Apa lah ngokngek sangat Haji Najib ni? Takyah tangguh-tangguh lagi dah Haji Najib woii.., umumkan sahaja bahawa sesungguhnya Shahrizat mesti nyah dari segala jawatan yang dipegang sekarang samada dalam kerajaan atau parti. Buat malu umno-apco je. Nak tunggu masa sesuai. Bilakah masa yang sesuai tu? Bila-bila masa aje sesuai Haji Najih wehh.. Atau masih terliur dengan keseksian Shahrizat? Nenek yang seksi.
Nek Pidah kata buat beban kat parti aje. Umpama menggalas biawak hidup lah. Dahlah bn-amno-apco bila-bila masa aje nak pergi mampos pastu kena cakar lagi dengan biawak air tu. Nek Pidah pun dah merenyam nak ragut semula jawatan no wahid kaum baju kurung putih merah ni.
Atau pun paling tidak ikutlah nasihat dan jejak CheDet. Kata CheDet turunlah takyah sayangkan jawatan. Tiru lah CheDet yang turun secara sukarela setelah puas berkulat duduk atas singgahsana umno-apco. Itu pun kerna terpaksa pasal dah tak larat kena taji dengan tombak rakyat. CheDet Mudah Lupa.
PM umum kedudukan Shahrizat waktu sesuai
PASIR GUDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.
"Pelbagai khabar angin... kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini yang turut
dihadiri Shahrizat.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.-SH
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment