Friday, December 3, 2010

Yang Di Pertua Natang!!

Demikian luahan kemarahan seorang makcik lingkungan umur 65 terhadap Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Dungun semalam. Sewaktu sedang minum dan sembang dengan seorang kawan rapat di sebuah warung berhadapan dengan SMSO, tiba-tiba terdengar makcik a.k.a. empunya warung ni merungut marahkan sesuatu.


Kebetulan rakan aku ni rapat dengan makcik tu dan dia berbahasakan 'Mok' lantas mengajaknya duduk bersama dimeja kami dengan hasrat mencungkil lebih lagi rahsia dari makcik tersebut.

Katanya tadi seorang pegawai penguatkuasa MPD datang menegurnya supaya meruntuhkan sisa-sisa runtuhan lamanya yang termasuk dalam rezab pembesaran jalan bandar Dungun. Masih ada bekas peninggalan rumah itu yang belum habis dibersihkan.

Topik perbualan semakin panas dan tengit apabila makcik menyentuh perihal kezaliman YDP MPD yang baru ni. Kata beliau pihak MPD atas arahan YDP nya pernah mengeluarkan surat saman kerana mendirikan rumah atas tapak baru dibelakang rumah lamanya. Aku tak tanya pulak atas alasan apa surat saman dikeluarkan. Dalam kepala aku mungkin makcik ni tak kemukakan pelan rumah baru kepada pihak MPD.

Makcik kediannya mengadu kepada Pok Rosli (jogho AbgMad) tentang saman itu dan Pok Rosli berjanji untuk selesaikan. So dalam kepala aku makcik ni orang kuat Umno lah. Kes itu senyap sekejap namun dalam masa sebulan lebih pihak MPD tetiba datang dengan membawa perkhabaran untuk menyita rumah baru makcik. Hati aku getus lagi takkan orang kuat umno pun kena belasah dengan pemimpin mereka sendiri. Dan mereka masih mampu hulurkan kepala untuk dibelasah tengkuk sepuas-puasnya oleh puak Peraun umno.

Waktu ini lah makcik tu naik angin atau naik syekh bebelkan si YDP tersebut. Kata makcik YDP ni bukan lagi orang tapi binatang @ natang. Kalau dia orang kata makcik semestinya dia takkan buat kerja zalim menganiaya sesama Melayu (dan sesama umno). Memang jenis manusia bertopeng setan takde hati perut, bebel makcik lagi. Harap-harap tahun depan dia akan ditukarkan maka amanlah rakyat dan peniaga melayu Islam Dungun.

Ada lagi cerita menarik tentang YDP Natang ni. Kata orang dia kuat baham pitih yakni rasuah. Tapi cara dia bijak menghalalkan cara perolehan pitih haram ni.

Projek haram YDP yang menjadi perbualan hangat kini ialah pembinaan bonggol di sepanjang jalan-jalan tertentu di sekitar daerah Dungun. Menurut sumber dalaman MPD, dikatakan modal setiap satu bonggol hanyalah RM3,000 sahaja tetapi YDP Natang meluluskan setiap satunya dengan harga RM15,000.

Kenapa jadi gitu?? Kerana RM7,000 di kedarah oleh kontraktor bajingan beliau, RM5,000 dilahap oleh YDP sendiri. Jangan heran sedara kerana kerabat Peraun umno ni kerjanya baham pitih rakyat umpama mereka mengutip buah zalqum di neraka.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET