Tak kuasa SPRM nak layan. Buang karan aje. Perabih boreh SPRM mau buang masa layan karenah jahat 'majikan' dan 'konco2 majikan'nya. Nanti tak pasal-pasal pabila SPRM tebar je pukat tunda depa, maka berlambaklah melekat lebih dari separuh calon2 PRU13 bn-umpco kat pukat tunda SPRM.
Mengikut perkiraan semasa, pasti Terengganu takkan ada calon bn-umpco yang berkelayakan pasal boleh dikatakan kesemua 'ikan bedukang' bn-umpco yang bertanding dulu kenyang duk makan taik yang ditabur oleh Idris Jusuh dan dikesinambungkan oleh Mad Said pulak.
Ramai memperkatakan bagaimana pengurusan masuk dan keluar 'duit ehsan' yang disalur melalui JPP atau direct kepada YB2 bn-umpco dulu tak ada dibuat oleh depa apa2 buku catatan atau buku lejar atau kira-kiranya pun, main taram gitu aje. Itu mau kira camane?
Yang pastinya sekarang rakyat mesti BIJAK untuk menolak semua calon bn-umpco yang kotor, jijik, busuk dan korup.
PGU PRU-13.
SHAH ALAM – Cadangan agar bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sukar dilaksanakan kerana faktor masa dan jumlah nama yang terlalu besar, melibatkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, tujuan ke arah itu baik tetapi agar sukar untuk dilaksanakan.
"Kerajaan perlu memikirkan adakah ia praktikal untuk dilaksanakan atau tidak kerana ia memerlukan kaedah atau tatacara mengikut prosedur operasi standard SPRM,” katanya.
Menurutnya, mungkin SPRM menerima tuduhan sebagai ‘pilih bulu’ walaupun ia badan bebas.
“Tanggungjawab parti memastikan calon yang bertanding adalah bersih daripada rasuah. Pengundi mahu calon bersih,” katanya.
Kelmarin, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, mencadangkan pihak kerajaan mewajibkan ahli politik mengemukakan senarai calon PRU13.
Johan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya dan dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU13.-SH

0 comments:
Post a Comment