Bila melihatkan pendekatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor bagi menjamin mutu projek pembangunan dan pembinaan infrastruktur untuk rakyat diurus dengan baik dan telus, maka aku mencadangkan agar Kerajaan umno-apco Terengganu turut mengikut jejak langkah yang sama dengan menubuhkan sebuah badan pemantau projek kerajaan.
Sekurangnya dapat memperbaiki imej KOTOR kerajaan Ganu sebelum ini, yang banyak mengaitkan antara para kroni dengan projek-projek kerajaan sehingga berlaku beberapa kes runtuhan dan kerosakan sana sini sekitar Terengganu.
Persoalannya? Sudikah MadSaid berbuat demikian? Jawapannya mudah. Mungkin tidak sudi. Kerana MdSaid dengan langkah proaktif sedemikian tidak mustahil akan membangkitkan kemarahan kroni-kroni ampu daripada menjalankan kerja-kerja mereka dengan KOTOR. Selain itu skuad berani mati DS Deris pula takkan nak berdiam diri, pasti akan mengambil kesempatan memburukkan lagi pentadbiran MdSaid.
Pas Ganti Umno PRU-13.
Selangor tubuh pasukan pantau projek awam – MB
Kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan projek pembangunan dan pembinaan instrastuktur untuk rakyat diurus dan ditadbir dengan baik.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pasukan ini dianggotai oleh tenaga profesional terdiri daripada jurutera, juru ukur bahan (QS) dan pegawai teknikal yang berpengalaman, tahu latar belakang kontraktor yang dipilih serta paling penting mereka bijak menilai kos sebenar dan kepentingan sesuatu projek awam.
“Hasilnya, kita akan dapat menentukan projek diurus dengan baik. Ini memberi ‘kawalan dan imbangan” atau “check and balance’ dalam cara pemberian kontrak.
“Rakyat akan tahu setiap projek yang dilakukan setimpal dengan wang rakyat yang telah dibelanjakan,” katanya selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam di Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata, pasukan profesional ini telah pun bergerak dengan memantau projek-projek pembangunan di kawasan undangan negeri menggunakan peruntukkan RM1 juta yang diberikan kerajaan negeri.
Sebagai projek perintis, pasukan hanya ini memantau projek-projek pembangunan di tiga PBT iaitu Kajang, Petaling Jaya dan Kuala Selangor.
“Kita akan menilai pemantauan yang dilakukan pasukan ini supaya keberkesanannya dapat ditingkatkan dan ditambah baik, sebelum dipeluaskan ke semua PBT,” katanya.
Menurutnya, usaha ini juga untuk memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat di samping menaikkan tahap profesionalisme penjawat awam.-Kd
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment