Mana satu yang betul? Seks dengan rela atau rogol? Atau rogol itu seks rela. Istilah 'kampung' jika sama-sama suka maka ia seks rela. Tapi dalam istilah perundangan ditakrifkan sebagai rogol. Hukuman untuk perogol tertakluk kepada kaedah Perlembagaan Lord Reid aka sekular.
Sejak tersasulnya Datuk Mashitah dengan fatwa 'darurat' didapati remaja semakin berani menjelmakan maksud tersurat 'darurat' selari dengan kehendak nafsu serakah mereka. Bagi Mashitah jika pelacur diberikan lesen 'darurat' atas desakan hidup maka pada pemahaman remaja mereka juga 'darurat' untuk memenuhi keperluan seks.
Menurut Senator Datuk Mashitah yang popular dengan fatwa 'darurat'nya bahawa seorang bayi luar nikah dilahirkan setiap 17 minit dalam negara ini.
Katanya “Kita mendapati terdapat kirakira 250,000 anak luar nikah yang tidak didaftarkan dan jika kita pecahkan kepada bulan angkanya adalah 80,000 atau bersamaan dengan seorang bayi untuk setiap 17 minit.
Ungkapan takut hanya dibibir, tapi dihati menolah jauh pelaksanaan Hukum Hudud. Sesen pun tak guna.
4 Disember 2012
Dari siasatan awal, Ima membuat pengakuan pernah dirogol lebih 20 remaja lelaki dan lima daripadanya merupakan murid sekolah berusia di antara 14 hingga 17 tahun.
Ima berkata, lebih malang, ada dalam kalangan mereka yang pernah cuba meliwatnya.
“Saya berkawan dengan mat rempit. Mereka membawa saya ke sebuah rumah dan saya dirogol beramai-ramai. Lama kelamaan perlakuan itu berlanjutan,” katanya.
Menurutnya, kejadian terkini berlaku dua minggu lalu apabila dia dirogol lima remaja di sebuah rumah di jalan Kilang Lama. Suspek mengugut untuk mencederakannya sekiranya enggan melayani nafsu mereka.
“Selain rumah tinggal dan bengkel, saya pernah dirogol bergilir-gilir oleh beberapa remaja di tengah padang permainan," katanya.
0 comments:
Post a Comment