Thursday, January 19, 2012

Kerana umno-apco Anak Muda Jadi Lagho Dan Malas

Menteri Besar dakwa golongan pemuda Melayu pemalas


KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa pemuda Melayu negara ini pemalas hasil didikan Umno yang menolak ajaran Islam dalam kehidupan harian sehingga melupakan akhirat.

Menurutnya, sudah tiba masanya perubahan perlu dilakukan kerana apabila manusia lupa akhirat akan muncul sifat pemalas, generasi muda menjadi kacau bilau, kegiatan pecah rumah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

“Saya cukup marah orang yang memperbesar-besarkan isu perkauman antara Melayu dan Cina. Islam mengajar kita manusia berasal dari Adam dan Hawa. Semangat rajin masyarakat Cina perlu diterapkan dalam masyarakat Melayu. Budak-budak Melayu kini menjadi pemalas.

Pemalas hasil Umno yang menolak Islam ertinya lupakan akhirat. Ini bahaya dan kita kena perbetulkan semula. Ajaran Islam mesti dimasukkan dalam semua aktiviti kehidupan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan rombongan delegasi negara China di pejabatnya di sini, semalam.

Menurutnya, beliau marah kepada golongan sekular yang mengetepikan agama Islam dalam kehidupan sehinggakan khidmat polis diperlukan untuk menjaga rakyat, guru-guru menjaga pelajar dan ibu bapa menjaga anak di rumah.

Katanya, perkara itu sepatutnya tidak berlaku jika masyarakat menjadikan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Allah sebagai keutamaan dalam setiap perbuatan
.-sinarhairan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET