Thursday, September 15, 2011

Talibarut British: Dua Orang Ni Sama-Sama Kencing Berdiri

Dari kalangan bergelar pemimpin agama umno-apco, sorang di peringkat pusat yakni di JPM manakala sorang lagi Timbalan Exco Agama Terengganu. Fahaman hadhari sesat lumat depa kunyah dan telan jadi darah mengalir rata dalam urat saraf depa. Sebab tulah bila diungkitkan perihal rasuah, depa senyum kambing kerana depa pun turut sama tibam pitih haram tu.

Memang haramjadah. Depa pandai makan pandai simpan, itu tabiat semulajadi puak gerombolan umno-apco yang semua orang hatta budak tadika pun tahu. Camne aku taknak tuduh depa kedarah duit haram jika dengan gaji seciput itu depa dapat bikin istana jutaan ringgit harganya?

Korang kaji kronologi tetiba depa ni kaya sekelip mata, pastu tepuk dada tanya hati, jangan tanya selera nanti muntah...

Istana Jamil Khir;

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.
Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

Istana YB Ramli Nuh, ADUN Tepoh Trg.;

Kecuali, mereka yang telah menjalankan perniagaan sebelum dipilih wakil rakyat, namun adalah tidak munasabah bagi seseorang bekas penjawat awam, tiba-tiba boleh mengumpul harta jutaan ringgit.

Sebagai contoh ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.

Walaupun sesetengah pihak mempertikaikan nilaian tersebut, sehingga kini, beliau sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikannya.

Tinjauan Buletinonline ke perkarangan rumah tersebutmendapati, memang ianya sebuah rumah (kalau boleh dipanggil begitu) yang cukup besar.

Berdasarkan pengamatan wartawan Buletinonline ia mempunyai lima buah rumah kecil yang disatukan menjadi sebuah banglomewah.

Pandangan dari bahagian belakang juga menunjukkan, rumah yang dibina di atas dua lot tanah tersebut memang tidak wajar dimiliki oleh seorang ‘yang berkhidmat’ kepada rakyat.

Selain itu, beliau yang sebelum ini adalah penjawat awam di pejabat agama, telah bertukar kereta sebanyak tiga kali, semenjak menjadi wakil rakyat.

Sepatutnya, sebuah Proton Perdana sudah cukup selesa baginya melaksanakan kerja-kerja menemui rakyat, namun ditukar kepada Sorento.

Untuk koleksi yang terbaru, YB Muhamad Ramli Nuh telah bertukar kepada Honda CRV.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET