Dalam soal menangani persoalan murtad yang hangant diperkatakan dewasa ini, pendekatan UMNO dan PAS jelas berbeza. Bagi UMNO, sekiranya mereka berkuasa, maka yang menimbulkan persoalan ini akan ditahan di bawah ISA. Sekiranya mereka tidak berkuasa, seperti di Selangor ketika ini, mereka akan mengapi-apikan semangat orang Melayu supaya bertegang leher dengan pihak Gereja dan dengan masyarakat Kristian secara keseluruhannya.
Bagi PAS, samada berkuasa atau sebaliknya, masalah murtad perlu ditangani dengan usaha mengukuhkan pemahaman Islam di kalangan ummat Islam itu sendiri. Pendidikan Islam mesti diwajibkan di kalangan ummat Islam dari peringkat sekolah rendah lagi. Sekolah agama rakyat dibantu dan jangan dicekik dan ditindas sepertimana yang dilakukan UMNO. Kuliyyah agama diperbanyakkan dan institusi Masjid dan Surau dihidupkan semula setelah ianya diusaha untuk dimatikan oleh UMNO. Masalah murtad adalah masalah keyakinan yang tergugat oleh kerana kurangnya ilmu. Maka pemantapan ilmu adalah kaedah yang paling penting.
Pada masa yang sama usaha kebajikan di kalangan ummat Islam dan rakyat ditingkatkan supaya tiada yang terdesak atas kesempitan hidup sehingga sanggup menukar agama mereka. Sepertimana maksud Hadith ‘Ke fakiran membawa kepada kekufuran’. Maka dihayati konsep Negara BERkebajikan dengan tindakan bersepadu dari kesemua pihak. Untuk memaksimakan manfaat bantuan kepada rakyat, maka rasuah dan pembaziran ditegah sama sekali. Bukan PAS yang membelanjakan RM 65 Juta untuk mengubah suai kediaman mana-mana pemimpin. Duit sebegitu banyak lebih wajar digunakan untuk menyelesaikan masalah kebajikan rakyat. Dan begitu juga dengan RM 12 Billion yang dilenyapkan di PKFZ dan bebagai lagi kebocoran yang berlaku.
Apa yang lebih penting ialah contoh yang dizahirkan dari segi perwatakan pemimpin. Kesederhanaan, ketaatan kepada perintah Allah dan sikap yang adil kepada semua yang menzahirkan kebenaran dan ketinggian Islam. Bukan hanya sekadar retorika tetapi dizahirkan dalam kehidupan politik dan masyarakat secara praktiknya. Sehingga bukan sekadar yang Islam yang telah goyang keyakinannya tertarik kembali, tetapi yang bukan Islam pun akan turut sama hormat dan menghargai.
Pada masa yang sama, sambil itu semua perkara di atas dilaksanakan, dalam suasana percaya mempercayai dan hormat menghormati, maka pihak bukan Islam turut diingatkan akan perjanjian yang termaktub di dalam perlembagaan bahawa usaha memurtad orang Islam ditegah dan dilarang demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang terdapat di negara kita.
Maka adalah jelas, kaedah PAS lebih menyeluruh dan bersepadu dan ia bukan sekadar untuk mengambil kesempatan politik semata-mata. Heboh dicanang apabila ingin diambil kesempatan, tetapi pada masa yang lain berusaha merosakkan ummat Islam melalui fahaman sekular dan assobiyyah. Pendekatan PAS adalah pendekatan penyelesaian yang ikhlas dan bukan bertujuan mengambil peluang untuk menyerang lawan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Tuesday, August 16, 2011
Pendekatan UMNO Berbanding PAS
Hasilkerja oleh wohulu at 09:53
Labels: copy-paste, pemimpin, politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment