Kalau retorik bermakna pemimpin bn-umno-apco lah tu. Kata Najib ISA dimansuhkan. Tetapi bakal digantik dengan suatu yang lain seumpama ISA. Guane tu? Jika akta tu dah zalim hatta diganti bapak sedara dengan anak sedara pun samalah juga jahatnya. Cumanya si anak sedara ni sedikit mentah.
Mengulas isu ISA dimansuhkan ini adakah ianya perancangan Najib atau suatu kebetulan? Apakah Najib sedari awal telah menyedari bahawa rahsia kerja-kerja kotor konco-konco dan talibarut umno-apco memberikan taraf penduduk tetap kepada warga Bangla pasti bocor?
Pasti kita musykil tatkala Najib umumkan ISA bubar, tetiba menerpa pula ke telinga kita berita Presiden Bangladesh Hasena Wajed mengumumkan bahawa rakyat Bangla di Malaysia mudah mendapatkan taraf penduduk tetap dan layak mengundi dalam PRU akan datang.
Oleh itu terkebetulanlah dengan masanya jika Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat dan menangkap para durjana talibarut umno-apco yang melakukan kerja-kerja jahat itu, pastinya mereka yang berkenaan akan terlepas dari ISA. Pastinya bukan sedikit manusia bertopeng syaitan yang bersubahat malah mungkin turut melibatkan mereka dari kalangan Datuk dan pegawai tinggi.
PGU 2011.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.
“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.
“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh
Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dariwww.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.
Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.
Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.
Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment