Wednesday, March 28, 2012

Melayu umno-apco Vs Orang Asli

Setelah 54 tahun negara merdeka, umno-apco terus-terusan gagal meng'hidup'kan pemikiran Melayu yang bergelumang di dalam kapal mereka. Melayu yang berlegar diluar sempadan umno-apco jauh kedepan berwarasan dan menggenggam wawasan. Orang asli pun tahu membezakan antara kaca dan intan berlian.

Saturday, March 24, 2012

Cara Nak Lepas Kepala

Dalam istilah Ganu, Lepas Kepala bermaksud lari dari tanggungjawab. Ramai mak bapak hari ni ambil mudah akan tanggungjawab terhadap anak-anak terutama yang bergelar anak gadis. Mungkin kritikan ini sesetengahnya menganggap tidak relevan tetapi hakikatnya mak bapak tidak menyedari bahawa ringannya perhatian terhadap anak-anak adalah amat tidak memadai dengan beratnya risiko dan pertambahan kemaslahatan sosial serta cabaran yang dihadapi oleh generasi muda dalam masyarakat hari ini.


Ramai yang mengambil langkah mudah bagi membersihkan 'arang yang diconteng' oleh anak-anak yang terlanjur ini dengan mengambing hitamkan pasangan yang 'dituduh' konon bertanggungjawab merosakkan diri dan masa depan anak gadis mereka. Walhal anak-anak mereka melakukan maksiat atas dasar kerelaan hati atau suka sama suka.

Polis Kesal Ibu Bapa Sifatkan Kehilangan Anak Gadis Satu Penculikan

KUALA LUMPUR: Polis kesal dengan sikap sesetengah ibu bapa yang menyifatkan kehilangan anak gadis mereka satu penculikan sedangkan ia sebenarnya tindakan melarikan diri dari rumah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kes sedemikian bukan satu jenayah tetapi merupakan masalah sosial yang berpunca daripada kegagalan institusi kekeluargaan.

"Sebelum ini, kita dapat kes yang menyatakan kononnya ada anak gadis yangdiculik, tetapi sebenarnya apabila disiasat, mereka bukanlah diculik sebaliknyakeluar rumah dan ikut teman lelaki sebelum kembali semula ke pangkuan keluarga.

"Kerana gagal menguruskan institusi kekeluargaan, ia membawa kepada masalahsosial hari ini," katanya kepada pemberita selepas acara turun padang bersamamasyarakat di Berjaya Times Square, Jumaat.

Ismail berkata bagaimanapun, polis tetap memandang serius kes itu dan berusaha mendapatkan maklumat sehingga menjumpai mangsa.

Beliau berkata, meskipun ia masalah sosial, polis tetap sedia memberi kerjasama bagi membendung penularan kejadian seperti ini. "Polis juga bersedia untuk berjumpa dengan pihak tertentu atau pihak atasan seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya supaya institusi kekeluargaan dapat dimantapkan dan mampu diuruskan secara lebih kemas," katanya.

Sebelum ini, seorang pelajar, Nornabila Mat Yaacob, 15, dilaporkan hilang dan didakwa diculik selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit di Jerantut pada 19 Mac lepas, namun dia kemudian ditemui bersama teman lelakinya di Taman Tas, Kuantan.

Pada 18 Mac lepas, seorang lagi gadis, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dilapor hilang dan disyaki diculik di Taman Tas, Kuantan dan setelah ditemui, dia mengaku dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun. Terdahulu, dalam acara turun padang itu, Ismail sempat beramah mesra dengan pengunjung pusat beli belah, termasuk pelancong asing, untuk mendapat maklumbalas mengenai tahap perkhidmatan polis dan kepuasan mereka dengan kehadiran anggota polis di kawasan tumpuan awam.

Katanya, menerusi pendekatan itu juga, beliau percaya dapat menyebarkan mesej 'Polis bersama rakyat' termasuk kepada masyarakat antarabangsa. - BERNAMA

Nyah umno-apco Dari Sabah

HANYA UBA BOLEH BELA TAMBANUO

DI SABAH, apabila disebut tentang Orang Asal, pemilik syarikat khususnya syarikat dari Malaya, orang asing yang mencari nafkah di Sabah dan pemimpin kerajaan Barisan Nasional diterajui UMNO, akan terbayang kumpulan manusia yang bodoh, pemabuk dan pemalas.

Orang Asal dianggap sebagai manusia yang tidak tahu apa-apa, yang hanya pandai hidup di hutan.

Masyarakat Antarabangsa pula melihat Orang Asal sebagai aset dunia yang sangat berharga. Para pengkaji dan ilmuan dunia, mengakui Orang Asal mempunyai pengetahuan dan kebolehan semulajadi untuk mengurus dan memelihara bumi ini dan hidupan lainnya.

Bagaimana pun, kajian telah mendapati bahawa lebih 370 juta Orang Asal di seluruh dunia sedang berhadapan dengan diskriminasi atau pun eksploitasi. Orang Asal di Malaysia, khususnya Sabah dan Sarawak adalah antara masyarakat menghadapi risiko ini.

Untuk melindungi Orang Asal seluruh dunia daripada menjadi mangsa, pada tahun 1985, Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (ECOSOC) telah menubuhkan sebuah jawatan kuasa kerja yang dinamakan Working Group on Indigenous Peoples (WGIP).

Tujuannya adalah untuk menangani masalah-masalah diskriminsi yang dihadapi oleh Orang Asal. Melalui WGIP maka wujudlah United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples (UNDRIP).

UNDRIP adalah piawaian minimum untuk mempertahankan keujudan, martabat dan kesejahteraan Orang Asal di seluruh dunia. Pada 13 September 2007, Perhimpunan Agung PBB telah mengundi dan mengesahkan UNDRIP. Malaysia adalah antara negara yang telah mengundi dan mempersetujui pengesahan UNDRIP.

Agak malang, kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO telah menghina negara Malaysia di mata dunia. Kerajaan Barisan Nasional telah dengan sengaja tidak menghormati Deklarasi UNDRIP mengenai hak Orang Asal.

Pada 2 Ogos 2011, Orang Asal (Tambanuo) daripada kampung Pinangoh dalam daerah Tongod Kinabatangan, mendapati bahawa tanah warisan dan sumber-sumber yang mereka miliki secara tradisional telah diceroboh oleh pembalak yang mendapat kebenaran daripada kerajaan Malaysia di Sabah iaitu Syarikat Maxland Sdn. Bhd.

Sebagai Orang Asal, Tambanuo telah mempertahankan hak mereka sesuai dengan Deklarasi UNDRIP, Bahagian 6, Artikel 26, untuk menghalang syarikat pembalak itu daripada terus menceroboh dan merosakkan kawasan tempat mereka mencari ubat-ubatan tradisi dan ubat-ubatan mineral.

Tambanuo telah bertindak membuat benteng jalanraya. Namun agak sedih kerana kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf Deklarasi UNDRIP apabila polis bertindak menangkap mereka atas enam pertuduhan penjenayah.

Antara Tambanuo yang telah ditangkap termasuk Mandul Sintik, Minggus Agup, Rukumin Suyang dan Jumis Laudin. Mereka dilokap selama tujuh hari. Semasa dalam lokap mereka bukan sahaja disumpah seranah, malah dimalukan kerana mereka dibogelkan.

Antara pertuduhan yang dibuat ialah Orang Asal tersebut gagal membawa Kad Pengenalan bersama mereka semasa berada di tanah NCR mereka.

Jika kerajaan Barisan Nasional sudah tidak menghormati undang-undang Antarabangsa mengenai Orang Asal, sudah tentu Hak Asasi manusia Tambanuo tidak dihormati. Tambanuo sebagai rakyat dan pengundi yang memilih pimpinan kerajaan, sudah tidak perlu bagi kerajaan Barisan Nasional di Sabah.

Sehubungan itu, tiba masanya Tambanuo berfikir untuk bersatu, memilih semula pemimpin baru untuk meneraju kerajaan yang mampu bersama-sama Tambanuo dalam apa juga keadaan.

United Borneo Alliance (UBA) yang dianggotai oleh STAR, SAPP dan USNO telah bersedia bersama Tambanuou untuk memastikan generasi Tambanuo terpelihara dan membina semula bangsa yang sedang dimusnahkan oleh Barisan Nasional.

Tambanuo perlu memilih untuk bersama dalam UBA kerana hanya UBA yang mengiktiraf bahawa Tambanuo adalah pemilik sah kepada tanah NCR mereka dan sanggup berjuang menuntut keadilan untuk Tambanuo.

Wednesday, March 21, 2012

Meter Parking Enggan Terima Syiling Israel

Beberapa orang sahabat datang meromel pasal masalah syiling baru tak boleh buat bayar parking meter di sekitar BAWASIR (Bandaraya Warisan Pesisir Air). "Menatang sungguh seng (syiling) baru ning dokleh pakai wat bayar parking meter. Meter takmboh telan setahrang". Tergolek aku ketawa.


Memanglah saiz ukurlilit syiling baru ni amat berbeza dari yang lama. Bukan sahaja diameter berubah malah berat dan ketebalannya juga berbeza ketara. Jika syiling baru dikuatkuasakan nanti pastinya banyak kelengkapan infrastruktur terpaksa diubah atau diganti. Paling ketara sekali ialah meter parking.

Yang pastinya kontraktor kroni sedang menangguk di air keruh menantikan anugerah projek memasang parking meter baru. Lagi-lagi mentekadarah duit rakyat. Bodoh piang kepala udang pemimpin umno-apco ni. Nak buat sesuatu takde nak studi atau kajian terlebih dahulu. Pakai hentam saje.

Kita takkan lupa sejarah penggunaan duit syiling $1 warna emas. Entah apa takde pun nilai estetika dengan syiling tu. Merebehkan poket seluar pengguna adalah. Mana tidaknya kalau bawa duit syiling $1 sebanyak $10 maka mau hampir 1 kilo beratnya. Pastu ditarik semula syiling $1 dari pasaran. Masih ramai yang tak sempat tukar kat bank dan tersimpan sebagai harta karun kat rumah.

Yang pasti duit syiling baru merimaskan ramai pekedai dan pengguna kerana keliru dengan saiznya. Orang tua-tua atau yang rabun pastinya 'buta' membezakan antara syiling baru 20 sen dengan syiling lama 10 sen.

Kalau tak nyusahkan orang bukan umno-apco celaka namanya tu.

ABU / PGU 2012.

Tuesday, March 20, 2012

Oh! Stadiumku..Habis Madu Sepah Di Curi Orang

Pada 31/01/2012, Berita Hairan melaporkan bahawa peralatan stadium bernilai RM50 juta telah hilang akibat kecurian. Antaranya pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain termasuk 2 set janakuasa Stadium Sultan Mizan di Kompleks Sukan Gong Badak lesap.

Dah takde nilai ke Stadium tersebut? Sampai takde opsyen untuk memperketatkan kawalan keselamatan padanya dari anasir-anasir tangan panjang dan perompak. Itulah antara hasil kerja melepas batuk ditangga oleh lanun dan perompak umno-apco. Setelah habis madu dikedarah oleh lanun dan perompak umno-apco, sepahnya ditinggalkan sebagai habuan kepada lanun dan perompak jalanan.

Tersadai duit para pembayar cukai sebanyak RM250 juta ditengah paya Gong Badak. Belum diusik lagi dengan kerja-kerja baikpulih Stadium Sultan Mizan ni, heboh dah Mad Said mintak nak bina pulak Sekolah Sukan dengan kos RM25 juta. Tamak haloba sungguh puak lanun perompak umno-apco Trg. Hamman dan Qarun tunggu korang di neraka.















Saturday, March 17, 2012

Aziz Desa - Dari Kedah Ke Kelantan

Nik Aziz produk istimewa Kelantan - Aziz Desa


Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Centre (KTC) dan Buraqoil, di Kota Bharu, kelmarin.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

“KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,” ujarnya.-WD

Layan UnPlugged Ali Terra Rossa Kejap

Sunday, March 11, 2012

Cepat Atau Lambat BN Tetap Baham Tanah

Apa lah ngokngek sangat Haji Najib ni? Takyah tangguh-tangguh lagi dah Haji Najib woii.., umumkan sahaja bahawa sesungguhnya Shahrizat mesti nyah dari segala jawatan yang dipegang sekarang samada dalam kerajaan atau parti. Buat malu umno-apco je. Nak tunggu masa sesuai. Bilakah masa yang sesuai tu? Bila-bila masa aje sesuai Haji Najih wehh.. Atau masih terliur dengan keseksian Shahrizat? Nenek yang seksi.


Nek Pidah kata buat beban kat parti aje. Umpama menggalas biawak hidup lah. Dahlah bn-amno-apco bila-bila masa aje nak pergi mampos pastu kena cakar lagi dengan biawak air tu. Nek Pidah pun dah merenyam nak ragut semula jawatan no wahid kaum baju kurung putih merah ni.

Atau pun paling tidak ikutlah nasihat dan jejak CheDet. Kata CheDet turunlah takyah sayangkan jawatan. Tiru lah CheDet yang turun secara sukarela setelah puas berkulat duduk atas singgahsana umno-apco. Itu pun kerna terpaksa pasal dah tak larat kena taji dengan tombak rakyat. CheDet Mudah Lupa.

PM umum kedudukan Shahrizat waktu sesuai

PASIR GUDANG - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waktu yang sesuai.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

"Pelbagai khabar angin... kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini yang turut
dihadiri Shahrizat.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus yang mengatakan Sharizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai menteri dan Ketua Pergerakan Wanita Umno dalam majlis yang dihadiri lebih 20,000 anggota Wanita Umno serta sayap parti dari seluruh negara itu.-SH

Saturday, March 10, 2012

Antara Kelantan Dan Johor

Dalam sidang DUN Kelantan, Datuk Husam mengumumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri akan membina sendiri melalui pihak swasta sebuah lebuhraya bertol dari kota Bahru ke Kuala Krai. Pastinya kerajaan Pusat membayangkan hanya 'perabih boreh' ajo jika projek tersebut dilaksanakan memandangkan umno-apco Kelantan pun sekadar 'hidup segan mati tak mahu'. Maka tiada pendekatan dibuat meski pun Kerajaan Negeri mengharapkan bajet pembinaan lebuhraya tersebut digazetkan dalam RMK-9 dan RMK-10. Orang Ganu cakap dok makan cekok.


Sebaliknya umno-apco melihat kerja menaiktaraf lebuhraya Pasir Gudang yang sedia ada sebagai 'priority' kerana umno-apco Johor dilihat semakin rapuh dan bakal hancur dalam PRU-13 nanti. Kemelut yang melanda batu jemala Muhyidin dan Ghani bagi mengatasi kejatuhan umno-apco di tanah tumpah darah umno itu.

Apa pun kita percaya janji-janji manis umno-apco itu menjelang PRU-13 ini hanyalah retorik semata bagi mengabui mata rakyat dengan niat membatalkan niat rakyat menumbangkan bn-umno-apco dalam PRU-13.

PGU 2012. ABU.

InsyaAllah Pakat Bantu Imam Hoslan Hussin

Pemuda PAS bantu keluarga 'imam baling selipar'


Pemuda PAS hari ini mengumumkan akan membantu meringankan beban keluarga imam Hoslan Hussin yang dihukum penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana membaling selipar ke arah panel hakim.

Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (foto) berkata lagi, pihaknya turut menganggap tindakan yang dilakukan Hoslan Hussin itu sebagai berani kerana telah menggemparkan negara.

riduan mohd nor"Bagi Pemuda, apa yang berlaku ke atas beliau adalah satu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil.

"Kami berusaha membantu keluarga beliau bagi meringankan beban sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atasnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Riduan berkata, kes yang menimpa Hoslan perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak memperkecilkan golongan bawahan.

"Kami mendoakan semoga Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda," katanya lagi.

Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan.

Macam-macam Ragam

Bertatu kerana kecewa

MEXICO CITY - Sekali pandang, tidak siapa akan menyangka wanita ini pernah bergelar seorang peguam tetapi kini dia lebih selesa dengan gelaran Jaguar Woman.

Ibu kepada empat anak, Maria Jose Cristerna, 36, sanggup mengubah dirinya menjadi rupa yang agak mengerikan sebagai tanda protes selepas hidup merana selama 10 tahun akibat keganasan rumah tangga.

Cristerna yang turut digelar ‘Mujer Vampiro’ (puntianak) oleh masyarakat setempat mendakwa dia mula bertatu seawal umur 14 tahun dan memutuskan untuk mengubah rupa serta fizikalnya selepas gagal dalam perkahwinan pertama.

Cristerna menganggap perbuatan bertatu kononnya sebagai simbol kebebasan selepas dia menjadi mangsa penderaan fizikal bekas suaminya.-SH

Wednesday, March 7, 2012

Siapa Takutkan Siapa?

Pecah jugak tembelang bapak anti-hudud ni. Kewajipan setiap ahli umno-apco tak kira dari pemimpin hingga ke taraf pencacai haprak yakni apabila berkata-kata mesti BOHONG, ciri-ciri munafik. Dahlah kelentong rakyat pastu dituduh dan difitnah pula orang lain buat kerja jahat yang kau lakukan. Kesian mamat tu bergelumang dengan siksa dan nista. Banyak nya dosa kau Chedet kat dia. Bilakah nak terbuka hati kau tu untuk mintak maaf darinya? Malah Chedet sendiri sentiasa cakap, kalau kita tak jahat orang tak kenal dan kita tak popular. Tak apalah tak jahat pun, tak apalah tak glamer pun, asalkan NERAKA tak kenal kita.

Sunday, March 4, 2012

Akhir Kalam Dari Haji Najib... Maafkan BN

Setelah bertali arus asakan oleh Pas/PR dan segala macam kerja-kerja jahat bn-umno-apco dibongkar, maka Najib mewakili sekalian juaknya akur dengan kesilapan mereka. Najib dan BN akhirnya mengaku memang benar bahawa dari dulu hingga sekarang umno-apco banyak melakukan kejahatan. Ya! Bukan sekadar kesilapan tetapi suatu kezaliman dan kejahatan terhadap rakyat.


Mudahnya Najib pohon maaf. Berbillion kesilapan dan kejahatan bn-umno-apco tidak terdayakan untuk dipikul oleh 20 juta rakyat Malaysia. Tidak semudah itu Najib. Pengakuan ini menguatkan lagi dakwaan demi dakwaan oleh para pencinta keadilan, barisan pembangkang dan rakyat Malaysia. Mungkin Najib separa sedar dengan pengakuannya. Namun ini semua kerja Tuhan. Hanya Dia yang berhak membuatkan Najib bersuara supaya segala kebejatan kerajaan bn-umno-apco di sahihkan.

InsyaAllah kita berdoa semoga benarlah teori RAHMAN bahawa Najib adalah pemerintah terakhir dinasti umno-apco.

ABU-PGU 2012

Najib minta maaf atas kesilapan lalu BN

BALING - Barisan Nasional (BN) akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan lalu yang membawa kepada kehilangan banyak kerusi dan beberapa negeri termasuk Kedah dalam pilihan raya umum 2008, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, beliau memohon maaf bagi pihak BN atas kesilapan-kesilapan lalu tetapi berjanji akan membetulkannya dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, jika pengundi menolak perikatan itu seperti di Kedah, sedikit sebanyak adalah kerana ia telah membuat kesilapan.

"Pada saya kita jangan angkuh dan bongkak. Sebab kita mesti tunduk kepada kuasa rakyat dalam demokrasi berparlimen. Kalau rakyat tolak BN dulu mesti ada kesilapan kita. Kita minta maaf atas kesilapan kita dulu. Yang menang minta maaf yang kalah pun minta maaf," katanya pada Perjumpaan Bersama Rakyat di Padang Awam, Kuala Ketil, dekat sini hari ini.

Kenyataan itu mirip pendirian dilahirkan oleh Najib di Pelabuhan Klang ketika melancarkan jentera pilihan raya BN Selangor baru-baru dengan berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya .

Selangor dan Kedah antara empat negeri tambahan dikuasai oleh pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Dua negeri lain ialah Pulau Pinang dan Perak.

Perak telah diambil alih oleh BN pada awal 2009. Kelantan ditadbir oleh Pas sejak 1990.

Justeru kata Perdana Menteri, BN akan belajar dan bangkit semula daripada kesilapan itu.

"Daripada runtuhan BN di Kedah kita akan bangkit dan bina mahligai yang kukuh dan kuat. Itu azam kita. kita berazam bahawa kita sudah mempelajari daripada kesilapan kita. Kita beri perakuan, akujanji kepada rakyat bahawa akan datang kita akan laksanakan perkhidmatan yang cukup baik kepada rakyat.

"Yang dulu jadi sempadan jangan dibangkit-bangkit lagi...kita janjikan perubahan untuk rakyat Malaysia dan Kedah. Perjalanan sudah bermula," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata hanya BN sahaja yang dapat memberikan masa depan yang lebih baik kepada rakyat.

"Kita ada perancangan yang jelas, kita ada agenda yang tersusun rapi, kita ada peta jalan, kita ada fakta dan ada angka. Perangkaan yang cukup lengkap untuk memacu perubahan, membawa negara ke arah wawasan menobatkan negara sebagai negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan macam Buku Jingga," katanya.

Najib berkata kerajaan mahu memberi isyarat dan gambaran jelas bahawa kerajaan sudah hampir untuk melakukan transfomasi perubahan yang memberi banyak manfaat kepada rakyat.

Antara yang hadir sama pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.



Saturday, March 3, 2012

Walimatul 'Urus Guna Pitih Rakyat

Heboh dah sekali tahun lepas bagaimana umno-apco menaja majlis kahwin secara beramai-ramai konon menyantuni rakyat lah. Padahal lepas tu pecoh tembelang busuk kohong bahawa duit rakyat Ganu Kite disalah guna umno-apco kerana yang kahwin ramai-ramai tu adalah semua anok beranok JKKK sahaja. Terselok lah pekong hapok bangor konon kerajaan umno-apco mesra rakyat walhal mesra JKKK semata... umno-apco syok sendiri.


Terbaru tahun ning pecoh lagi tangki taik umno-apco perihal sorang bekas YB yang hebat dulu yakni orang kuat KDN dengan kontroversi trajedi berdarah Batu Buruk. Kalu ingat Aswandi maka ingatlah bekas YB tu.

Ceritanya bekas YB ning nak adakan walimatul urus meraikan anaknya. Anak orang nak kahwin jual lembu kerbau, bekas YB ni gadai amanah rakyat. Lepas tu ditempahlah kad-kad jemputan sebanyak 5000 keping untuk panggilan ke majlis tersebut. Korek punya korek maka dapatlah info bahawa bekas YB ning gunakan cek pejabat ADUN untuk membayar kos printing kad 5000 keping tu. Samada dia pinjam dulu pitih upah buat kad guna cek pejabat ADUN dan bayar kemudian tak tahulah kita.

Pejabat ADUN umno-apco dapat pitih dari mana? Mudahnya YB umno-apco 'conteng' cek parti/kerajaan untuk kegunaan sendiri. Pencacai umno-apco tahu dak ni? Kalau Chedet tahu pasti kena terajang mamat bekas YB ni.

ABU-PGU 2012.

Pencacai GST

(umno-apco Teluk Lipat Dungun tidak sabar-sabar menghadapi PRU13 dan melaksanakan GST apabila pondok UPU Teluk Lipat awal-awal lagi telah didirikan.)

Pencacai a.k.a. penyokong tegar GST semakin teruja agar PRU-13 disegerakan supaya lanun kulprit meneruskan kesinambungan menerajui negara seterusnya menzalimi rakyat. Awal-awal lagi ketua lanun telah memberi amaran bahawa sekiranya bn-umno-apco menang lagi dalam PRU-13 akan datang, maka semestinya para lanun akan segera melaksanakan GST. Baca kat SINI..

Malangnya pencacai pencedok tahi bn-umno-apco terkial-kial tidak tahu malah enggan ambil tahu apa menatang GST tu. Baca kat SINI... Mereka bersorak dan berseronok bila dah dapat BR1M $500 atau bantuan JKM $200 atau Dana Remaja $200 dan seumpamanya sebagai mengaburi mata. Disuruh oleh kepala setan buat rusuhan kat majlis orang maka merusuhlah depa, disuruh pacak bendera dacing senget maka terpacaklah panji laknatullah.

Dah masuk air habis kepala anak-anak muda belaan umno-apco. Kesian tanpa arah tujuan dan matlamat hidup sekadar menjelir lidah macam anjing menunggu arahan atau menantikan tuannya melemparkan tulang atau makanan. Dapat $12 sorang berebut-rebut ke perhimpunan menyambut kehadiran ketua lanun mereka. Ngok!

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET