Wednesday, September 28, 2011

Robin Hood Cilik

Budak 13 tahun mengaku curi barang kemas

MELAKA 27 Sept. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menceroboh sebuah rumah dan mencuri pelbagai barangan bernilai RM3,500 di Kampung Jambatan Duyong pada bulan puasa lalu.

Tertuduh yang berasal dari Taman Seri Duyung 2 mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dengan memasuki sebuah kediaman di Kampung Jambatan Duyong di sini pada pukul 4.45 petang, 19 Ogos lalu.

Pelajar tingkatan satu itu dituduh mencuri tiga utas rantai leher emas, empat gelang tangan emas, dua bentuk cincin emas, dua gelang kaki emas, tiga buah telefon bimbit, aksesori pengantin dan wang tunai RM250 yang keseluruhannya bernilai RM3,500.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Kes disebut semula pada 4 November ini.

INGATLAH SI DIA SAMPAI BILA-BILA

Ingat lagi siapa yang memberikan arahan dari KL supaya pendemo membakar tayar-tayar buruk dalam bandar Kota Bharu sehingga kerajaan di zaman arwah Tun Razak mengisytiharkan MAGERAN di Kelantan tahun 1978? Jangan mudah lupa juga siapa yang suatu masa dulu telah mencetuskan rasa tidak puashati segelintir rakyat Kelantan dari puak kapal pecah umno-apco terhadap susurgalur waris kerabat DiRaja Kelantan sehingga menimbulkan ketegangan dan menggegarkan singgahsana Raja Kelantan?


Tidak lain dan tak bukan adalah si pengampu haprak yang sekarang ini gah sebagai Ketua Mafia Baru yakni Pengasas Perkosa..erppss Perkasa.

Terkini Perkosa semakin tunjuk lagak dengan turun padang dan membuat onar di majlis-majlis ceamah kelolaan Pas/PR. Mat Sabu kominis katanya. Dah tu perlakuan ganas dan kurang ajar macam tu bukan ke meniru amalan yahudi dan komunis? Brahim sokong dalam diam..pastinya.

Andainya berlaku pula pergaduhan sesaudara Melayu lepas ni, ingatlah ia semestinya angkara Perkosa.

PALING PENTING: KALAU ADA ORANG PEMBANGKANG KENA BUNUH KITA AKAN INGAT PERKASA - Penarik Beca.

PGU 2011.

Monday, September 26, 2011

Talibarut British: Utusan Meloya Laknatullah

Ya Allah ampunilah kami dari segala kesalahan dan kesilapan samada yang terang nyata atau tersembunyi. Ya Allah jauhilah kami dari bala bencana akibat dari perbuatan celaka mereka yang mengingkari serta mendustai ayat-ayat Mu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Saturday, September 24, 2011

Talibarut British: Nak Jadikan Negara Berpendapatan Tinggi

Mabuk tapei ke apa Najib ni? Ukur baju dibadan sendiri dulu, baru tahu langit tinggi ke rendah. Idea first class tapi perlaksanaannya third class. Selagi RASUAH dijadikan mahkota oleh haprak bn-umno-apco usah sembanglah pasal negara itu ini. Yang nyata akan berubah dan mengaut pendapatan tinggi hanyalah kroni dan talibarut celaka yang mengampu kamu sedangkan rakyat daif dan miskin tahap begitu juga sampai bila-bila menadah ihsan dan simpati umno-apco.


Negara berpendapatan tinggi mestilah sebuah negara yang telus dan tulus. Realitinya harta negara RM48 billion bocor akibat rasuah kerana talibarut umno-apco tamakkan fulus. Takyah bongkar banyak-banyak, jawab aje yang 48 billion tu dulu.

PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan komited dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi tetapi usaha itu tidak dapat dilakukan oleh kerajaan secara bersendirian.

Menegaskan pentingnya mencapai status negara berpendapatan tinggi, Najib berkata golongan masyarakat yang terdiri daripada perbadanan, perusahaan, pekerja, cendekiawan dan penyelidik perlu mengumpulkan sumber kolektif mereka dalam memastikan matlamat itu direalisasikan.

Dalam ucaptama pada persidangan kebangsaan "Menjadikan Negara Berpendapatan Tinggi, Satu Realiti" di sini hari ini, Najib berkata: "Tiada siapa boleh meragui komitmen kerajaan dalam perkara ini, dan saya berharap persidangan hari ini akan menunjukkan bahagian lain masyarakat yang sama-sama berdedikasi dan bersedia memainkan peranan dalam memajukan ekonomi."

Wednesday, September 21, 2011

Orang Teghanung Tahu Doh

Tapi rakyat Teghanung boleh buat apa? Hatta orang umno-apco sekalipun, takut nak bersuara tentang penyelewengan lanun-lanun atasan mereka. Terutama sekali takut hilang bantuan wang ihsan sebanyak RM0.82 sen sehari (x 365 hari @ setahun) yang mereka dapat tu... Sebab paling dahsyat ialah kerana 'bapak' kepada Hamman ni adalah Dajjal yang kontrol Putrajaya nung.


Kalau orang Pas/PR yang buat report, semestinya dibakul sampahkan...dah tau dahh. Oleh itu bermaharajalelah suku sakat talibarut British ni di bumi Terengganu Kite. Bina sekolah..sekolah runtuh, bina stadium..stadium roboh, bina kola renang..kolam renang bocor, bina menara telekomunikasi..menara terbalik... apa nak jadi Teganuku.

Slogan standard melayu talibarut British yakni "Kaya Melayu Kerana umno-apco". Ungkapan syirik umno-apco turun temurun.

Pepatah aku, 'bulat air kerana betung, bulat perut kerana sumber haram'.

PGU 2011.

KUALA NERUS - Tarikh tamat tempoh siap bangunan pada 11 April 2011 telah lima bulan berlalu, namun pembinaan bangunan sekolah Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu di Kampung Tok Jiring di sini, belum siap.

Bahkan, apa yang dibimbangi adalah, projek Kementerian Pelajaran bernilai RM 22,935,351.60 itu akan menjadi satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional yang 'tergendala dan terbengkalai'.

Tinjauan Buletinonline ke lokasi mendapati, tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan bangunan sedang dilakukan.

Sejak berita berkaitan bertajuk "Tarikh sudah tamat tempoh, bangunan belum siap lagi',yang diterbitkan Buletinonline pada 17 April lalu, tiada sebarang perubahan dalam pembinaan sekolah tersebut

Menurut sumber maklumat yang dipercayai, kontraktor projek terbabit M.Z.Hakujaya Sdn Bhd telah menjual projek berkenaan kepada sebuah syarikat bukan bumiputera yang berasal dari negeri Perak.

Selain projek pembinaan
Sekolah Kebangsaan Kompleks Tembesu, yang dibina dibelakang Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, M.Z.Hakujaya juga di laporkan telah menjual projek pembinaan Jalan Dan Jambatan Dari Jeram Ke Kg. Tok Kong Ke Kg. Bukit Guntong.-buletin

Monday, September 19, 2011

KD Pari Tenggelam

Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau.


KUALA LUMPUR 18 Sept – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) “KD Pari” separuh tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada ”shaft”nya tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu, semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis “Fast Attack Craft-Gun” itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Lt Kdr Masliza Maaris, dalam kenyataan di sini hari ini, berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu bagaimanapun berjaya merapatkan kapal itu di jeti Pulau Layang-layang.

"Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat dari kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Masliza berkata, bagaimanapun dengan bantuan penyelam TLDM, KD Pari kapal itu berjaya diapungkan semula dengan menggunakan ”lifting bag”. – Bernama

Saturday, September 17, 2011

Talibarut British: ISA Di Mansuhkan! Terancang Atau Terkebetulan?

Kalau retorik bermakna pemimpin bn-umno-apco lah tu. Kata Najib ISA dimansuhkan. Tetapi bakal digantik dengan suatu yang lain seumpama ISA. Guane tu? Jika akta tu dah zalim hatta diganti bapak sedara dengan anak sedara pun samalah juga jahatnya. Cumanya si anak sedara ni sedikit mentah.


Mengulas isu ISA dimansuhkan ini adakah ianya perancangan Najib atau suatu kebetulan? Apakah Najib sedari awal telah menyedari bahawa rahsia kerja-kerja kotor konco-konco dan talibarut umno-apco memberikan taraf penduduk tetap kepada warga Bangla pasti bocor?

Pasti kita musykil tatkala Najib umumkan ISA bubar, tetiba menerpa pula ke telinga kita berita Presiden Bangladesh Hasena Wajed mengumumkan bahawa rakyat Bangla di Malaysia mudah mendapatkan taraf penduduk tetap dan layak mengundi dalam PRU akan datang.

Oleh itu terkebetulanlah dengan masanya jika Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat dan menangkap para durjana talibarut umno-apco yang melakukan kerja-kerja jahat itu, pastinya mereka yang berkenaan akan terlepas dari ISA. Pastinya bukan sedikit manusia bertopeng syaitan yang bersubahat malah mungkin turut melibatkan mereka dari kalangan Datuk dan pegawai tinggi.

PGU 2011.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh

Beliau berkata demikiana apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dariwww.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Thursday, September 15, 2011

Talibarut British: Dua Orang Ni Sama-Sama Kencing Berdiri

Dari kalangan bergelar pemimpin agama umno-apco, sorang di peringkat pusat yakni di JPM manakala sorang lagi Timbalan Exco Agama Terengganu. Fahaman hadhari sesat lumat depa kunyah dan telan jadi darah mengalir rata dalam urat saraf depa. Sebab tulah bila diungkitkan perihal rasuah, depa senyum kambing kerana depa pun turut sama tibam pitih haram tu.

Memang haramjadah. Depa pandai makan pandai simpan, itu tabiat semulajadi puak gerombolan umno-apco yang semua orang hatta budak tadika pun tahu. Camne aku taknak tuduh depa kedarah duit haram jika dengan gaji seciput itu depa dapat bikin istana jutaan ringgit harganya?

Korang kaji kronologi tetiba depa ni kaya sekelip mata, pastu tepuk dada tanya hati, jangan tanya selera nanti muntah...

Istana Jamil Khir;

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.
Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

Istana YB Ramli Nuh, ADUN Tepoh Trg.;

Kecuali, mereka yang telah menjalankan perniagaan sebelum dipilih wakil rakyat, namun adalah tidak munasabah bagi seseorang bekas penjawat awam, tiba-tiba boleh mengumpul harta jutaan ringgit.

Sebagai contoh ADUN Tepoh, YB Muhamad Ramli Nuh, yang pernah didedahkan sebelum ini, memiliki istana bernilai RM1 juta.

Walaupun sesetengah pihak mempertikaikan nilaian tersebut, sehingga kini, beliau sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikannya.

Tinjauan Buletinonline ke perkarangan rumah tersebutmendapati, memang ianya sebuah rumah (kalau boleh dipanggil begitu) yang cukup besar.

Berdasarkan pengamatan wartawan Buletinonline ia mempunyai lima buah rumah kecil yang disatukan menjadi sebuah banglomewah.

Pandangan dari bahagian belakang juga menunjukkan, rumah yang dibina di atas dua lot tanah tersebut memang tidak wajar dimiliki oleh seorang ‘yang berkhidmat’ kepada rakyat.

Selain itu, beliau yang sebelum ini adalah penjawat awam di pejabat agama, telah bertukar kereta sebanyak tiga kali, semenjak menjadi wakil rakyat.

Sepatutnya, sebuah Proton Perdana sudah cukup selesa baginya melaksanakan kerja-kerja menemui rakyat, namun ditukar kepada Sorento.

Untuk koleksi yang terbaru, YB Muhamad Ramli Nuh telah bertukar kepada Honda CRV.

Macam-macam: Terpaksa Kencing Dalam Botol

Bintang filem terpaksa kencing dalam botol

PARIS: Bintang filem Perancis, Gerard Depardieu berkata, dia tiada pilihan kecuali terpaksa membuang air kecil di dalam botol ketika berada dalam pesawat bulan lalu selepas kru kabin menghalangnya masuk ke tandas.

Dalam wawancara rancangan bual bicara, semalam bersama pengacara televisyen Amerika, Anderson Cooper - yang tidak dapat menahan gelak apabila insiden itu dilaporkan dalam siaran berita perdana CNN - bintang filem terkenal Perancis itu mengakui botol itu tidak cukup besar untuk menampung air kencingnya.

Depardieu menjelaskan melalu satelit dari Dublin, dia cuba menggunakan tandas dalam penerbangan dari Paris ke Dublin sebelum pesawat berlepas tetapi kru kabin menghalang pintu tandas dengan kakinya dan mengarahkan bintang filem itu kembali ke tempat duduknya.

“Saya beritahunya, ‘Cik, saya perlu ke tandas kerana mahu buang air kecil. Ia menyakitkan saya,” kata Depardieu sambil tertawa.


“Saya bukan pengganas, saya hanya ingin buang air kecil,” katanya.


Selepas kru kabin sekali lagi enggan membenarkan dia menggunakan tandas, dia terpaksa meminjam botol kosong daripada seorang teman.

“Anda tahu, ia memang melegakan walaupun agak menyakitkan,” katanya.
- Agensi

Talibarut British: Majoriti Orang Dok Suka

Kalu kita dok buat saloh kat orang takde nya manusia lain nok maroh atau benci kat kita. Sekiranya perlakuan jahat kita tu keterlaluan, tidak mustahil orang meluat meluap berapi sehinggakan tergamak kirimkan amaran berupa peluru hidup. Lebih-lebih lagi jika orang tu dari kalangan manusia jahannam puak gerombolan talibarut British umno-apco.


Sebelum ni kita tak terkejut bilamana Hishamuddin Hussein dikirimkan sebutir peluru hidup oleh seseorang yang teramat-amat jengkel dengannya. Itu kita tak heranlah sebab dia 'public figure', tetapi dalam kes seorang Datuk ni berlaku di Dungun, sebuah pekan kecil yang sedang berusaha untuk membangun, sebuah pekan kebanyakan masyarakat kita belum kenal.

Tetapi oleh kerana dia ni dari suku sakat gerombolan umno-apco, sinonimnya berpalitkan rasuah, kroni, gong bodo sombong, seleweng dan seumpamanya lagi, maka tidak musykil bagi kita jika dia pun turut terima hadiah 'sama' dengan yang Hishamuddin Hussein dapat tempohari.

Apa pun kita semua rasa tidak senang dengan perkembangan mutakhir bilamana 'bunga-bunga keganasan' mula dicetuskan oleh segelintir insan yang sudah hilang pertimbangan akibat perbuatan zalim melampau pihak gerombolan yang memerintah negara. Tidak syak puncanya ialah dari ketua negara kita yang membibitkan riak-riak keganasan.

Usah kita biarkan, usah kita simpan, lebih lama lebih rencam, jatuhkan rejim Najib.

PGU 2011.

Ahli politik terima peluru hidup

DUNGUN - Kegembiraan seorang ahli politik berpangkat Datuk meraikan tetamu dalam satu majlis Aidilfitri di perkarangan pejabat pihak berkuasa tempatan (PBT) bertukar cemas apabila menerima panggilan telefon daripada isterinya memaklumkan penemuan sebutir peluru hidup dalam peti surat rumahnya.

Mengesahkan kejadian terbabit, Datuk Maat Ismail yang juga Naib Pengerusi Penyelaras Umno Dun Sura ketika dihubungi memberitahu, ketika kejadian, dia sedang berada di pekarangan pejabat Majlis Perbandaran Dungun (MPD) untuk menghadiri satu majlis Aidilfitri anjuran PBT itu.

Beliau berkata, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari seorang tukang kebun rumahnya yang melihat satu sampul surat mencurigakan ketika membuka peti surat rumahnya di Jalan Nibong Stesen, Bukit Chatak Tengah.

Menurut Maat, sebaik membuka sampul surat terbabit, tukang kebunnya terkejut apabila mendapati sebutir peluru dipercayai peluru pistol dalam sampul surat berkenaan sebelum memaklumkan kepada majikannya, Datin Teh yang juga isteri Maat.

“Ketika menghadiri majlis raya di MPD, saya terima panggilan telefon daripada isteri kira-kira jam 11 pagi memaklumkan penemuan peluru itu.

“Saya kemudiannya bergegas pulang, sebaik sampai di rumah saya memeriksa sekali lagi sampul surat berkenaan dan mendapati sebutir peluru dipercayai peluru pistol dalam sampul surat itu,” kata Maat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Chatak Tengah.

Maat, seorang ahli perniagaan yang baru menerima gelaran Datuk beberapa bulan lalu itu kemudiannya membuat satu laporan di Balai Polis Dungun jam 12.55 tenga hari.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan daripada lelaki itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan berkaitan kes terbabit
.-SH

Sejarah Yang Talibarut British Enggan Iktiraf

Shamsiah Fakeh Dalam Kenangan...

"Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang... tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka." - Memoir Shamsiah Fakeh

"Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita". - Shamsiah Fakeh

Shamsiah Fakeh (1924-2008) juga dikenali sebagai "Ratu Rimba Malaya" ialah tokoh feminis, nasionalis, pejuang dan reformis berhaluan kiri Tanah Melayu sebelum merdeka

Shamsiah dilahirkan pada tahun 1924 di Kampung Gemuruh kira-kira satu batu dari pekan Kuala Pilah. Shamsiah merupakan puteri kepada Sutan bin Sulaiman dan Saamah bte Nonggok. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan dan kemudian ke Madrasah Tuddimiah in Padang Panjang, Sumatera. Shamsiah pernah berguru dengan Lebai Maadah di Pelangai. Antara rakannya ialah Ustaz Abdul Jalil Salim, Haji Abd Aziz dan Hambiah.

Pada umurnya 17 tahun, Shamsiah berkahwin dengan Yasin Kina tetapi ditinggalkan suami ketika mengandung anak yang kedua.

Kedua-dua anaknya meninggal dunia dalam usia yang muda. Beliau telah berkahwin sebanyak lima kali dan perkahwinannya dengan Ibrahim Mohamad adalah yang terakhir. Antara suami Shamsiah adalah Ahmad Boestamam yang merupakan pemimpin bagi Angkatan Pemuda Insaf. Ahmad tidak pernah menceritakan perkahwinan ini dalam mana-mana karya beliau.

Perkahwinannya dengan Ahmad terganggu dengan penahanan Ahmad ditahan oleh kerajaan penjajah British pada April 1947 berikutan karyanya Testament Politik A.P.I. yang diharamkan oleh pihak penjajah. Mahkamah mendapati Ahmad Boestamam bersalah dan kemudiannya didenda 1,200 ringgit ataupun 9 bulan penjara. Ahmad membayar denda tersebut dan kemudiannya telah dibebaskan.

Shamsiah dikatakan kecewa dengan tindakan Ahmad yang bagi Shamsiah, seorang nasionalis rela meringkuk di dalam penjara. Tindakan Boestamam membayar denda dan tidak rela dipenjara dipercayai puncanya mereka bercerai.

Perjuangan nasionalisme

Shamsiah merupakan ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946. Tujuan parti ini adalah untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari tangan penjajah British. Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah. Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan British pada tahun 1948.

Shamsiah menyertai Rejimen Ke-10 yang merupakan sayap Melayu dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Tekanan pihak penjajah yang berterusan memaksa Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya untuk lari ke hutan di Lubok Kawah di Temerloh, Pahang, dan meneruskan perjuangan bersenjata dari sana. Sebagaimana yang diungkapkan oleh beliau sendiri:

“Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan. ”

Kehidupannya penuh ranjau berduri dan perjuangannya tidak mengira tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa. Beliau bersama suaminya, Ibrahim Mohammad, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Pada tahun 1956 Shamsiah dan Ibrahim dihantar PKM ke China untuk belajar. Shamsiah terus berada di China menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi. Beliau memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965, Shamsiah dan Ibrahim ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosialisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia.

Mereka bebas beroperasi sehinggalah tercetusnya ketegangan di Jakarta apabila berlaku rampasan kuasa tentera dan Suharto mengambil-alih kuasa pemerintahan. Beliau dan rakan-rakannya ditangkap oleh penguasa Indonesia pada tahun 1965 sehinggalah dibebaskan pada tahun 1967 dengan bantuan kedutaan Vietnam. Dan dari sana beliau diterbangkan ke Vietnam dan kemudian kembali ke China.

Membunuh anak sendiri

Beliau dikatakan pernah membunuh anak kecilnya di dalam hutan kerana melambatkan pergerakannya di dalam hutan. Tetapi itu semua dinafikan dan menjadi propaganda tentera British untuk melemahkan perjuangan PKM. Shamsiah menyatakan bayi baru lahir itu dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka.

Bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Shamsiah menafikan kedua-dua cerita tersebut.

Kembali ke Malaysia

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada tahun 1989.

Perjanjian itu bukan bermakna pihak kerajaan telah menang di medan perang. Ianya lebih merupakan kejayaan kedua-dua pihak di meja perundingan yang sebelum ini tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan sejak perjumpaan di Baling pada tahun 1955 gagal.

Meninggal dunia

Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya, Jamaluddin Ibrahim, di Kodominium de Tropicana, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang

Rujukan : Wikipedia, ensiklopedia bebas

Shamsiah : "Peninjauan terhadap pembangunan di Malaysia harus di lakukan dengan turut meninjau pembangunan di seluruh dunia. Kita tidak boleh membandingtkan keadaan Malaysia dengan 50 tahun yang lepas. Kita bukan sahaja memerlukan ekonomi yang maju, malah kita juga perlu mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia, mengurangkan jurang antara kaya dan miskin serta tidak mengkategorikan golongan berdasarkan bangsa dan agama. Itulah kemerdekaan yang kita mahu. Pemerintah yang hanya di kuasai oleh segelintir hartawan, cendiakawan Melayu dan bangsawan bukanlah sesuatu yang kita mahukan".

Tuesday, September 13, 2011

Talibarut British: Sesat Sampai Bila-Bila

Kalau lagu ni punya otak pemikiran, cakap ikut nafsu serta bercanggah dengan hukum syarak, maka kita percaya sampai bila-bila pun puak gerombolan akan berada dalam kesesatan. Bodoh tapi susah nak ajar tak mau dengar kata, nasihat dan teguran.


Antara kesesatan nyata yang diamalkan oleh kerajaan hadhari umno-apco Terengganu sejak dulu, kini dan akan datang ialah dari aspek pembahagian wang zakat. Pengagihan bukan berdasarkan kepada 10 asnaf yang layak tetapi merujuk kepada telunjuk JKKK jahannam. Individu yang layak diketepikan atas sebab berlainan parti atau ideologi.

Mana ustad umno-apco?? Setidaknya ustad sepak tong nasihatkanlah sket.

PGU 2011

KUALA TERENGGANU - PAS menyifatkan cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) membolehkan anak tidak sah taraf yang dilahirkan selepas pernikahan ibu bapa, didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa zina mereka adalah cadangan yang 'sesat' lagi 'menyesatkan'.

Menurut Timbalan Pesuruhjayanya, Dr Alias Razak, ia adalah akibat dari dasar kerajaan yang meninggalkan hukum Allah, al Quran dan as-Sunnah.

"mereka (Umno/BN) telah sesat dari jalan Allah (dan mahu) diselesaikan dengan cara yang lebih sesat, akhirnya akan membawa komplikasi yang lebih teruk,

"(ia adalah) akibat dari dasar kerajaan yang meninggalkan (hukum Allah) al-Quran dan as-Sunnah,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, akhirnya akan membawa komplikasi yang lebih teruk iaitu akan menggalakan seks sebelum nikah iaitu zina, satu perkara yang sangat terkutuk dan merosakan institusi keluarga.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, tindakan itu merupakan mukaddimah yang ditaja oleh kerajaan Umno/BN untuk menghalalkan seks sebelum nikah dan zina.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan kerajaan Umno/BN tersebut bukan kes pertama, malah katanya, Umno/BN mengamalkan penyelesaian 'sesat' dalam kes sosial yang lain.

"ini bukan kes pertama Umno/BN amalkan penyelesaian (secara) sesat, menolak hukum Allah dan meninggalkan al-Quran dan sunnah,

"(sebelum ini) kes sosial yang lain termasuklah masalah dadah dan aids (diselesaikan) dengan kondom dan jarum percuma,"tegasnya.

Selain itu, katanya, Umno/BN juga menubuhkan sekolah khas untuk remaja mengandung luar nikah, melesenkan iaitu menghalalkan judi dan jualan arak, kononnya bagi memudahkan kawalan kepada masalah terbabit.

Justeru, beliau menyeru, seluruh rakyat Terengganu, khususnya orang Melayu yang berugama Islam suopaya menolak kerajaan Umno/BN Terengganu kerana mereka tidak lagi mampu menjaga kesucian ugama Islam dan menjaga keturunan manusia.

Dalam isu yang sama, sebagaimana di laporkan akhbar, Persatuan Peguam Syarie Malaysia membantah cadangan kerajaan Terengganu membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa kerana membawa impak negatif dalam sosiologi masyarakat dan mencemar kesucian Islam.

Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata tindakan sedemikian berlawanan dengan hukum syarak kerana tercatat dalam undang-undang Enakmen Keluarga Islam anak tidak sah taraf hanya boleh dinasabkan kepada ibunya saja.

Masyarakat akan sewenang-wenangnya melakukan zina dan maksiat bermaharajalela kerana tiada kekangan sekali gus menggalakkan peningkatan bilangan anak luar nikah. Dari segi hukum, taraf berkenaan memberi kesan apabila melangsungkan perkahwinan kerana anak luar nikah tidak boleh berwalikan bapanya.

Ada sebab Allah tetapkan hukumnya. Mungkin menyenangkan dari aspek menyekolahkan anak dan menutup aib anak, namun hukum syarak tidak melihat pada individu sebaliknya keseluruhannya. Jika mahu dilaksanakan, seragamkan ia di seluruh negara, katanya kepada Berita Minggu, di sini, semalam.

Laporan baru-baru ini menyebut hasrat Terengganu mencadangkan mekanisme bagi membolehkan nama anak tidak sah taraf, iaitu anak dilahirkan selepas pernikahan ibu bapa berusia enam bulan dan kurang, didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan bin atau binti bapa.

Difahamkan, ia tidak membabitkan pindaan akta Seksyen 13 Akta Pendaftaran Negara 1960 bagi membolehkan anak tidak sah taraf didaftarkan dalam sijil kelahiran dengan nama ayah, sebaliknya hanya memerlukan kelulusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Awal, berkata cadangan mendaftarkan sijil kelahiran anak tidak sah taraf dengan bin atau binti bapa hanya akan menambah tekanan emosi kanak-kanak kerana ia umpama mendedahkan perkara berkenaan kepada umum secara terbuka.

Katanya, cadangan kerajaan Terengganu itu bukan jawapan tepat dalam menangani masalah tekanan emosi yang dihadapi anak tidak sah taraf, sebaliknya perlu mempertingkatkan kesedaran orang ramai bahawa anak tidak sah taraf itu tidak berdosa.

Beliau berkata, status anak tidak sah taraf sepatutnya hanya perlu diketahui oleh ibu bapa, anak dan pejabat agama saja kerana perkara berkenaan hanya akan berbangkit apabila anak berkenaan ingin bernikah atau menjadi wali kepada saudara perempuannya sekiranya bapa yang sepatutnya menjadi wali meninggal dunia.
-buletin

Saturday, September 10, 2011

Wahai Talibarut British! Ayuh Bubar Parlimen

Gerombolan talibarut British umno-apco berada dalam keadaan selesa sekarang berikutan isu komunis yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden Pas. Siang malam bagai nak rak media massa belaan umno-apco memainkan isu tersebut. Serangan bertubi dan berterusan siang malam oleh gurkha upahan umno-apco seolah meleburkan Pakatan Rakyat dalam sekelip mata.


Seolah ranap gagasan PR tiada berdaya menangkis tohmahan dan hentaman mengkhinzir buta oleh konco-konco umno-apco. Mana tidaknya setelah ketandusan isu memburukkan Pas-PR untuk dijadikan sebagai modal PRU maka Abg Mat Sabu samada dengan sengaja atau tidak telah membuka jalan seluas-luasnya memberi peluang kepada bn-umno-apco melanyak Pas-PR.

Rasanya inilah masa yang sesuai untuk Najib membubarkan Parlimen dan mengisytiharkan PRU-13 tatkala bn-umno-apco gah dan gagah manakala Pas-PR sedang renyuk.

Ada Berani?

PGU 2011.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET