Gini, Hamim Husin, Timbalan Pengarah BTN cakap adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka bersatu mempertahankan hak mereka. Betul lah tu, pertahankan Melayu, bukan pertahankan Islam. Islamkan umno-apco dah lama dibuangnya maka hilang sudah satu kekuatan. Kedian penunggulnya cuma kefanatikan melayu, jika dibuang pulak melayu memang nahas musibah mampuslah umno-apco. Bukan ker umno-apco juga yang cakap, jika lenyap kalah umno-apco maka hilanglah melayu. Kat mana silapnya kenyataan Hamim Husin dari segi perspektif sekular aku pun tak faham. Patutnya para penganut tegar sekular dapat kilas dan ulas dengan mudah kenyataan Hamim Husin, kacang jer tu.
PUTRAJAYA - Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lalu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan itu, yang dibuat oleh Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin semasa sesi tertutup dengan Puteri UMNO.
"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.
"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya.
Hamim dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka.-sinar