Sunday, March 14, 2010

KEMELUT PETANI DI ZAMAN BN, MASIH GUNA CARA KUNO?

Oleh: NOOR DIANA MOHD. RAZIS

PERJALANAN agak panjang merentasi desa-desa di pedalaman di Tenom, perjalanan kami terhenti di satu kawasan penanaman padi. Kawasan yang agak luas menarik perhatian kami. Apakah ini yang Kerajaan UMNO/BN banggakan dengan pencapaian matlamat Kerajaan pimpinan mereka?

Lihat sahaja, petani kampung suku Murut yang masih menjalankan sistem penanaman padi secara kuno yang masih digunapakai tahun 50-an. Dapat dilihat dengan jelas dan nyata bahawa tiada keperihatinan dari wakil-wakil rakyat BN yang telah mendapat undi dari penduduk-penduduk kampung?

Di mana tanggungjawab wakil-wakil rakyat ini yang sepatutnya menjenguk dan menawarkan apa-apa khidmat bantuan Kerajan UMNO/BN? Bukankah mereka sepatutnya membela nasib para pengundi di kawasan yang diwakilinya?

Satu persoalaan yang lain pula timbul, pernahkah mereka di ulu pedalaman ini di jenguk dan ditanya khabar? Tidak pernahkah ada bantuan untuk memajukan penanaman sawah padi mereka? Bagaimana mereka dapat mempertingkatkan ekonomi kehidupan mereka sekiranya tanaman padi yang mereka usahakan masih lagi ditakuk lama? Masih lagi menggunakan kaedah kuno?

Kita semua amat maklum kaedah penanaman padi amat perlahan prosesnya, sekurang-kurangnya, sebagai wakil rakyat yang perihatin kepada pengundi-pengundi yang telah bermurah hati menyedekahkan undi mereka sehingga memangkin kemenangan pada diri masing-masing; hulurkanlah bantuan atau paling tidak jentera pembajak yang moden yang boleh digunapakai secara bergilir-gilir oleh penduduk kampung, suku Murut yang dari zaman British hingga merdeka di zaman Malaysia; mereka terbiar miskin.

Hargailah mereka yang telah berjasa secara tidak langsung kepada wakil-wakil rakyat UMNO/BN walaupun mereka hanyalah penduduk pedalaman yang serba kekurangan. Inilah tugas anda sebagai wakil rakyat sebenarnya untuk membela nasib mereka yang jauh dari arus pembangunan kota.

Inilah yang menyebabkan rakyat pedalaman kini telah beralih arah dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Inilah antara sebabnya pemimpin-pemimpin UMNO/BN telah mulai kehilangan pengundi-pengundi setia mereka hari demi hari.

Rakyat undi mereka untuk bela nasib, tetapi mereka gunakan kedudukan mereka untuk kepentingan masing-masing, ada yang tidak hadir mesyuarat dewan undangan negeri dua penggal berturut-turut, ada yang pula berlumba-lumba cari artis-artis muda untuk di jadikan madu-regu untuk isteri masing-masing. Itulah pasalnya rakyat yang diwakili tidak mendapat perhatian dan perihatin sewajarnya dari wakil-wakil rakyat UMNO/BN.

Maka janganlah salahkan rakyat seandainya pada PRU13 nanti akan berlaku lagi gelombang reformasi dan janganlah terperanjat seandainya ianya lebih hebat lagi dari PRU12.

Jangan nanti ada yang terpaksa dikejarkan ke hospital kerana serangan sakit jantung dan jangan juga ada yang menangis tidak mahu meninggalkan kediaman rasmi seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Fikirkanlah!.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET