
Israel reka 1Israel, Malaysia xerox 1Malaysia.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:40 0 comments
Labels: keselamatan, pedoman, sosial
Friday, August 20, 2010
Deii Singh!!! Appaa Raaa...!!!
Marilah parawan DAP pakat-pakat pecat pakat-pakat tendang si Singh sekor ni. Selagi si mulut cabul taik karat sekular ni berkuasa veto dalam DAP selagi itulah kocak gelombang perselisihan wujud dalam Pakatan Rakyat terutama antara Pas-DAP.
Khabar dari akhbar lebong Umno-Apco.
Silaturrahim Pas-DAP kebelakangan ini amat baik dan harmoni tetapi kecabulan mulut Karpal sedikit sebanyak akan mengguris hati parawan Pas, dan sekiranya ada jawab balas dari Pas jika tidak ditangani secara berhemah maka hati parawan DAP pula akan terhiris.
Betul lah dalam sebuah pakatan terdiri dari tiga parti yang kuat dan berprinsip perlu ada diplomasi dan persefahaman. Rupanya dalam seramai manusia pakatan itu masih ada lagi sekor pengacau keharmonian senantiasa bernada kontroversi yang bakal mengundang konfrontasi.
Sedarlah Singh! Ekau tu rumah kata pergi dan kubur kata mari. Sudah-sudahlah dengan keegoan ekau. Terimalah cadangan dari seorang TokGuru secara rasional. Usah ditentang sebulatnya tapi cubalah dicernakan agar selari dengan haluan perjuangan.
Camane Kau Nak Telan Tahi Kau Ni Zahid?
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar... malang lagi nasib kau Zahid. Baru aje nak bengah kepala dah kena peteh, terpelihuk kaki kau. Orang sembang kau pun nak sembang. Orang sembang kat kedai kopi bukan taraf kau Menteri. Pastu buat modal untuk raih laba politik. Kan dah sakit tu pungkoq kau semalam banyak sangat berak. Hari ni DSAI dan Kerajaan Pulau Pinang dah peteh balik kenyataan haprak kau. So camane? Sanggup ke kau telan semula tahi kau semalam? Kalau anjing sanggup telan balik muntahnya... kau sanggup jadi macam anjing ke Zahid? Masih busuk masih hangat lagi tahi kau semalam. Elok kalau nak wat berbuka kang!
|
Hasilkerja oleh wohulu at 18:31 0 comments
Labels: BN, copy-paste, politik
Thursday, August 19, 2010
Padan Muka Kau Buat Niaya Kat Binatang
Seekor lembu mengamuk dan melompat keluar gelanggang menyerbu ke tempat duduk penonton (bijak jugak lembu tu target dan lompat). Kejadian itu dilaporkan berlaku di Tafalla utara Sepanyol dalam satu pesta laga lembu. Seramai 30 orang diberitakan cedera.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:46 0 comments
AWAS H1N1 Semakin Menular
KUALA LUMPUR: Jumlah pesakit yang disahkan menghidap Influenza A (H1N1) meningkat 25 peratus minggu ini kepada 64 kes bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos lepas berbanding 51 kes pada minggu sebelum itu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,584 orang dengan jumlah kematian kekal 92 orang.
Bagi tempoh yang sama, tujuh kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) baru dilaporkan dari lima kepada enam negeri, menurun daripada 13 kluster pada minggu sebelumnya.
Selain itu, bilangan pesakit baru dengan simptom ILI yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan dalam tempoh sama mencatat penurunan sebanyak 8.9 peratus kepada 513 orang berbanding 563 pesakit pada minggu sebelumnya, katanya.
Baki kes ILI yang masih dirawat di seluruh negara pada hari terakhir adalah sebanyak 360 kes di 60 buah hospital termasuk sembilan hospital swasta.
"Daripada jumlah itu, hanya 34 pesakit atau 9.4 peratus merupakan kes Influenza (A) H1N1 yang disahkan melalui ujian makmal. Terdapat tiga kes H1N1 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kesemuanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dr Mohd Ismail berkata walaupun dunia kini berada di dalam fasa pasca pandemik H1N1, orang awam diingat supaya mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan kerana penularan jangkitan virus itu dijangka berterusan untuk beberapa tahun akan datang sebagai influenza bermusim. - BERNAMA
Hasilkerja oleh wohulu at 23:32 0 comments
Labels: copy-paste, kesihatan, society
Bayi Malam Tahun Baru Di Buang Merata-rata
Seram sejuk bila mendengarkan akhir-akhir ini saban hari kes-kes 'menatang' buang anak. Betullah kata perumpamaan 'dikalangan binatang takde manusia tapi dalam kalangan manusia ada binatang'. Huh tragis sungguh kisah pilu pembuangan anak seperti yang terkini berlaku di Kg Takir Terengganu. Bayi lelaki dibuang dekat pintu pagar rumah seorang anggota polis.
AbgMad Said Tunjukkan Kegedebelannya.
Apa tujuan AbgMad-Umno-Apco menjarah tanah orang kampung atas nama pembangunan? AbgMad nak tunjukkan bahawa tiada yang lebih berkuasa atas mukabumi Terengganu ini selain dari Umno-Apco? Tuhan pulak AbgMad nak campak kemana?
Hasilkerja oleh wohulu at 08:12 0 comments
Labels: BN, Terengganu, tragedi
AbgMad Dok Berani Dengan Felda
Dewan Pemuda Pas Terengganu menggesa Kerajaan Negeri Terengganu bertindak tegas terhadap Felda yang dianggap membaham tanah rakyat Terengganu seluas 15,000 hektar serta mentekedarah $100,000 sebulan hasil dari tanah tersebut tanpa menampakkan sebarang pulangan untuk rakyat Terengganu. Ibarat kata Felda ni macam PARASIT lah setiap hari menghisap 'isi' dari bumi Terengganu.
Hasilkerja oleh wohulu at 07:47 0 comments
Labels: BN, politik, Terengganu
Wednesday, August 4, 2010
JKKK Kalau Tak Kedarah Pitih Haram Tak Boleh Ka?
Semakin bingit telinga aku mendengar cerita dan karenah dajjal JKKK. Tak sudah dengan hal pembahagian harta kerajaan kepada setiap sedara mara dan kroni mereka macam harta mak bapak depa. Manakala insan yang sepatutnya layak diketepi lantas terus dipinggirkan tak kiralah dari pihak 'sana' atau 'sini', asalkan kebusungan perut JKKK dapat dibuncitkan lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata terdapat orang yang tidak layak seperti golongan muda, sihat dan yang sudah meninggal dunia turut disenarai sebagai penerima zakat.
Beliau berkata pemilihan penerima bantuan raya tahun ini dibuat oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Jawatankuasa Masjid dan Amil.
"Kita harap selepas ini senarai penerima yang layak disemak terlebih dahulu sebelum diserah kepada Maidam, untuk memastikan hanya yang layak sahaja menerima bantuan zakat," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.
Pada tahun ini seramai 30,846 penerima layak menerima bantuan dari Maidam yang melibatkan peruntukan RM10.5 juta.
Kadar bantuan adalah RM300 seorang berbanding RM250 tahun lepas.
Wan Harujan berkata Daerah Kuala Terengganu mencatat bilangan penerima tertinggi iaitu 9,369 orang, Besut (5,400), Marang (5,256), Kemaman (3,661), Dungun (3,435), Hulu Terengganu (2,735) dan Setiu (990).
Pengagihan bantuan bermula Isnin hingga 10 Ogos.
Hasilkerja oleh wohulu at 07:59 0 comments
Labels: copy-paste, Terengganu
Monday, August 2, 2010
Ikhlas Dan Hipokrit
Kalau tidak kerana desakan anak yang telah 3 hari sebelumnya meng'amaran'kan aku supaya menghadiri ke majlis upacara penyerahan e-book oleh AbgMad, haram tak nak aku pergi nya. Oleh sebab kesiankan dia atau aku akan menyesal seumur hidup kot. Sebabnya ketidakhadiran aku nanti akan menatijahkan dia dari menerima pemberian e-book percuma oleh kerajaan yang perasan prihatin dan terbaik di dunia ini.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:39 0 comments
Labels: BN, politik, Terengganu
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...