Saturday, July 16, 2011

Bersih 2.0: Gembira Melawan BN-umno-apco

Berat nanang doh bn-apco lening. Koho mung provok rakyat koho rakyat maroh, koho turun peratusan yang sokong mung. Kini umno-apco terpaksa menjual maruah lagi mengharapkan bantuan 1.5 juta PATI untuk mengundi mereka dalam PRU-13 nanti.


Usahkan orang biasa, malah pelacur pun dah bebulu dengan rejim Najib. Kerana jahat dan zalimnya rejim Najib sekarang sudah tidak pilih bulu malah secara keseluruhan habis semua rakyat hatta dari kalangan umno-apco sendiri pun ditibainya. Kita seakan yakin bahawa sekarang adalah era pengakhiran dinasti Najib-umno-apco di zaman ini. Kesilapan demi kesilapan dilakukan ada mirip dengan kejatuhan dinasti Marcos dan Imelda.

Mungkin Najib Rosmoh sudah dapat membaca bahana yang bakal diterima jika dinasti nya menerima nasib yang sama seperti dinasti Marcos. Jika Marcos serta konco-konco nyah dari bumi Filipina maka tiada alasan untuk Najib dan konco-konconya nyah dari bumi Malaysia.

Peguam PAS Mohamed Hanipa Maidin mendakwa, beliau difahamkamkan perhimpunan BERSIH 2.0 genap seminggu lalu mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat, sehingga terdapat pelacur yang mengambil cuti untuk menyertainya. NONE"Pada 9 Julai, sebelum perhimpunan, (saya) ada (bersembang dengan) seorang (aktivis) Cina buat tinjauan. Beliau terlibat dengan sebuah NGO, menemuramah pelacur di Lorong Haji Taib.

"Beliau kata, ada pelacur minta cuti untuk bersama-sama dengan perhimpunan BERSIH. Saya diberitahu begitu. Saya percaya dia (aktivis) bercakap benar kerana beliau bersama dengan NGO.

"Kalau pelacur minta cuti untuk bersama dengan BERSIH, ini (menunjukkan) BN dah teruk. Pelacur pun tak sokong BN," katanya disambut dengan gelak ketawa dan tepukan kira-kira 200 hadirin yang hadir dalam ceramah di Gombak malam tadi.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, perkara itu membuktikan rakyat pelbagai lapisan mengakui lapan tuntutan BERSIH sebagai permintaaan yang munasabah.
rafidah aziz kuala kangsar parliament seat court case 040708 ahmad jamaluddin and hanipa
Ditemui Malaysiakiniselepas menyampaikan ceramahnya, Mohamed Hanipa (kanan, berkaca mata) bagaimanapun berkata, aktivis itu memberitahunya, pelacur berkenaan mengambil keputusan menyertai BERSIH setelah perhimpunan itu hebat diperkatakan di media.

Dalam ceramah bertajuk "Betulkah ganas himpunan BERSIH?" di Taman Melewar, Mohamad Hanipa juga berkata perhimpunan tersebut berjaya "menghapuskan" ketakutan rakyat terhadap BN.

"Mereka boleh tahan, boleh dakwa, dengan (harapan) tindakan itu kita (menjadi) takut. Mereka silap. Pada 9 Julai, rakyat Malaysia telah menghapuskan ketakutan kepada kerajaan BN," katanya.

'Gembira melawan BN'

Turut hadir berceramah Naib Presiden PKR N Surendran, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud dan anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat.

Mohamed Hanipa berkata, walaupun rakyat menerima pelbagai ugutan atau ancaman daripada polis, semua bangsa dan agama tetap bersatu dalam perhimpunan tersebut. "Ini kerana kemuncak kemarahan mereka tidak dapat dibendung disebabkan tindakan polis," kata pengamal undang-undang itu.

Beliau juga mengkritik tindakan polis yang didakwa merempuh motosikal yang dibiceng oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sehingga menyebabnya ligamen lututnya terkoyak.NONE

"Cara mereka tangkap Mat Sabu, langgar... (Macam) tidak ada nilai nyawa dan keselamatan. (Macam) tak ada nilai," sambil menambah Mohamad terpaksa diambil keterangan di balai polis Jinjang dalam keadaan dipapah selepas mendapat rawatan di hospital. "Kezaliman ini, saya tidak pernah lihat (sebelum ini)," tegas Mohamed Hanipa yang mendakwa menyaksikan insiden itu berlaku di depan matanya.

Bagaimanapun, beliau yang turut ditahan polis bersama ramai pemimpin Pakatan Rakyat berkata merasa "gembira sebab melawan BN" - tindakan yang didakwa menimbulkan rasa pelik pihak polis.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET