Thursday, March 4, 2010

Suara Katak Suara Perkasa

Lemah dah jantung aku tatkala dengor KDN meluluskan akhbar Pak Brahim Suara Perkasa. Manakan tidak semenjak dua menjak Pak Brahim menerajui NGO Rasis Melayu ni, sana sini para penyokong dan kaki sondol Pak Brahim semakin galak dan berani melakukan adegan-adegan ganas seperti membakar gambar pemimpin Pakatan Rakyat, membuat onar perarakan kepala lembu menghina kaum India dan agama Hindu serta sebagainya lagi.


Itu baru bunga-bunga mukadimmah Pak Brahim. Aku percaya Raja Katak ni boleh melakukan lebih daripada itu. Kalau bukan kerana Pak Brahim dulu pun takkan wujud MAGERAN di Kelantan. Pekida Tiga Line pun duk bawah ketiak Pak Brahim. PERKASA lagi berkuasa.

Mudahnya KDN meluluskan penerbitan akhbar dari sebuah pertubuhan perkauman. Tak kaji dari aspek keselamatan negara? Atau memang hajat celaka kerajaan a.k.a. Umno mahu melihat huru-hara dalam negara?

Sedangkan Tian Chua terpaksa bermalam di KDN untuk merayu kelulusan akhbar Suara Keadilan. Begitu juga dengan karenah KDN terhadap Harakah. Kemain 'strict' lagi. Silap-silap boleh kena banned tabloid pembangkang. Sombongnya Umno.

Ibrahim Ali dapat permit akhbar
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) hari ini menerima surat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menerbitkan akhbar mereka sendiri. Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali memberitahu Malaysiakinibahawa akhbar berkenaan berjudul Suara Perkasa. Ditemui di pejabatnya hari ini, Ibrahim bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan tarikh untuk mula mencetak akhbar berkenaan.
Kelulusan daripada KDN itu diterima hari ini melalui sepucuk surat, kata Ibrahim.

Akhbar tersebut akan dikeluarkan setiap dua minggu.

Menjawab soalan, Ibrahim berkata: "Tengok kalau kita mampu, kita akan buat harian pula (selepas ini)." Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas kebelakangan sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam. Beliau membuat kenyataan itu selaku presiden PERKASA dan menerajui penubuhan Majlis Perundingan NGO Melayu minggu lalu. Penerbitan akhbar berkenaan dijangka membuka lebih banyak ruang kepada Ibrahim yang sering lantang menyuarakan kepentingan Melayu dan Islam.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET