Sebanyak RM15.153 juta WANG RAKYAT telah diboroskan oleh Kerajaan UMNO/BN untuk menempatkan 3,376 anggota polis (sebenarnya makin ramai anggota polis, semakin porak-peranda jadinya) seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA semasa pilihan raya kecil Kuala Terengganu. * Alaun Perjalanan - RM2,700,000 Bayangkanlah betapa kerajaan UMNO/BN memborosi wang RAKYAT. Dalam keadaan ekonomi negara meleset ini, RM15 juta telah dihabiskan hanya untuk anggota polis. Ini baru hanya satu prk!! Inilah moral kerajaan LAKNAT UMNO/BN dalam perbelanjaan ‘berhemah'. sumber: kerajaanrakyat.com
* Makan dan Penginapan - RM4,500,000
* Makanan Ringan dan Minuman - RM65,000
* Komunikasi dan Peralatan - RM50,000
* Sewa Canopy (Kemah) - RM6,000,000
* Minyak Kenderaan dan alatganti - RM698,000
* Bahan Mentah dan lain-lain - RM310,000
* Penyelegaraan dan lain-lain - RM830,000
* Jumlah Perbelanjaan - RM15,153,000
Sunday, February 22, 2009
Moral Umno - Pembaziran Wang Rakyat
Hasilkerja oleh wohulu at 23:18 0 comments
Labels: copy-paste
Saturday, February 21, 2009
Kerajaan ‘Maya’ Perak
Berat tangan dah rasanya nak menulis buat sementara waktu nih. Lagi pun teman bukanlah seorang penulis tapi sekadar meluangkan masa meluahkan perasaan dan pendapat.
Terkini ‘hearsay’ macam sahih membayangkan bagaimana Datuk Zambry takkan sempat panas duduk atas kerusi MB.
Kemelut berkenaan isu penggantungan oleh Speaker Dewan terhadap MB Zambry selama 18 bulan dan 6 Exconya untuk 12 bulan semakin menyenakkan kepala hotak untuk berfikir dan bertindak.
Apakah yang dapat Kerajaan Haram lakukan jika gagal memasuki Dewan untuk bersuara dan mendapat perhatian serta persetujuan Ahli Dewan? Kedengaran pula beberapa orang Adun BN yang tidak berpuashati dengan pengstrukturan Exco baru tidak akan menyebelahi MB Zambry atas sebarang keputusan sidang yang akan dibawa oleh beliau.
Ditambah lagi dengan berita terkini konon Dato’ Nasa dan mantan Timb.Speaker Dewan Hee Yit Fong akan meletakkan jawatan makin menambahkan lagi kebingitan. Samada benar atau sebaliknya desas desus ini wallahuaklam, tapi di dalam beberapa blog telah tersiar berita ini yang menimbulkan pelbagai spekulasi yang pastinya mengkalutkan lagi suasana politik Kerajaan Perak sekarang yang sedang kusut.
Empat ADUN katak yang ‘berpindah-randah’ dari parti ke parti tu sebenarnya adalah ‘kluk-klek’ dan racun yang bakal memburukkan lagi kekusutan BN Perak. Pening kepala sakit jiwa la Datuk Najib nak mengawasi 4 makhluk jadian tu. Makhluk perosak yang sudah shortlisted untuk dibuang dari PR rupanya ada yang minat bagi tujuan batu loncatan.
Skrip yang dicipta oleh Skuad Najib belum berkesudahan malah mengheret ‘director’nya untuk berlakon sama. Tetapi jalan ceitanya masih terumbang-ambing tiada nampak susur pengakhiran yang baik.
Apa pun Datuk Najib telah disahihkan sebagai pengganti PakLah pada bulan Mac nanti. Tapi Datuk Najib jangan lupa kerana ‘bekas tangan’ beliau dengan apa yang telah mereka lakukan pada kerajaan dan rakyat Perak pasti akan mengundang kehancuran total pada BN.
Hasilkerja oleh wohulu at 00:18 0 comments
Labels: kedai kopi, Minda, politik
Friday, February 20, 2009
Umno gadai lebih 40,000 ekar tanah
Assalamualaikum, Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.
Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.
Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.
Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.
Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.
Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:
1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
2. 5,000 ekar di Bruas
3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta. Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!
Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.
Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO.
( http://kamparinn. blogspot. com/ )"
Hasilkerja oleh wohulu at 22:07 0 comments
Labels: copy-paste
Sunday, February 15, 2009
58 hari habis edah Bukit Gantang dan Selambau
Tidak sepertimana PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu jarakmasa penamaan calon adalah lebih singkat.
Walaupun akta SPR menyatakan pengisytiharan PRK dalam tempoh 60 hari tetapi situasi semasa dan keupayaan terkini SPR untuk mengendalikan PRK adalah diluar garis logic akal kita yang membawa kepada tafsiran mudah akan helah-helah tertentu serta mainan strategi antara pihak Umno dan SPR.
Dalam keadaan ini kita boleh membuat anggapan mudah bahawa SPR tanpa Tan Sri Rashid sekalipun masih berada di bawah telunjuk Umno dan Kerajaan BN, masih terbelenggu, masih tidak bebas.
Desas-desus kencang mengaitkan tarikh 27 March 2008 sebagai persediaan Umno mengambil aura dan semangat dari perhimpunan agung Umno yang dijadualkan tiga hari sebelumnya pada 24 March 2008 kerana mereka tahu keadaan porak peranda di dalam Umno sekarang mustahil untuk mereka berdepan dengan pembangkang yang dikatakan berada pada kedudukan yang mantap, semakin kuat dan berstrategi.
Disamping aura kebangkitan rakyat di Utara natijah daripada akalan Umno sendiri yang membuat onar, pada perancangannya yang amat gelojoh konon untuk menunjuk gah dan kekuatan Umno di negeri Perak.
Rakyat dari peringkat semua kaum pastinya akan berpaling dari Umno dan akan menjadikan peristiwa itu sebagai ‘batu tanda’ hasil kebobrokan bekas tangan Umno yang merampas dan mengguling Kerajaan pilihan rakyat.
Namun walau apa pun alasan mereka lantas yang pantas hadir difikiran kita adalah senada seirama dengan kenyataan Ketua Pemuda PAS, YB Salahuddin Ayub bahawa tempoh bagi mengadakan pilihanraya itu dianggap terlalu lama, pasti suatu agenda tersembunyi Umno bagi mempersiap sedia jentera Umno bagi menghadapi PRK pada kali ini.
Kesan kekalahan Umno di dua PRK sebelum ini menjadi kayu pengukur untuk mereka merangka strategi dan tektik baru kerana Umno sedar jika tersilap langkah lagi terutamanya dalam meletakkan calon alamatnya telan air liur lagilah Umno nanti.
Umum mengetahui pelbagai tektik kotor bagaikan ramuan utama kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya baik PRU atau PRK. Seperti contoh di PRK036 baru-bari ni bilamana pihak media pun dirasuah, rakyat disogok dengan ratusan ringgit setiap seorang selepas menghadiri majlis sembahyang hajat, itu tidak termasuk kempen dari rumah ke rumah.
Apa yang paling tidak masuk akal ialah tidak pernah dalam sejarah pilihanraya bilamana pihak JPN dan SPR bekerja sehingga jam 10 malam sewaktu berlangsung kempen PRK036, kenapa begitu? Rakyat boleh fikir sendiri…
Yang pastinya PRK 2 Bukit ini akan bertambah sengit dengan isu ‘derhaka’ sebagai bahan kempen. Apakah ia juga akan bertambah hangit dengan kehadiran ribuan anggota pasukan keselamatan? Kita saksikan nanti…
Hasilkerja oleh wohulu at 09:38 0 comments
Thursday, February 12, 2009
97 peratus (%) Rakyat Perak Mahu DUN diBubarkan
Sebanyak 97 (%) peratus rakyat Perak mahukan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan iaitu sebagai cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka 'meraikan' demokrasi.
Demikian hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.
Abu Hassan menjelaskan, peratusan tersebut yang menunjukkan:
Kata Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah:
Jelasnya media tradisi seperti akhbar merupakan media yang sangat berpihak yang mana hanya bersifat satu sisi dan satu arah.
Sehubungan itu beliau tidak meragui bahawa media baru ini akan menguasai aliran informasi sehingga ke skala 86 peratus yang akan menguasai dan membentuk pilihan raya di kedua-dua Dun dan Parlimen itu.
Hasilkerja oleh wohulu at 12:57 0 comments
Labels: copy-paste, politik
Wednesday, February 11, 2009
Cakap siang pandang-pandang...
Pesanan Tuan Guru Hj Hadi di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai sejurus selepas kemenangan PRK036 baru-baru ni agar kita jangan sombong dan megah dengan kemenangan ini dan sebaliknya kita kekalkan sikap rendah diri dengan pihak lawan kerana sikap rendah diri ini akan mendekatkan kita dengan mereka.
Hasilkerja oleh wohulu at 23:22 0 comments
Labels: kedai kopi, Minda
Tuesday, February 10, 2009
Lima pejuang masih diburu polis
Lagi suspek rusuhan di Kuala Kangsar diburu
KUALA KANGSAR 9 Feb. - Polis sedang mengesan
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, sembilan yang ditahan pada hari kejadian telah dibebaskan dengan jaminan polis tetapi dikehendaki melapor diri di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Rabu ini.
sumber: utusan maloya online
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------->>>>>>
Syabas kepada pihak polis kerana telah menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di Perak pada tahap yang tinggi. Namun diharapkan pihak polis dapat melakukan tangkapan terhadap mereka yang benar-benar digelarkan pesalah.
Polis difahamkan membuat tangkapan terhadap pendemo yang digelar 'perusuh' kerana mempertahankan kedaulatan undang-undang. Undang-undang yang dicabul rakus berselindung disebalik kuasa Sultan dan Istana Perak untuk mencapai maksud.
Tapi pihak polis mendiamkan diri terhadap dalang 'rusuhan' yang sebenar iaitu TPM dan 4 orang pengkhianat kerajaan Perak yang dipercayai menyebabkan berlaku kacau bilau dan huru-hara di negeri Perak sekarang ini.
Begitulah adat sistem atau undang-undang chauvinism di
Hasilkerja oleh wohulu at 12:27 0 comments
Monday, February 9, 2009
Perutusan MB Perak, YAB Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin
Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya. BismilahirRahmanirRahim. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan. Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi. Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya. Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang. secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan. UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana. Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan' Menteri Besar Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan' atau ‘lucut jawatan' saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan' saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu : Pertama - pembubaran Dewan Undangan Negeri. Kedua - undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri. Ketiga - saya meletak jawatan secara sukarela. Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak? Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram. Fitnah Media Kawalan UMNO - Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa. Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan. Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO. Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit' ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan. Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya. Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit. Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil. Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan. Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.
Hasilkerja oleh wohulu at 13:33 0 comments
Labels: copy-paste
Saturday, February 7, 2009
Karpal jangan bangkitkan amarah
Episod demo ‘natang’ terhadap Sultan Terengganu oleh konco-konco mat Deris melakarkan sejarah buruk Umno di Terengganu sehingga membawa kepada kejatuhan kepimpinan mat Deris dan ditukarkan dengan hero pilihan Sultan sendiri.
PR mula dilabelkan oleh Umno dan diwar-warkan oleh media taghut mereka sebagai penderhaka pada Sultan Perak. Ini adalah isu yang amat sensitive kerana Bangsa Melayu adalah diantara bangsa bertamadun yang masih setia dan taat pada Raja nya, kontroversi ini bakal mengundang padah pada PR jika ia tidak ditangani dengan betul dan bijak.
Meski pun dalam kes peralihan kuasa di Perak sekarang kita dapati seolah Raja berpihak kepada kerajaan haram yang baru merampas kuasa namun orang melayu khasnya tidak sepatut menuding kesalahan kepada Raja secara total.
Jika bangsa melayu perlu menjaga tingkah laku terhadap rajanya apatah lagi bangsa lain yang dicop Umno sebagai masih lagi bertaraf pendatang dan menumpang di bumi bertuah ni jangan sekali-kali melaungkan suara sumbang derhaka pada Raja melayu.
Oleh itu teman sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan Karpal Singh malam tadi yang akan mengeluarkan saman di mahkamah tinggi Taiping dengan menamakan Sultan Perak sebagai defendan pertama manakala kerajaan haram Perak sebagai defendan kedua.
Presiden PAS telah mengingatkan ahli dan penyokong PAS serta PR supaya taat pada raja. Manakala DSAI pula awal-awal lagi telah menyedari akan hal ini pasti berlaku dan beliau mengeluarkan kenyataan supaya jangan diganggu gugat akan kredibiliti Sultan Perak meski pun keputusan baginda membawa kemudharatan pada Kerajaan PR Perak serta mencetuskan huru-hara dikalangan rakyat.
Hasilkerja oleh wohulu at 18:19 0 comments
Friday, February 6, 2009
Di sini menanti di sana menunggu
Berbagai telahan serta anggapan teman kutip dan dengar namun situasinya kedua-dua kafilah di Perak yang sedang bertelagah pastinya berada dalam ‘mode standby’ dan pada bila-bila masa sahaja bersemangat untuk dikerah ke perbatasan. Siren perang akan dibunyikan sekiranya 3 perkara diselesaikan iaitu samada perisytiharan pembubaran DUN Perak oleh baginda Sultan, atau atas kerelaan MB dan para Exconya meletakkan jawatan, atau dikemukakan usul undi tidak percaya oleh pihak lawan dalam Persidangan DUN. Yang jelasnya sebelah pihak yang sekonyong-konyong melalui OrangKuat No.2 (bukan simen cap orang kuat) telah mengumumkan kononnya dalam kadar segera berjaya membentuk kerajaan baru tapi sehingga sekarang masih terlopong jua.
Satu pihak yang bermaruah pilihan rakyat tetap setia menanti takkan berganjak serta berpaut kepada Undang Tubuh Negeri manakala sebelah pihak lagi hidung tak mancung pipi tersorong-sorong menunggu dengan harapan dapat ambil alih kerusi empuk menteri walaupun terpaksa menjual maruah dan harga diri. Meskipun pelbagai cara dan alasan di suarakan oleh pihak menunggu namun undang-undang menjadi hijab menghalang mereka dari meneruskan hasrat.
Hakikatnya pihak yang menunggu tanpa sedar bakal mengundang kesan pada rakyat yang masak dengan tektik kotor depa seperti culik menculik selain daripada hamis busuk berbau kudis busung yang lama terpahat seperti rasuah dan kroni. Seperti kata bekas bendahara menteri yang masih ‘maintained’ lagi bahawa apa kejadah OrangKuat No.1 menerima kemasukan dua pak pacak yang heboh dipersoal kredibiliti dan intergriti seolah Orangkuat No.1 sengaja tak mengerti membutakan mata dan hati. Begitu jua lontaran kritikan oleh Pendekar Kontroversi dari Gua Musang yang membidas sikap ‘gentlewoman’ juak-juak seangkatannya di Perak yang sanggup menelan kejijikan kehijauan kahak dua pak pacak pembiak barah asalkan hasrat nafsu serakah terserlah.
Tak kurang juga ramai mencadangkan supaya scenario peralihan ini ditamatkan dengan baik dan tenang supaya rakyat tidak terbeban dengan pilihanraya yang berulang. Masakan itu akan terjadi kerana kerakusan satu pihak yang memulakan persengketaan tidak patut dibiarkan kerana mencabar kejantanan. Selain itu mereka mengungkit bahawa wang rakyat tidak akan habis terbuang dibelanjakan apabila kedua kafilah ‘berjuang’ tapi hakikatnya dalam proses drama penculikan dan perasuahan keempat-empat pengkhianat baru-baru ini sebanyak manakah duit rakyat telah melayang. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah beluah habis sampai ke pangkal lengan…… semoga hasrat yang menunggu sampai sudah tak akan kesampaian manakala yang menanti takkan menyerah sewenang-wenang…… selamat berjuang!
Hasilkerja oleh wohulu at 07:43 0 comments
Monday, February 2, 2009
Kunjungan Pertama ke Utara (2)
Hasilkerja oleh wohulu at 23:18 0 comments
Labels: bisnes
Sunday, February 1, 2009
Kunjungan Pertama ke Utara (1)
Sebelum teman memulakan (kick-start) projek kambing ni, teman sebagaimana lazim para pengusaha dan peniaga pastinya menjalankan sedikit pemerhatian dari segi sambutan dan pasaran. Teman dan rakankongsi melusuri tempat penternakan berskala sederhana dari Marang, Dungun dan Kemaman untuk mengenali dan mempelajari sesuatu. Teman mendapati pasaran kambing di Pantai Timur agak ‘sejuk’ atau kurang memuaskan jika hendak menjalankan kerja ternak kambing dalam skala besar atau sederhana. Terdapat beberapa ‘kompleks ternakan kambing’ yang dapat bertahan disekitar ketiga-tiga daerah tersebut namun mereka telah jauh memiliki pasaran tetap atau ‘regular customer’ bersesuaian dengan ‘establishment’ mereka sebagai penternak dan pengeluar daging kambing yang bertapak lama di sini.
Pada pandangan teman bahawa orang-orang Pantai Timur lebih sinonim dengan ternakan lembu atau kerbau yang memberikan lebih pulangan dari segi hasil dagingnya. Satu maklumat yang kurang pasti teman perolehi dari seorang sahabat yang mewar-warkan tentang sebuah kompleks kambing sekitar Paka Dungun untuk dijual. Ia sebuah komplek berskala besar yang terdiri daripada dua buah kandang besar yang memuatkan lebih dari 300 ekor kambing beserta 9 ekar padang ragut dengan nilaian ratusan ribu ringgit. Samada benar atau tidak bahawa kegagalan dari aspek pemasaran lah yang mendorong pemiliknya mengambil keputusan sedemikian rupa tidak dapat teman sahihkan.
Terkebetulan pula nak jadi cerita ada sahabat di Utara iaitu dari Baling, Kedah menawarkan kami untuk menjadi rakankongsi perusahaan penternakan kambing beliau. Bagaikan orang mengantuk yang disorongkan bantal kami pantas memberi persetujuan untuk menyertainya. Maka pada pertengahan Oktober 2008 kami pun berlepas dari Dungun membelah Banjaran Titiwangsa menuju ke Baling. Dah lebih 25 tahun teman tak melalui Lebuhraya Timur Barat, memang banyak perubahan di kiri kanan jalan dan pemandangan. Berbalik pada cerita sahabat di Baling tadi, beliau pada asasnya telah pun memiliki sebuah kandang dan beberapa ekor kambing namun tak berkeupayaan untuk memajukannya akibat kekangan modal maka penyertaan kami secara tidak langsung adalah dengan matlamat memperbesarkan dan memajukan lagi perusahaan sedia ada.
Sehari suntuk di Baling kami dibawa meninjau dan melawat oleh sahabat itu ke beberapa lokasi kompleks penternakan kambing berskala besar. Kami diberi taklimat tentang prospek masa depan dan pasaran semasa bidang ternakan ini. Kami difahamkan bahawa disekitar Baling sahaja terdapat lebih dari 300 pengusaha dan penternak kambing dari yang berskala besar, sederhana dan kecil-kecilan. Woww!!..dari gambaran statistic yang diberikan maka fahamlah kami bagaimana hebatnya pasaran kambing di Utara.
Kami lihat sahabat baru ni seorang yang bersemangat dan berwawasan. Segala kerjasama, komitmen dan layanan yang beliau berikan mencetuskan api semangat dalam diri kami menyebabkan kami beriltizam untuk melangkah lebih jauh dalam dunia baru ni.
Nasihat dari sorang ustaz (teman lupa nama) yang menternak Boer secara komersial dalam kunjungan teman di Memali iaitu “elok sangatlah tu jika awak berdua nak ceburi bidang ni, menternak kambing adalah Sunnah, nanti awak akan dapati insyaAllah dari Dia akan berlimpah rezqi tanpa awak sedari..”. Alhamdulillah teman sekarang seakan mula merasai sedikit kenikmatan itu.
Hasilkerja oleh wohulu at 12:55 0 comments
Labels: bisnes
Jadilah Insan Celik Politik
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
MalaysiaKu BERSIH
Malaysia Tanah Air Ku
MALAYSIA DARUL BOGEL
Fitnah Kerja Umno-Apco
Soalan Simpel Jawapan Mimpel
Ketelusan SPR
Pesanan Ulama...
Rehat Kejap
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...