Aduhh macam-macam hal dalam negara tadbiran Najibtuya. Rakyat marhain semakin melarat, hidup dah tak larat, rezqi berkarat, kroni Najib pikir nak kaya cepat, negara nak bangkrap dah naik kayap.
Minggu lepas ada orang kerja curi paku pin rel keretapi, hari ni ada pulak kerja curi sejadah kat surau pastu jual. Bila otak dah tak ligat apa lagi yang dia ingat? Tubuh dibasahi keringat tapi brape sen aje yang dapat? Aleh-aleh twist buat keje jahat. Harap sedarlah dan bertobat.
Peniaga terbeli sejadah curi
|
HASHIM Abd. Hadi menunjukkan sehelai sejadah milik Surau Hospital Melaka yang dibelinya daripada lelaki OKU dengan harga murah di warungnya di Kampung Ketapang, Pernu, Melaka, semalam.
|
MELAKA 29 Dis. - Niat seorang peniaga untuk membantu seorang warga emas kurang upaya (OKU) kelmarin, memakan diri setelah tiga helai sejadah yang dibelinya daripada lelaki itu sebenarnya dicuri dari surau Hospital Melaka (HM).
Hashim Abd. Hadi, 55, berkata, semasa membeli, dia tidak perasan sejadah tersebut milik surau HM kerana dia dan isteri, Idayanti Musdar, 36, sedang sibuk di warung mereka di Kampung Ketapang, Pernu di sini.
"Saya dan isteri didatangi lelaki berkenaan dan kami kasihan melihatkan keadaan dirinya yang cacat tangan dan kaki kiri, bersusah-payah membawa sejadah untuk dijual kepada orang ramai.
"Dengan harga RM5 sehelai, saya membeli tiga helai sejadah tanpa memeriksa sejadah tersebut sebelum warga emas itu dengan segera meninggalkan warung saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Hashim, sebaik sahaja warga emas berkenaan beredar, dia dan isteri membelek tiga helai sejadah tersebut dan terkejut kerana tertera tulisan 'Surau Hospital Melaka' pada bahagian tepi sejadah terbabit.
"Selepas melihat sejadah-sejadah tersebut, kami mengesyaki sejadah itu telah dicuri dari surau HM sebelum dijual kepada orang ramai dengan harga murah," katanya.
Menurut Hashim, dia juga sempat memandang bakul motosikal dinaiki lelaki terbabit yang penuh dengan sejadah.
Dia bercadang untuk memulangkan kembali ketiga-tiga sejadah berkenaan di Surau HM.
"Sudah tentu saya berasa terkejut dan kesal dengan perbuatan warga emas tersebut jika benar dia mencuri hak milik surau HM," katanya.
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment