Sunday, February 1, 2009

Kunjungan Pertama ke Utara (1)

Sebelum teman memulakan (kick-start) projek kambing ni, teman sebagaimana lazim para pengusaha dan peniaga pastinya menjalankan sedikit pemerhatian dari segi sambutan dan pasaran. Teman dan rakankongsi melusuri tempat penternakan berskala sederhana dari Marang, Dungun dan Kemaman untuk mengenali dan mempelajari sesuatu. Teman mendapati pasaran kambing di Pantai Timur agak ‘sejuk’ atau kurang memuaskan jika hendak menjalankan kerja ternak kambing dalam skala besar atau sederhana. Terdapat beberapa ‘kompleks ternakan kambing’ yang dapat bertahan disekitar ketiga-tiga daerah tersebut namun mereka telah jauh memiliki pasaran tetap atau ‘regular customer’ bersesuaian dengan ‘establishment’ mereka sebagai penternak dan pengeluar daging kambing yang bertapak lama di sini.

Pada pandangan teman bahawa orang-orang Pantai Timur lebih sinonim dengan ternakan lembu atau kerbau yang memberikan lebih pulangan dari segi hasil dagingnya. Satu maklumat yang kurang pasti teman perolehi dari seorang sahabat yang mewar-warkan tentang sebuah kompleks kambing sekitar Paka Dungun untuk dijual. Ia sebuah komplek berskala besar yang terdiri daripada dua buah kandang besar yang memuatkan lebih dari 300 ekor kambing beserta 9 ekar padang ragut dengan nilaian ratusan ribu ringgit. Samada benar atau tidak bahawa kegagalan dari aspek pemasaran lah yang mendorong pemiliknya mengambil keputusan sedemikian rupa tidak dapat teman sahihkan.

Terkebetulan pula nak jadi cerita ada sahabat di Utara iaitu dari Baling, Kedah menawarkan kami untuk menjadi rakankongsi perusahaan penternakan kambing beliau. Bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal kami pantas memberi persetujuan untuk menyertainya. Maka pada pertengahan Oktober 2008 kami pun berlepas dari Dungun membelah Banjaran Titiwangsa menuju ke Baling. Dah lebih 25 tahun teman tak melalui Lebuhraya Timur Barat, memang banyak perubahan di kiri kanan jalan dan pemandangan. Berbalik pada cerita sahabat di Baling tadi, beliau pada asasnya telah pun memiliki sebuah kandang dan beberapa ekor kambing namun tak berkeupayaan untuk memajukannya akibat kekangan modal maka penyertaan kami secara tidak langsung adalah dengan matlamat memperbesarkan dan memajukan lagi perusahaan sedia ada.

Sehari suntuk di Baling kami dibawa meninjau dan melawat oleh sahabat itu ke beberapa lokasi kompleks penternakan kambing berskala besar. Kami diberi taklimat tentang prospek masa depan dan pasaran semasa bidang ternakan ini. Kami difahamkan bahawa disekitar Baling sahaja terdapat lebih dari 300 pengusaha dan penternak kambing dari yang berskala besar, sederhana dan kecil-kecilan. Woww!!..dari gambaran statistic yang diberikan maka fahamlah kami bagaimana hebatnya pasaran kambing di Utara.
Kami lihat sahabat baru ni seorang yang bersemangat dan berwawasan. Segala kerjasama, komitmen dan layanan yang beliau berikan mencetuskan api semangat dalam diri kami menyebabkan kami beriltizam untuk melangkah lebih jauh dalam dunia baru ni.

Nasihat dari sorang ustaz (teman lupa nama) yang menternak Boer secara komersial dalam kunjungan teman di Memali iaitu “elok sangatlah tu jika awak berdua nak ceburi bidang ni, menternak kambing adalah Sunnah, nanti awak akan dapati insyaAllah dari Dia akan berlimpah rezqi tanpa awak sedari..”. Alhamdulillah teman sekarang seakan mula merasai sedikit kenikmatan itu.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET