Hahaha... oleh kerana kau 'jerung' yang ganas, mudah ajelah kau redah 'pukat' hingga koyak rabak. Kalau bilis sahih kena serkap lalu direbus untuk dijemur kering. Nasib jerung selalu baik lebih-lebih lagi jenis jerung berpangkat Ketua Umno Bahagian. Sementelah pulak 'tekong' bot tersebut memang tak guna satu sen pun samada dia takut dengan jerung atau memang dia dah kena 'makan' oleh jerung tu.
Lahabau undang-undang persis yahudi. Jika undang-undang hasil tangan manusia ni tak banyak beza kerana mereka saling ciplak dan saling modify. Hanya satu je undang-undang paling hebat dalam dunia ni yakni undang-undang Islam @ hudud. Andai berdepan dengan hudud siap la kau, dengan jerung dengan tekong sekali kena jemur buat kering.
Ketua UMNO bahagian bebas tuduhan gubah wang haram
Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohd. Fauzi Ismail daripada tuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM138,210 pada tahun 2005.Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan demikian setelah menolak rayuan pihak pendakwaan selepas meneliti penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Berdasarkan pertuduhan pertama yang dihadapi, Mohd. Fauzi didakwa menerima RM91,650 hasil aktiviti haram daripada Mohd. Syahbuddin Hashim, 26, di hadapan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV di sini antara pukul 12.30 tengah hari dan 7 malam, 6 Januari 2005.
Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa menerima RM46,560 hasil aktiviti haram daripada Wan Ibrahim Wan Setapa, 43, di Pejabat UMNO Bahagian Kubang Kerian dekat sini antara 1 tengah hari dan pukul 2 petang, 10 Januari 2005.
Pada 22 Januari 2008, Mahkamah Sesyen di sini mendapati Mohd. Fauzi tidak perlu membela diri berikutan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadapnya bagi dua pertuduhan itu.-klpos
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment