Saturday, September 18, 2010

ALA-ALA HUDUD LAH Ni

Aku setuju. Orang lain dak kira Muslim atau non-Muslim pun sama setuju jika pelaku jenayah berat seperti pembunuh dilaksanakan hukuman di hadapan umum. Meskipun tidak dilaksanakan Hudud secara total tetapi iras-irasnya sudah memadai sebagai permulaan. Tetapi pemimpin dan orang umno-apco tentu membantah kerana tangan-tangan kotor mereka akan di'scan' lalu kantoii.

Syor hukuman di tempat umum

SHAH ALAM - Exco Selangor, Yaakob Sapari mengesyorkan agar hukuman berat kepada penjenayah dilaksanakan tempat awam bagi memberi kesedaran dan menimbulkan rasa gerun kepada masyarakat.

Beliau berkata, cadangan tersebut perlu dipertimbangkan ekoran kejadian jenayah yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, undang-undang jenayah di negara ini pada hakikatnya dilihat begitu lemah dan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat seperti kejadian menimpa Datuk Sosilawati Lawiya, seorang ustazah bersama anaknya di Port Dickson serta kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa.

“Saya mencadangkan agar hukuman berat yang dijatuhkan kepada penjenayah dijalankan di tempat awam. Dengan cara ini, orang ramai yang menyaksikan hukuman tersebut akan merasa gerun untuk melakukan apa juga bentuk jenayah.

“Pada masa sama, cara ini dapat mendidik warga tentang undang-undang yang ada di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga yang lain menuntut masyarakat untuk melihat kes jenayah dengan lebih serius agar kes seumpama itu tidak berulang.

“Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah masih belum cukup untuk memberi keinsafan sekali gus tidak mampu memberi kesedaran kepada masyarakat secara amnya.

“Ini disebabkan hukuman yang dilaksanakan dijalankan di kawasan yang tertutup serta jauh dari orang awam,” katanya
.-SH

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET