DI SABAH, apabila disebut tentang Orang Asal, pemilik syarikat khususnya syarikat dari Malaya, orang asing yang mencari nafkah di Sabah dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO, akan terbayang kumpulan manusia yang bodoh, pemabuk dan pemalas.
Orang Asal dianggap sebagai manusia yang tidak tahu apa-apa, yang hanya pandai hidup di hutan.
Masyarakat Antarabangsa pula melihat Orang Asal sebagai aset dunia yang sangat berharga. Para pengkaji dan ilmuan dunia, mengakui Orang Asal mempunyai pengetahuan dan kebolehan semulajadi untuk mengurus dan memelihara bumi ini dan hidupan lainnya.
Bagaimana pun, kajian telah mendapati bahawa lebih 370 juta Orang Asal di seluruh dunia sedang berhadapan dengan diskriminasi atau pun eksploitasi. Orang Asal di Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak adalah antara masyarakat menghadapi risiko ini.
Untuk melindungi Orang Asal seluruh dunia daripada menjadi mangsa, pada tahun 1985, Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (ECOSOC) telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa kerja yang dinamakan Working Group on Indigenous Peoples (WGIP).
Tujuannya adalah untuk menangani masalah-masalah diskriminsi yang dihadapi oleh Orang Asal. Melalui WGIP maka wujudlah United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP).
UNDRIP adalah piawaian minimum untuk mempertahankan keujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal di seluruh dunia. Pada 13 September 2007, Perhimpunan Agung PBB telah mengundi dan mengesahkan UNDRIP. Malaysia adalah antara negara yang telah mengundi dan mempersetujui pengesahan UNDRIP.
Agak malang, kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO telah menghina negara Malaysia di mata dunia. Kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja tidak menghormati Deklarasi UNDRIP mengenai hak Orang Asal.
Pada 2 Ogos 2011, Orang Asal (Tambanuo) daripada kampung Pinangoh dalam daerah Tongod Kinabatangan, mendapati bahawa tanah warisan dan sumber-sumber yang mereka miliki secara tradisional telah diceroboh oleh pembalak yang mendapat kebenaran daripada kerajaan Malaysia di Sabah iaitu Syarikat Maxland Sdn. Bhd.
Sebagai Orang Asal, Tambanuo telah mempertahankan hak mereka sesuai dengan Deklarasi UNDRIP, Bahagian 6, Artikel 26, untuk menghalang syarikat pembalak itu daripada terus menceroboh dan merosakkan kawasan tempat mereka mencari ubat-ubatan tradisi dan ubat-ubatan mineral.
Tambanuo telah bertindak membuat benteng jalanraya. Namun agak sedih kerana kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Deklarasi UNDRIP apabila polis bertindak menangkap mereka atas enam pertuduhan penjenayah.
Antara Tambanuo yang telah ditangkap termasuk Mandul Sintik, Minggus Agup, Rukumin Suyang dan Jumis Laudin. Mereka dilokap selama tujuh hari. Semasa dalam lokap mereka bukan sahaja disumpah seranah, malah dimalukan kerana mereka dibogelkan.
Antara pertuduhan yang dibuat ialah Orang Asal tersebut gagal membawa Kad Pengenalan bersama mereka semasa berada di tanah NCR mereka.
Jika kerajaan Barisan Nasional sudah tidak menghormati undang-undang Antarabangsa mengenai Orang Asal, sudah tentu Hak Asasi manusia Tambanuo tidak dihormati. Tambanuo sebagai rakyat dan pengundi yang memilih pimpinan kerajaan, sudah tidak perlu bagi kerajaan Barisan Nasional di Sabah.
Sehubungan itu, tiba masanya Tambanuo berfikir untuk bersatu, memilih semula pemimpin baru untuk meneraju kerajaan yang mampu bersama-sama Tambanuo dalam apa juga keadaan.
United Borneo Alliance (UBA) yang dianggotai oleh STAR, SAPP dan USNO telah bersedia bersama Tambanuou untuk memastikan generasi Tambanuo terpelihara dan membina semula bangsa yang sedang dimusnahkan oleh Barisan Nasional.
Tambanuo perlu memilih untuk bersama dalam UBA kerana hanya UBA yang mengiktiraf bahawa Tambanuo adalah pemilik sah kepada tanah NCR mereka dan sanggup berjuang menuntut keadilan untuk Tambanuo.
0 comments:
Post a Comment