Pemuda PAS bantu keluarga 'imam baling selipar'
Pemuda PAS hari ini mengumumkan akan membantu meringankan beban keluarga imam Hoslan Hussin yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana membaling selipar ke arah panel hakim.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (foto) berkata lagi, pihaknya turut menganggap tindakan yang dilakukan Hoslan Hussin itu sebagai berani kerana telah menggemparkan negara.
"Bagi Pemuda, apa yang berlaku ke atas beliau adalah satu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.
"Kami berusaha membantu keluarga beliau bagi meringankan beban sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atasnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Riduan berkata, kes yang menimpa Hoslan perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak memperkecilkan golongan bawahan.
"Kami mendoakan semoga Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda," katanya lagi.
Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.

0 comments:
Post a Comment