Wednesday, March 21, 2012

Meter Parking Enggan Terima Syiling Israel

Beberapa orang sahabat datang meromel pasal masalah syiling baru tak boleh buat bayar parking meter di sekitar BAWASIR (Bandaraya Warisan Pesisir Air). "Menatang sungguh seng (syiling) baru ning dokleh pakai wat bayar parking meter. Meter takmboh telan setahrang". Tergolek aku ketawa.


Memanglah saiz ukurlilit syiling baru ni amat berbeza dari yang lama. Bukan sahaja diameter berubah malah berat dan ketebalannya juga berbeza ketara. Jika syiling baru dikuatkuasakan nanti pastinya banyak kelengkapan infrastruktur terpaksa diubah atau diganti. Paling ketara sekali ialah meter parking.

Yang pastinya kontraktor kroni sedang menangguk di air keruh menantikan anugerah projek memasang parking meter baru. Lagi-lagi mentekadarah duit rakyat. Bodoh piang kepala udang pemimpin umno-apco ni. Nak buat sesuatu takde nak studi atau kajian terlebih dahulu. Pakai hentam saje.

Kita takkan lupa sejarah penggunaan duit syiling $1 warna emas. Entah apa takde pun nilai estetika dengan syiling tu. Merebehkan poket seluar pengguna adalah. Mana tidaknya kalau bawa duit syiling $1 sebanyak $10 maka mau hampir 1 kilo beratnya. Pastu ditarik semula syiling $1 dari pasaran. Masih ramai yang tak sempat tukar kat bank dan tersimpan sebagai harta karun kat rumah.

Yang pasti duit syiling baru merimaskan ramai pekedai dan pengguna kerana keliru dengan saiznya. Orang tua-tua atau yang rabun pastinya 'buta' membezakan antara syiling baru 20 sen dengan syiling lama 10 sen.

Kalau tak nyusahkan orang bukan umno-apco celaka namanya tu.

ABU / PGU 2012.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET