Wohulu tertarik dengan artikel oleh blog N27 yang mendedahkan perihal web MPD menyalahgunakan laman tersebut bagi mempromosikan iklan McDonald. Siapalah agaknya sialan yang sesuka hatinya memuatnaik iklan sebegitu. Atau atas arahan siapakah iklan McD disiaraya kan di laman Web MPD? Berapakah bayaran 'duit kopi' yang diterima oleh sialan-sialan tersebut?
Apa yang menarik ialah ramai mengetahui serta menyedai bahawa McD Dungun mula beroperasi di tapak berkenaan sewaktu ia masih dalam pembinaan. Makna kata konfem premis itu belum memiliki sijil CF. Pelik jika dikatakan bangunan itu ada CF kerana sewaktu pembukaannya orangramai menikmati makanan McD di satu bahagian bangunan yang separa siap manakala sebahagian bangunan lagi masih dalam kerja-kerja plaster dan pembinaan lain berkaitan.
Berikut adalah gambar yang diambil pada 06/12/2010 bagi membuktikan dakwaan Wohulu sebagaimana di atas.
Cuba teliti bangunan 3 tingkat ini yang menempatkan McDonald. Masih dalam penyelenggaran dan pembinaan. Tingkat 3 belum siap tapi tingkat 1&2 telah beroperasi sepenuhnya sedangkan sebahagian lagi dari tingkat 1&2 tersebut juga belum siap. Ada kelulusan bomba dak ni?
Situasinya jika dilihat amat membahayakan kerana orangramai terdedah kepada bahaya kemungkinan bangunan runtuh atau seumpamanya. Tetapi bagi pihak MPD hanya pejam mata selagi tiada berlakunya kehilangan nyawa. Mungkin suatu kelaziman bagi pihak barua umno-apco nyawa rakyat jadi taruhan dan keruntuhan adalah lumrah di negeri Ulik Mayang ini.
Kita bukan menghalang pembangunan tapi biarlah bertempat. Jangan semata mendapat habuan besar kita sanggup menggadaikan nyawa ramai orang. Sebuah syarikat gergasi diberikan keistimewaan berlebih-lebihan sedangkan peniaga kaki lima, pengusaha kedai makan dan pengusaha kecil lainnya ditindas dan ditekan.
Dengan seciput pangkat dan kuasa yang ada dia telah salahgunakan. Tak apalah kita bagi Setan ni peluang kat atas dunia fana. Dia lupa bahawa Allah Maha Berkuasa Maha Melihat. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke lubang najis jua.
0 comments:
Post a Comment