Sunday, March 4, 2012

Akhir Kalam Dari Haji Najib... Maafkan BN

Setelah bertali arus asakan oleh Pas/PR dan segala macam kerja-kerja jahat bn-umno-apco dibongkar, maka Najib mewakili sekalian juaknya akur dengan kesilapan mereka. Najib dan BN akhirnya mengaku memang benar bahawa dari dulu hingga sekarang umno-apco banyak melakukan kejahatan. Ya! Bukan sekadar kesilapan tetapi suatu kezaliman dan kejahatan terhadap rakyat.


Mudahnya Najib pohon maaf. Berbillion kesilapan dan kejahatan bn-umno-apco tidak terdayakan untuk dipikul oleh 20 juta rakyat Malaysia. Tidak semudah itu Najib. Pengakuan ini menguatkan lagi dakwaan demi dakwaan oleh para pencinta keadilan, barisan pembangkang dan rakyat Malaysia. Mungkin Najib separa sedar dengan pengakuannya. Namun ini semua kerja Tuhan. Hanya Dia yang berhak membuatkan Najib bersuara supaya segala kebejatan kerajaan bn-umno-apco di sahihkan.

InsyaAllah kita berdoa semoga benarlah teori RAHMAN bahawa Najib adalah pemerintah terakhir dinasti umno-apco.

ABU-PGU 2012

Najib minta maaf atas kesilapan lalu BN

BALING - Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, jika pengundi menolak perikatan itu seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana ia telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Kenyataan itu mirip pendirian dilahirkan oleh Najib di Pelabuhan Klang ketika melancarkan jentera pilihan raya BN Selangor baru-baru dengan berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya .

Selangor dan Kedah antara empat negeri tambahan dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Dua negeri lain ialah Pulau Pinang dan Perak.

Perak telah diambil alih oleh BN pada awal 2009. Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990.

Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET