Monday, August 15, 2011

Kerana JKKK, Kerajaan Mad Said Kena Hentam

Suatu ungkapan yang sinonim, umno itu JKKK, JKKK itu umno. Kalau Pas tentulah singkatannya lain yakni JSR. Oleh itu jika JKKK bangang yang bongok tu buat hal mestilah rakyat tohmahkan kepada kebangangan kerajaan umno-apco, bukan tak semena nak tuding kat PAS pulak. Siapa yang bercakap bodoh tu? Jika bukan konco-konco umno-apco, siapa lagi?


Pengikut dan pengamal tegar fahaman sekular dalam negara ni hanyalah golongan JKKK. Mereka telah menyempitkan lagi skop perkauman dari kalangan Melayu kepada kelompok yang lebih kecil terdiri dari kaum kerabat sahaja. Lebihan dari bantuan tersebut barulah di agihkan kepada konco-konco bengap bawahan setelah kaum kerabat mereka kenyang mentekadarah pitih amanah rakyat.

Jadi tidak salah sama sekali jika tabiat kotor JKKK ini mendapat cemuhan rakyat terhadap pentadbiran negeri kerana sikap lepas tangan pihak kerajaan umno-apco mencakna, mengenalpasti serta menyahkan JKKK yang korup dan celaka.

Sejauh ini rasanya slogan 'Merakyatkan Pentadbiran' hanyalah sentuhan kosmetik di dalam surat-surat rasmi kerajaan, sedangkan rakyat jauh lagi dapat menyelami maksud tersirat ungkapan tersebut.

PAS Ganti umno-apco PRU13.

BANDAR SERI BANDI – Rakyat diingatkan tidak menghentam kerajaan hanya kerana marahkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing terutama membabitkan hal remeh seperti tidak hadir mesyuarat dan sebagainya

Naib Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata, semua masalah boleh dibincangkan dan tindakan menghentam kerajaan bukan cara terbaik menyelesaikan masalah.

Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa mendahulukan kebajikan rakyat.

“Justeru, janganlah jika ada sesuatu dan marahkan Pengerusi JKKK kita hentam kerajaan terutama disebabkan hal kecil,” katanya.

Wan Ahmad Nizam berkata demikian ketika merasmikan penutup Program Cakna Rakyat, di sini.

Serentak itu, Wan Ahmad Nizam turut merasmikan gelanggang futsal kawasan berkenaan yang siap dibina sepenuhnya.

Menurutnya, rakyat perlu bersatu dan bersama menguatkan jentera pili-han raya bagi memastikan kepimpinan sedia ada dikekalkan pada pilihan raya umum akan datang.

“Penduduk Seri Bandi sendiri menikmati pelbagai kemudahan yang dijanjikan kerajaan termasuk pembinaan gelanggang futsal.

“Justeru, penduduk sepatutnya bersyukur dan beruntung kerana dijaga baik oleh kerajaan. Malah, meskipun kedudukan kawasan ini di luar bandar tetapi pembangunan tetap ada,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Futsal Tertutup Seri Bandi yang dianjurkan Pemuda UMNO

Seri Bandi serta hadiah kepada pemenang pertandingan gubahan tuala, masakan dan sebagainya.-sinar

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET