Monday, August 29, 2011

Petronas Untung, Gerombolan Tadah Kantung

FLOM bingung, cincin $24 juta belum disarung, tapi duit mau datang lagi berbondong-bondong.


Najib dan konco2 bengong, macam biasa cari akal untuk lebong, agar duit masuk mulut tersembong, bila mati tau lah kau sakit melolong.

Rakyat jugak terlopong, paria umno-apco terpekik terlolong, dapat serial dua riuh sekampung, dipuja pemimpin mereka macam puja polong.

Wahai dunia lihatlah aksi porong oleh pentadbir negara kami yang sombong, siksa jiwa dan raga kami jadi rompong, tetapi dikalangan kami masih ramai yang duduk dalam kepompong.

Marilah rakyat yang melolong, rebahkan bn-umno-apco hilang tiada penyokong...!!

PGU 2011.

Petronas raih untung RM21b

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), meraih keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM21.7 bilion pada suku pertama berakhir pada 30 Jun lalu, dengan perolehan sebanyak RM71 bilion.

Peningkatan keuntungan bersih itu disumbangkan oleh perolehan RM2.6 bilion dari pelupusan Cairn India Ltd, walaupun terdapat kenaikan kos persekitaran.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas (gambar) berkata, pencapaian itu juga turut menyaksikan peningkatan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA)

"Prestasi suku pertama didorong kenaikan harga semua produknya dan jumlah dagangan yang lebih tinggi produk utamanya di celah-celah pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh, sungguhpun ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS),'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan kewangan suku pertama Petronas berakhir 30 Jun lalu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET