Wednesday, September 29, 2010

PRK DUN Galas: Langkah Keris Togel Dulu

Berpantang maut sebelum ajal. Berpantang kalah sebelum lawan. Sumpah keramat parti keris togel umno-apco. Retorik belaka tu. Belum pun ajal belum pun kalah, umno-apco dah bangkitkan jerangkung tanah dan seumpamanya serta sekalian android Yesman untuk menampung sokongan.


Pongpang-pongpang pasal Melayu dan perpaduan konon. Melayu depa letak kat juboq la, perpaduan depa kais dengan kaki jah. Matlamat mereka yang menghalalkan cara semata meratah harta rakyat dan negara je. Betul-betul umno-apco ni keturunan parasit. Itu pasal la ramai orang umno-apco berangan nak cepat kaya pastu buatlah macam-macam main tarik duit la, menurun nombor la dll, itu semua umno-apco punya kerja la.

Melalut lak aku, hehehh panas bangat. Mana Melayu mana perpaduan? Royalti minyak Kelantan dan Terengganu depa ratah. 118 Projek untuk Kelantan depa sekat. 40 juta duit rakyat miskin Kelantan si Nuar baham. 25 juta duit ihsan konon disonglap si Adek yang tak tua-tua. Semangat melayu ke semua perlakuan jahanam tu?

Balik awall la kau umno-apco. Berambus dari bumi Kelantan. Get out from this harmony and peaceful Malaysian land.

PAS Sarankan BN Berkompromi Pada Pilihanraya Kecil DUN Galas

KOTA BAHARU: PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media di Pameran Tortura iaitu alat penyeksaan di zaman pertengahan Eropah di Muzium Negeri, di sini, Selasa.

Che Hashim Sulaima, 46, daripada PAS, meninggal dunia akibat barah usus di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Che Hashim memperoleh 4,399 undi mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Takiyuddin berkata dengan cara demikian juga ia akan dapat menjimatkan perbelanjaan kewangan kedua-dua pihak dalam pilihan raya kecil. - BERNAMA

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET