Kita ni sedang 'lepak' di negara Malaysia atau Sudan atau Nigeria? Kontraktor lakukan kerja-kerja naiktaraf perlukan pengawasan polis? Bukan sorang dua tapi 100 orang polis menjaga keselamatan para pekerja. Biasa la kita dengar kalau kat Sudan tu para pekerja kontrak atau staf syarikat petroleum diangkut oleh sebuah kenderaan khas sambil di iringi oleh kereta perisai polis atau tentera kat depan dan belakang bagi mengawasi mereka dari serangan pemberontak. Tapi heran kat Malaysia yang aman ni pun perlukan polis dan DBKL untuk mengawasi kerja-kerja naiktaraf di Dataran Merdeka.
Yang pelik tu bukanlah nak naiktaraf kerja-kerja melombong emas atau bijih timah pon cuma naiktaraf kawasan padang dan air pancut. Bukan kronik sangat pun kerja-kerja tu sampai perlu tutup terus laluan Dataran Merdeka. Mujur kat padang tu takde haiwan yang meragut, kalau tidak boleh lah di perumpamakan dengan puak-puak bongok ni.
DBKL tutup Dataran untuk 'kerja naiktaraf'
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekali lagi menutup Dataran Merdeka – kali ini dengan alasan kerja naiktaraf yang diadakan di kawasan berkenaan.
Perkembangan itu berlaku ketika kumpulan peserta perarakan Himpunan Hijau dijadualkan akan menamatkan perarakan jalan kaki 300km mereka di lokasi berkenaan hari ini.Pada masa sama, dianggarkan seramai 100 orang anggota polis dan 30 penguatkuasa DBKL turut berada di kawasan berkenaan awal pagi ini.
DBKL juga mengadakan sekatan jalan raya di kedua-dua bahagian jalan di hadapan Dataran Merdeka – yang menghubungi Jalan Tun Perak dan Lebuh Pasar Besar – tindakan sama yang diambil semada perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Satu notis yang dikeluarkan Datuk Bandar DBKL Datuk Ahmad Phesal Talib, turut ditempatkan di tengah-tengah sekatan jalan raya itu – menyatakan bahawa kawasan tersebut ditutup untuk semua aktiviti.Menurut DBKL, penutupan itu ekoran kerja pembaikan dan naiktaraf yang dijalankan di Dataran.
Datu kain rentang yang digantung di kawasan tersebut menyatakan, kerja-kerja berkenaan bermula pada 13 September dan akan berlarutan sehingga 11 Februari tahun depan.
Kerja berkenaan hanya membabitkan kawasan padang dan air pancut, namun DBKL bertindak menutup keseluruhan jalan di hadapan padang berkenaan .
Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyekat pelancong daripada melawat dan merakam gambar di kawasan tersebut.-mskini
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment