Thursday, January 12, 2012

Perkasa: Usah Ketawa Aje.. Samanlah Ketua AMK

Keh..keh..keh.. ketawa besar Perkasa kononnya Shamsul Iskandar serkap jarang. Walhal dalam perut depa kemain risau, bimbang dan takut, nak terkencing ada nak terberak pun ada. Mana lah tau jika polis tulus dan cekap buat siasatan, Perkasa sangkut, kes naya la beb. Terbarai terus isi perut Perkasa. Kesian plak hari-hari kena pakai lampin.

Tapi aku syorkan Perkasa saman cepat-cepat Shamsul Iskandar tu sebelum isu jadi sejuk. Beku plak kang idea dan senak kote. Cuba fikir logik. Berani ke Perkasa saman menyaman ni? Lagi kan ketua depa Pak Brahim dah acapkali kencing kat konco-konconya. Contoh Demo 901, bulu hidung Pak Brahim langsung haram tak nampak.

SHAH ALAM - "Kami pimpinan Perkasa ketawa besar bila Ketua AMK Shamsul Iskandar (Mohd Akin) bertanyakan apakah berkemungkinan Perkasa mendalangi letupan bom di pekarangan Mahkamah Jalan Duta."

Demikian respons Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berhubung kenyataan Shamsul semalam yang mencabar pertubuhan pembela hak orang Melayu itu menafikan pembabitan mereka dalam insiden Isnin lalu, yang terjadi sejurus selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya sedang mengkaji untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Shamsul Iskandar, yang juga seorang peguam.

"Kepada Shamsul, 'terlajak perahu boleh undur, terlajak kata padah akibatnya'. Perkasa sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Shamsul. Kami akan kaji kenyataan yang Shamsul buat itu. Tuduhan itu sangat serius," katanya.

Syed Hassan seterusnya berkata, "mudahnya Shamsul Iskandar buat pengandaian begitu."

Dalam satu kenyataan semalam, Shamsul Iskandar mendakwa kemungkinan letupan bom buatan sendiri di pekarangan kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur didalangi oleh ahli-ahli Perkasa.

"Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?" kata Shamsul Iskandar.

Sehubungan itu, kata beliau, AMK ingin mencabar Perkasa supaya menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden letupan tersebut.

Katanya, cabaran Shamsul Iskandar supaya Perkasa menafikan sebagai dalang kejadian tersebut, "kami juga gelak besar dibuatnya."

Dengan sinis beliau menjawab cabarlah yang "susah sikit, yang masuk akal."

Katanya, "pada kami, dalam kebodohan Shamsul (Iskandar) mencabar Perkasa menafikan insiden tersebut, ada juga bijak si Shamsul ni."

Jelas Syed Hassan, bijaknya ialah beliau dengan cepat menuduh pihak lain sebelum orang lain tuduh pihaknya
.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET