Aku macam tak percaya percikan kebodohan polis mutakhir ini telah terpalit sama terhadap pihak polis Dungun. Selama bermastautin di bandar ini belum pernah kejadian kurang ajar dan konfrontasi yang melampau dilakukan oleh pihak polis terhadap rakyat yang lemah. Selalunya pasti ada diplomasi dan bukannya konfrontasi. Seperti berita yang dibaca terjadinya tingkah zalim oleh ketua Polis Dungun terhadap Ketua Pemuda Pas Dungun.
Jelas lah pada kita sekarang siapakah polis dan dengan siapa mereka wala' jika bukan dengan si penakut hampas Najib dan Hisham Auww..
Oleh itu aku menyeru terutamanya kepada para pekedai runcit, para pemilik restoran, para peniaga warung, para penjual ikan dan sayur di pasar, para penjual dengan van bergerak, para pengusaha dan pekerja pam minyak serta yang lain-lain agar sama-sama kita bersatu hati MEMBOIKOT Encik-encik polis Dungun yang sahih kita nampak telah menyebelahi dan menjadi barua umno-apco.
JANGAN SESEKALI MELANGSUNGKAN SEBARANG AKTIVITI URUSNIAGA DENGAN SEMUA ANGGOTA POLIS YANG DIKENAL PASTI BERTUGAS DI BALAI POLIS DUNGUN.
Kita ajar mereka sampai tahap mana mereka dan keluarga mereka boleh bertahan sanggup jadi kera sumbang tanpa sesiapa mempedulikan.
Jika Najib dan konco-konconya boleh memperbodohkan pihak polis melakukan tindakan zalim maka kita rakyat wajarlah tunjukkan pula setakat mana kehebatan KUASA RAKYAT dalam mengajar mereka yang menyokong serta melakukan sebarang perlakuan ganas dan zalim.
0 comments:
Post a Comment