PARIS: Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu berkata, dia tiada pilihan kecuali terpaksa membuang air kecil di dalam botol ketika berada dalam pesawat bulan lalu selepas kru kabin menghalangnya masuk ke tandas. Dalam wawancara rancangan bual bicara, semalam bersama pengacara televisyen Amerika, Anderson Cooper - yang tidak dapat menahan gelak apabila insiden itu dilaporkan dalam siaran berita perdana CNN - bintang filem terkenal Perancis itu mengakui botol itu tidak cukup besar untuk menampung air kencingnya. Depardieu menjelaskan melalu satelit dari Dublin, dia cuba menggunakan tandas dalam penerbangan dari Paris ke Dublin sebelum pesawat berlepas tetapi kru kabin menghalang pintu tandas dengan kakinya dan mengarahkan bintang filem itu kembali ke tempat duduknya.Bintang filem terpaksa kencing dalam botol
“Saya beritahunya, ‘Cik, saya perlu ke tandas kerana mahu buang air kecil. Ia menyakitkan saya,” kata Depardieu sambil tertawa.
“Saya bukan pengganas, saya hanya ingin buang air kecil,” katanya.
Selepas kru kabin sekali lagi enggan membenarkan dia menggunakan tandas, dia terpaksa meminjam botol kosong daripada seorang teman.
“Anda tahu, ia memang melegakan walaupun agak menyakitkan,” katanya. - Agensi
Thursday, September 15, 2011
Macam-macam: Terpaksa Kencing Dalam Botol
Hasilkerja oleh wohulu at 14:34
Labels: copy-paste, luarnegara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco







.jpg)


0 comments:
Post a Comment