Wednesday, January 28, 2009

Tukar Bidang

Sejenak teman menghitung sudah 16 tahun teman melibatkan diri dalam kancah industri minyak dan gas yang kadangkala meruntun teman bekerja bagi nak rak sehingga terabai makan minum dan kadangkala hampir-hampir 'miss' solat, satu dari unsur rukun Islam. Alhamdulillah Allah masih sayangkan teman, jika kita ingatkan Dia insyaAllah tidak akan dipersiakanNya ingatan kita itu...

Kemudian teman terfikir untuk mencari alternatif sumber pendapatan selain dari kerja yang banyak guna urat semerih ni demi mencari lebih peluang memberi ruang untuk dunia dan akhirat, kena 'balance' baru tenang. Teman tertarik dengan slogan Kementerian Pertanian yakni 'pertanian itu perniagaan' maka teman cuba berhijrahlah untuk mencuba sesuatu yang baru, sesuatu yang dulu mustahil bagi teman lakukan, sesuatu yang teman jijik, iaitulah penternakan kambing...

Teman masih baru dalam bidang ni ibarat bidan terjun teman join dengan sahabat yang terkebetulan menawarkan perkongsian niaga dan usaha. Banyak bebenor yang perlu teman belajar dan sebagai permulaan teman dengan sahabat telah membeli dan memiliki kurang lebih 40 ekor kambing yang tersedia untuk dijual. Setiap seekor dijual pada harga antara RM450~600 bergantung pada saiz dan musim serta keperluan pembeli.

InsyaAllah jika dengan izinNya teman berjaya akan teman terus mengusahakan penternakan ini dan akan dijadikan sebagai teras sumber pendapatan teman. Teman akan cuba istiqomah dan sabar dalam mengharungi pahit getir kerjaya baru teman ni.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET