Friday, February 6, 2009

Di sini menanti di sana menunggu

Berbagai telahan serta anggapan teman kutip dan dengar namun situasinya kedua-dua kafilah di Perak yang sedang bertelagah pastinya berada dalam ‘mode standby’ dan pada bila-bila masa sahaja bersemangat untuk dikerah ke perbatasan. Siren perang akan dibunyikan sekiranya 3 perkara diselesaikan iaitu samada perisytiharan pembubaran DUN Perak oleh baginda Sultan, atau atas kerelaan MB dan para Exconya meletakkan jawatan, atau dikemukakan usul undi tidak percaya oleh pihak lawan dalam Persidangan DUN. Yang jelasnya sebelah pihak yang sekonyong-konyong melalui OrangKuat No.2 (bukan simen cap orang kuat) telah mengumumkan kononnya dalam kadar segera berjaya membentuk kerajaan baru tapi sehingga sekarang masih terlopong jua.

Satu pihak yang bermaruah pilihan rakyat tetap setia menanti takkan berganjak serta berpaut kepada Undang Tubuh Negeri manakala sebelah pihak lagi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong menunggu dengan harapan dapat ambil alih kerusi empuk menteri walaupun terpaksa menjual maruah dan harga diri. Meskipun pelbagai cara dan alasan di suarakan oleh pihak menunggu namun undang-undang menjadi hijab menghalang mereka dari meneruskan hasrat.

Hakikatnya pihak yang menunggu tanpa sedar bakal mengundang kesan pada rakyat yang masak dengan tektik kotor depa seperti culik menculik selain daripada hamis busuk berbau kudis busung yang lama terpahat seperti rasuah dan kroni. Seperti kata bekas bendahara menteri yang masih ‘maintained’ lagi bahawa apa kejadah OrangKuat No.1 menerima kemasukan dua pak pacak yang heboh dipersoal kredibiliti dan intergriti seolah Orangkuat No.1 sengaja tak mengerti membutakan mata dan hati. Begitu jua lontaran kritikan oleh Pendekar Kontroversi dari Gua Musang yang membidas sikap ‘gentlewoman’ juak-juak seangkatannya di Perak yang sanggup menelan kejijikan kehijauan kahak dua pak pacak pembiak barah asalkan hasrat nafsu serakah terserlah.

Tak kurang juga ramai mencadangkan supaya scenario peralihan ini ditamatkan dengan baik dan tenang supaya rakyat tidak terbeban dengan pilihanraya yang berulang. Masakan itu akan terjadi kerana kerakusan satu pihak yang memulakan persengketaan tidak patut dibiarkan kerana mencabar kejantanan. Selain itu mereka mengungkit bahawa wang rakyat tidak akan habis terbuang dibelanjakan apabila kedua kafilah ‘berjuang’ tapi hakikatnya dalam proses drama penculikan dan perasuahan keempat-empat pengkhianat baru-baru ini sebanyak manakah duit rakyat telah melayang. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah beluah habis sampai ke pangkal lengan…… semoga hasrat yang menunggu sampai sudah tak akan kesampaian manakala yang menanti takkan menyerah sewenang-wenang…… selamat berjuang!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET