Tuesday, November 20, 2012

"KO BN" @ "KO PERKOSA"

Kalau payah sangat ngadu kat Majlis Fatwa Kebangsaan apakata Perkasa melalui Presiden nya sendiri kasi FAT WAR. Jelas Perkasa lebih arif daripada Majlis Fatwa dengan menyatakan ia bercanggah dengan ajaran Islam. Apa benda sekalipun kalau kena atas batang hidung korang 'DIRECT' maka korang cepat terasa pastu mula lah merapu meraban macam cacing kena panggang. Korang takkan faham kenapa orang PAS mendoakan jahanam untuk korang pasal korang terlingkup bawah tempurung bersama dengan puak umno-apco-setan tu. Kalau korang jengah sket kepala tu keluar tempurung barulah korang nampak langit tu gelap ke cerah.

SHAH ALAM – Perkasa mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan segera terhadap pihak yang didakwa mendoakan kehancuran sesama umat Islam bagi membendung perkara sama tidak berulang.

Timbalan Presidennya, Datuk Abd Rahman Bakar berkata, isu melibatkan akidah umat Islam terutamanya sengaja menanam kebencian tidak boleh dibiarkan kerana ia akan memecah-belah umat.

“Amat jelas sekali doa seperti ini bercanggah dengan ajaran Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bertindak, jangan tunggu lagi.

“Saya tidak faham kenapa mereka boleh berdoa begitu, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Baru-baru ini, pada solat hajat yang dipimpin oleh adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Razi Nik Mat di Stadium Muhammad IV, Kelantan, sempena Muktamar Pas ke-58 mendapat reaksi pelbagai pihak.

Intipati doa itu ialah mereka mendoakan dipermudahkan perjalanan Pakatan Rakyat (PR) ke Putrajaya dan menghancurkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sementara itu, Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno, Mohd Afandi Yusof berkata, doa menghancurkan Umno-BN pada PRU13 adalah bukti bahawa Pas amat terdesak untuk merampas kuasa.

Menurutnya lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan perlu bersuara dan menyatakan pandangan dengan jujur agar isu ini tidak mengelirukan rakyat.

“Rakyat sudah boleh menilai siapa Pas sebenarnya, mereka membuka pekung sendiri, jadi terpulang kepada masyarakat (untuk melihat perkara ini),” katanya.

Selain itu, Mohd Afandi turut menyarankan agar isu ini diketengahkan pada Persidangan Agung Umno yang akan bermula hujung bulan ini kerana isu ini sudah sampai ke tahap melampau dan perlu perhatian segera.

“Saya menyeru ulama-ulama Pas kembali ke pangkal jalan dan bertaubat,” katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET