Monday, March 8, 2010

Guane Gamok Tan Sri Harussani?

Kiri kanan belakang depan Tan Sri kena gasak. Lupa aku nak royat kat dia awal-awal supaya jangan cari pasal. Sekarang Tan Sri dah terjolok sarang tebuan. Bengkek tak rasa muka?

Orang dah senyap pasal UG tapi Tan Sri mau cari modal glamer meracun semula keredaan suasana dengan cerita rekaan pasal Kerajaang Perpaduang. Orang-orang berkenaan dalam cerita Tan Sri bukan macam si Fairuz tebuan tunggal tu. Perasan diri berbisa tapi sengat taklah hebat mana macam kerengga je sakitnya.

Haaa... ini baru tebuan betul yang Tan Sri jolok. Ini tebuan tanah. Amat bisa lagi berbisa. Silap haribulan kena sengat kalau tak rawat betul-betul boleh kojol.

Nak buat camner... Tan Sri silap tengok taqwim gamaknya... khakhakha...

Nik Aziz kesal sikap Harussani

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan sikap Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang menyebut namanya secara terbuka di khalayak ramai tanpa mengesahkan terlebih dulu apa yang didakwa itu benar atau tidak.

“Jika menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka, biarlah ada tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.

“Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sama ada benar atau tidak kenyataan Harussani yang menyebut beliau datang ke rumahnya itu biarlah dinilai sendiri oleh rakyat kerana baginya perkara itu hanya melibatkan mereka berdua.

“Yang menjadi persoalan ialah tidakkah itu satu keterlibatan politik? Sedarkah beliau bahawa Kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didukung oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur?

“Dalam bahasa mudahnya, politik dan agama diasingkan. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik.

“Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan Pas adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Harussani pada program Dialog Zaaba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lalu.

Harussani dilaporkan mendakwa keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya diperkenan Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan tertinggi parti itu.

Nik Abdul Aziz berkata, sekiranya Harussani tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi 'ejen politik'.

“Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

“Saya kira, jika seorang mufti menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa),” katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET