Thursday, September 15, 2011

Talibarut British: Majoriti Orang Dok Suka

Kalu kita dok buat saloh kat orang takde nya manusia lain nok maroh atau benci kat kita. Sekiranya perlakuan jahat kita tu keterlaluan, tidak mustahil orang meluat meluap berapi sehinggakan tergamak kirimkan amaran berupa peluru hidup. Lebih-lebih lagi jika orang tu dari kalangan manusia jahannam puak gerombolan talibarut British umno-apco.


Sebelum ni kita tak terkejut bilamana Hishamuddin Hussein dikirimkan sebutir peluru hidup oleh seseorang yang teramat-amat jengkel dengannya. Itu kita tak heranlah sebab dia 'public figure', tetapi dalam kes seorang Datuk ni berlaku di Dungun, sebuah pekan kecil yang sedang berusaha untuk membangun, sebuah pekan kebanyakan masyarakat kita belum kenal.

Tetapi oleh kerana dia ni dari suku sakat gerombolan umno-apco, sinonimnya berpalitkan rasuah, kroni, gong bodo sombong, seleweng dan seumpamanya lagi, maka tidak musykil bagi kita jika dia pun turut terima hadiah 'sama' dengan yang Hishamuddin Hussein dapat tempohari.

Apa pun kita semua rasa tidak senang dengan perkembangan mutakhir bilamana 'bunga-bunga keganasan' mula dicetuskan oleh segelintir insan yang sudah hilang pertimbangan akibat perbuatan zalim melampau pihak gerombolan yang memerintah negara. Tidak syak puncanya ialah dari ketua negara kita yang membibitkan riak-riak keganasan.

Usah kita biarkan, usah kita simpan, lebih lama lebih rencam, jatuhkan rejim Najib.

PGU 2011.

Ahli politik terima peluru hidup

DUNGUN - Kegembiraan seorang ahli politik berpangkat Datuk meraikan tetamu dalam satu majlis Aidilfitri di perkarangan pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) bertukar cemas apabila menerima panggilan telefon daripada isterinya memaklumkan penemuan sebutir peluru hidup dalam peti surat rumahnya.

Mengesahkan kejadian terbabit, Datuk Maat Ismail yang juga Naib Pengerusi Penyelaras Umno Dun Sura ketika dihubungi memberitahu, ketika kejadian, dia sedang berada di pekarangan pejabat Majlis Perbandaran Dungun (MPD) untuk menghadiri satu majlis Aidilfitri anjuran PBT itu.

Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari seorang tukang kebun rumahnya yang melihat satu sampul surat mencurigakan ketika membuka peti surat rumahnya di Jalan Nibong Stesen, Bukit Chatak Tengah.

Menurut Maat, sebaik membuka sampul surat terbabit, tukang kebunnya terkejut apabila mendapati sebutir peluru dipercayai peluru pistol dalam sampul surat berkenaan sebelum memaklumkan kepada majikannya, Datin Teh yang juga isteri Maat.

“Ketika menghadiri majlis raya di MPD, saya terima panggilan telefon daripada isteri kira-kira jam 11 pagi memaklumkan penemuan peluru itu.

“Saya kemudiannya bergegas pulang, sebaik sampai di rumah saya memeriksa sekali lagi sampul surat berkenaan dan mendapati sebutir peluru dipercayai peluru pistol dalam sampul surat itu,” kata Maat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Chatak Tengah.

Maat, seorang ahli perniagaan yang baru menerima gelaran Datuk beberapa bulan lalu itu kemudiannya membuat satu laporan di Balai Polis Dungun jam 12.55 tenga hari.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan daripada lelaki itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan berkaitan kes terbabit
.-SH

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET