Monday, October 3, 2011

Abang Drebar Lori Sampah Pun Rempit

Perkara yang selalu dibualkan orang kat kedai kopi atau dimana pun iaitu tentang perlakuan drebar lori sampah yang jenis tak hiraukan sensitif orang ramai. Jika kita rajin dan membelek semula artikel atau komen ramai pengguna di akhbar-akhbar perdana, majalah atau tabloid, pasti beratus aduan diajukan kepada pelbagai pihak yang berkuasa terutamanya majlis perbandaran.


Terhidu bau lori sampah yang lalu lalang pun kita tak sanggup, apatah lagi bila terhidu bau busuk hanyir air danau yang ditumpahkan oleh lori sampah, naik meloya nak muntah, tambah pulak sedang membaca utusan meloya, mutahhh teruss..

Pengalaman aku dah acap kali minum kat warung sambil menghidup air kopi berserta dengan menghidup udara tengit air sampah. Nasib baik la aku ni jenis manusia selamba sempoi, sesetengah orang yang sensitif bangat tu aku ingat mesti dah angkat kaki. Aku sempat jugak 'snap' sekeping dua gambar simpang koner baring. Gambar di atas adalah antara contohnya.
(gambar: air busuk lori sampah yang melimpahi persimpangan Kg Pelandang Pulau Serai, Dungun. Kelihatan surau dan sebelah kiri tak kelihatan dalam gambar adalah warung)

Oleh itu kita amat berharap kepada pakcik atau abang drebar lori sampah agar berhati-hati apabila membelok kat simpang-simpang jalan, jangan terlebih koner baring supaya air danau busuk meloya tu tidak tumpah dan menghormati 'privacy' orang ramai. Buat kerja biar ikhlas, dari gaya koner baring tu orang boleh tau kerja ibarat melepas batuk ditangga je.

Tuhan Nampak Apa yang Kamu Kerjakan.

PGU 2011.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET