Takde beza pendekatan yang digunakan oleh pemimpin puak sekular di Malaysia dengan Mesir. Memasing tadak teloq hanya gah duk kerja khianat dan hentam orang gunakan khidmat samseng untuk mencapai hasrat jahat mereka. Bila diajak berdebat depa terkedu buat bodo macam kera kenyang.
Albaradei Pengkhianat
Pemimpin beraliran sekular Mesir, Dr.Mohammad Barad'ie semalam meminta Amerika masuk campur bagi menghalang Presiden Dr.Mursi meneruskan keputusannya Khamis lalu.
Dr.Mohammad Barad'ie
Intim sungguh hubungan Barad'ie dengan Amerika. Masakan tidak, Barad'ie pernah berkhidmat dengan PBB sebelum ini.
Inilah tokoh aliran liberal/sekular yang akan menentang habis-habisan pelaksanaan syariat Allah atas muka bumi Mesir.
Dia juga antara pengasas Parti Perlembagaan (Hizbu Dustur) yang kini pemuda mereka menggunakan kekerasan dan membakar pejabat Ikhwan di seluruh negara.
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
0 comments:
Post a Comment