Tuesday, November 27, 2012

TGHH 'Surprised' YBMad

Cai-cai gerombolan semestinya terkejut beruk dengan kehadiran TGHH ke majlis pra-pelancaran TMT. Cai-cai apa tahu, TGHH dan Abg Mad tu kawan. Kedua-duanya Terengganese, so apa salahnya alang-alang dah ada di KL boleh lah tumpang semangkuk ringankan kaki ke majlis untuk memperkenalkan Terengganu ni.

Cai tahu dak apa yang depa sembangkan tu?? Ini preskripsi akulah. TGHH cakap,"Mad mung isilah borang keahliang PAS derah skek. Kekgi kalu dang PAS tawang Ganung, mung doklah terhegeh-hegeh cari borang".....wakakakakaka......

Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, membuat kejutan apabila turut hadir pada majlis pra-pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Rumah Terengganu, di kawasan Mardi, Serdang, petang ini.



Majlis tersebut yang diadakan sempena Maha 2012 yang sedang berlangsung sekarang ini, dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Menteri Besar dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang turut hadir pada majlis itu sempat beramah mesra dengan pemimpin Pas itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang.



Difahamkan Abdul Hadi sebelum itu turut melawat gerai-gerai pameran MAHA 2012 dan mengambil kesempatan singgah di Rumah Terengganu yang turut menyediakan pameran mengenai produk-produk pelancongan dan aqua-torism yang terdapat di Terengganu.

Selepas menyempurnakan majlis itu, Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) turut melawat gerai-gerai pameran di MAHA 2012.
 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET