Wednesday, October 26, 2011

Bukan Pitih Aku Tapi Pitih Kau Pitih Rakyat

Penzalim rakyat no.1, 'dua makhluk ciptaan Tuhan di anugerahkan kepandaian dengan menipu dan mengkelentong. Tipu-tipu masuk poket, kelentong-kelentong masuk poket. Kena tipu depa percaya, dikelentong pun depa telan jua. Jenis manusia gerombolan buta hati dan mata.


Di bawah ini bukan tipu dan kelentong punya cerita tetapi benar dan sahih punya cerita. Bagai nak rak mereka bermaharajalela...

1- Kerajaan didesak perjelas projek lembu RM250j
Kerajaan diminta menjelaskan kegagalan projek RM250 juta Pusat Feedlot Kebangsaaan yang dikaitkan dengan seorang menteri Umnoyang dikatakan gagal walaupun menelan belanja besar.

2- RM770,000 untuk bekalkan elektrik kepada satu rumah
Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan RM770,000 untuk membekalkan tenaga elektrik kepada sebuah rumah di bawah Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), dedah Laporan Ketua Audit Negara.

3- Audit: Projek komputer sekolah di Sabah gagal
Projek makmal komputer sekolah harian di Sabah yang bernilai RM160.74 juta yang bertujuan membina bangunan, membekalkan dan pemasangan perabot dan peralatan ICT didapati telah gagal mencapai objektifnya, dedah Laporan Ketua Audit Negara 2010.

4- Kem tentera RM214 juta tak lengkap tapi mulai rosak
Projek pembinaan Kem Muara Tuang, Sarawak yang selesai pada Februari tahun lalu, masih belum lengkap dan beberapa kecacatan serta kepincangan mula terserlah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2010.

5- Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

6- Harga binokular 'zoom' 29 kali lebih tinggi
Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010.

7- Keuntungan syarikat dikuasai kerajaan susut
Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

8- Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani
PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

9- Mara ditegur beli peralatan pada harga tinggi
Di sebalik membelanjakan peruntukan RM54 juta untuk menyediakan kursus latihan bagi golongan miskin tegar, Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

10- MSN 'perkudakan' peruntukan RM5.66 juta
Lapan belas daripada 23 kuda baka khas yang dibeli oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak terpaksa diagihkan kepada pelbagai jabatan kerajaan kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 itu gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale.

11- LPKP ambil masa 700 hari untuk selesai kes, aduan
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan ada kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

- MTD KOTA LAMA

Saturday, October 22, 2011

Perangai Yahudi Semakin Menjalang Dalam umno-apco

(tentera yahudi menzalimi rakyat Palestin)

Alahai semakin teruk meroyan puak gerombolan ni. Maruah yang hitam tercalar terus dirobek dengan perilaku luarbiasa dan memalukan barua-barua mereka. Konon nak jaga kepentingan politik sebaliknya rakyat nampak kezaliman persis sikap tentera Yahudi.

Cuba kita bandingkan apa persamaan yang nyata antara perilaku jahat rejim yahudi di atas ( dalam gambar) dengan perilaku zalim polis penjilat kerajaan di bawah ini terhadap Ketua Pemuda AMK.


Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini diheret daripada menunaikan solat Jumaat di masjid Universiti Islam Antarabangsa, sebelum perhimpunan membantah penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah bermula.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas kejadian itu, Shamsul Iskandar berkata beliau diangkut dan ditarik ke dalam sebuah Proton Satria hitam dan dibawa keluar dari perkarangan universiti itu.

Beliau yang merupakan bekas pelajar UIA itu berkata kira-kira 15 orang - ada yang berpakaian seragam pengawal keselamatan dan ada juga yang tidak - menahannya sebaik sahaja beliau mengambil wuduk.

“Saya beritahu saya mahu solat dahulu kerana iqamat mula dibacakan, tetapi mereka kata tidak boleh dan malah mereka juga tidak boleh menunaikan solat,” katanya. - Malaysiakini.

Thursday, October 20, 2011

Menjelang 2020, Malaysia Akan Bankrap

Rupanya CheDet dah tau mungkin menjelang 2020 Malaysia akan bangkrap. Wawasan 2020 sekadar halwa minda bagi mempamirkan kehebatan pemerintahannya konon. Malangnya CheDet mudah lupa, dia lah pencetus kegawatan bakal membawa negara ke era kebangkrapan. Menjelang 2020, baka warisan pasti bertambah, sebaliknya negara kena lelong.


Melalui dasar penswastaannya (kosmetik ekonomi), para kroni umno-apco yang mengambil alih, telah memiliki atau menerajui syarikat-syarikat kerajaan dengan rakus dan pelahap menjadi lanun durjana membaham wang rakyat, menzalimi rakyat untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Semuanya adalah hasil asuhan dajjal ekonomi kolonial, jurang ekonomi antara golongan sederhana dan miskin semakin lebar dan ketara.

Hari ini hutang negara mencecah RM500 billion, bukan million. Memang inilah kerja manusia syaitan, kejahatan mengalahkan setan, membiarkan negara tergadai asalkan nafsu serakah mereka tertunai. Dan kepala kerajaan Malaysia kekal dengan kedegilannya melanyak sumber dan hasil negara untuk mengzahirkan kuasanya. Disamping membiarkan bininya meroyan sana sini berbelanja jutaan ringgit mengkontangkan khazanah negara.

Ayuh sedarlah semua pemimpin negara yang jahat dan korup. Berubahlah kamu dengan kebaikan dan kemuliaan, bukan senantiasa 24 jam menerima penghinaan dari rakyat marhaen. Jika enggan 100% meniru kegemilangan corak pentadbiran Kelantan atau Selangor, ambillah separuh dulu. Perbaiki sedikit demi sedikit.

Kasihanilah rakyat yang terbiar dan disingkir terus dari diari JKKK atau JPP.

Petikan dari YB Hj Khalid Samad di Dewan Rakyat;

"Kita melihat bagaimana kerajaan negeri menambah pendapatan negeri yang diperolehi dari hasil dan sumber asli, mengambil kembali hutang dari mereka yang telah berhutang serta menghapuskan budaya kroni.

"Sedangkan kerajaan pusat hanya tahu menambah hutang negara dan menurut kajian yang dilakukan oleh badan bebas mengatakan jika amalah defisit ini dilakukan oleh BN, maka pada tahun 2020 hutang negara akan meningkat RM1 trilion dan ia akan membawa negara ke arah kebankrapan," sambungnya lagi.

PGU 2011.

Hudud Balun Semua Judi

Susahlah kalau bercakap dengan orang bodoh ni. Bodoh dengan diri sendiri dan sombong dengan Tuhan. Kata pepatah bodoh sombong. Bukan sekadar biasa punya bodoh sombong tetapi bodoh sombong tahap yang bisa mengheret mereka ke neraka. Sepertimana ulasan pemimpin tertinggi negara bahawa Hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana undang-undang sedia ada adalah dari Tuhan. Basuh kencing tak betul pepandai mengagungkan pulak undang-undang sesat milik penjajah laknatullah.

Pabila ketua bodoh sombong, maka anak buah semestinya bangang bahlol, orang sesat menunjuk ajar orang lain supaya bertambah sesat.

MB Nogori bercakap konon nak perangi judi siber yang semakin menular dewasa ini kat nogori dia secara besar-besaran. Bagus lah tu suatu ikhtiar membanteras maksiat dan kegiatan yang diharamkan oleh agama. Cuma yang pelik kenapa Judi haram diperangi, judi halal di bebasi? Bukankah judi tetap judi takde istilahnya haram atau halal.

Ulama umno-apco pasti menghalalkan sama judi halal, kalau dak takkan MB Nogori pun bangang. Semua ni periuk nasi beb. Kalau takde judi umno-apco lapar. Oleh itu judi halal umno-apco yang punya lah. Judi haram kena perangi sebab umno-apco takleh cari makan ikut tu.

Judi, makanan ruji umno-apco.

Wednesday, October 19, 2011

Parti Samseng a.k.a. Penyamun

Mana parti samseng dapat sumber untuk 'survive'? Jawabnya dari hasil judi, arak dan dadah.

==> judi - depa ada bela Genting Casino,
==> arak - depa 'pow' kilang Carlsberg,
==> dadah - taraf ajk cawangan pun jual dan hisap dadah.

Sumber lain mesti banyak lagi. Antaranya kutip wang perlindungan. Bukan sembarangan samseng. Paling koman pun tahap tiga calit. Jika segenap urat saraf sudah berdaki dengan hasil haram maka dalam kepala takde nak fikir sesuatu yang baik-baik, mesti yang haram. Bersekutu pulak dengan parti samseng haramjadah.

Semoga dibukakan oleh Allah pintu hidayah. Itu hakNya.


Macam-macam: Kena Sihir Melalui Facebook

Bukan salah facebook tapi salah kita. Kenapa? Kerana leka dengan menempekkan gambar yang macam-macam atau yang havoc buat tatapan umum. Betul lah itu hak kita, hak kebebasan individu. Cumanya usah kita lupa bahawa jangan kita cari musuh atau bergaduh dengan sesiapa terutamanya insan yang rapat dengan kita, kerana facebook bakal mencetuskan segalanya.

Monday, October 17, 2011

AWAS Wahai Lelaki

Jangan sesekali pandang enteng perkara sebegini. Sesetengah orang berpandangan bahawa fesyen ini masih menutup aurat tapi inilah fesyen yang dimaksudkan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad bahawa diakhir zaman akan ada wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang'.


InsyaAllah jagalah anak-anak perempuan kita, adik beradik perempuan kita, ibu kita dan isteri kita dari berpakaian tidak senonoh ini.

Saturday, October 15, 2011

Artis Mula Cari Platform Politik

Kata Awie "kita mau cari makan, bukan mau cari lawan".


Come on la brader, lu dah pilih jalan sesat melalui umno-apco. Program tajaan umno-apco tu pun dah bercorak lagha maksiat. Memang gelaplah kalbu lu orang ni.

Atau hidup lu orang-orang artis ni dah terkesan dengan gelombang kebangkitan rakyat sekarang. Peminat semakin berkurang ke bro?

Lu memang bijak Awie sebab lu dah sedia maklum jalan yang dibawa oleh umno-apco memang jalan hiburan, penuh kelalaian dan kesesatan. Lu datang dari jalan tu malah lu berpaut pun pada jalan sesat tu.

Dulu lu kutuk sindir artis yang bersama Pas/PR sebab nawaitu lu tiada pun untuk membawa anak muda ke jalan kebaikan kecuali hiburan dan maksiat macam kehidupan lu jugak. Lu pernah cakap sembahyang itu apa-apalah sangat. Tapi lu togok air haram tu ok plak.

Lu & the gang tak risau ke nanti PAS/PR tawan Putrajaya??

Iyealah ramai dah artis sedar dan mendapat hidayah Allah Taala terus berpaling kepada cahaya Iman dan Islam, maka para peminat yang sedia bertapak dalam Pas/PR semestinya menyokong penuh perjuangan para artis yang menyokong Islam. Mesej yang mereka bawa 'pure' untuk menyedarkan anak-anak muda khasnya.

Ntah apa ntah lagi racun yang umno-apco nak resapi minda anak-anak muda.

Boikot artis umno-apco!

PGU 2011.


Sunday, October 9, 2011

Baguih Punya Cerita: Teladan Untuk FRU

Petang semalam..selepas balik dari Ipoh…aku singgah kat Masjid Ridzuaniah, Kuala Kangsar untuk sembahyang Maghrib.

Masa aku masuk masjid… Imam dah sujud rakaat pertama, tapi ada sorang tu…nak kata tua, tak berapa tua sangat. Lebih kurang aku jugak. Tinggal lagi…janggut aku dah putih…misai dia masih hitam.

Dia dok berjalan dari hujung masjid..sampai hujung sini. Biaq pi la kat dia.

Aku masuk saf bila imam bangkit rakaat kedua. Tapi orang tua tu tak sembahyang juga.

Bila imam bagi salam rakaat ketiga, aku bangkit sambung rakaat ketiga, sebab aku miss rakaat pertama. Masa tu…tiba-tiba orang tua tu mai duduk sebelah aku. Tak betui kot!!

Bila imam baca doa..dia angkat tangan punya tinggi. Khusyuk dan tawadduq! Aku tengok dia menangis..meleleh air mata. Macam Tok Guru Nik Aziz!

Selesai imam baca doa..taqabbalallahu minkum…dia terus bangkit pi salam dengan imam. Dia cium tangan imam tu…imam tu pun senyum. Dia salam dengan semua orang sambil menangis…tapi orang lain semua senyum!!

Dia mai salam dengan aku…masa tu baru aku tau apa yang dia cakap….”saya minta maaf banyak-banyak.” Apa salah dia?

Aku terus keluar masjid…takut selipar hilang.




Baru nak sarung selipar…aku dengar orang menjerit..”hoi..tak payah salam dengan muslimat….depa dah maafkan dah!” Rupa-rupanya dia nak salam dengan muslimat kat belakang.

Aku tanya kat sorang jemaah yang keluar masjid tu..”sapa tu?”


“Polis pencen…tak betui dah!!” jawab sahabat tadi.

Aku tak jadi masuk kereta…aku perati orang tua tu dari jauh. Nak kata gila…aku tengok pakaian dia masih kemas. Kain pelikat dia masih bersih. Baju melayu dia siap dengan butang. Kopiah putih dia tak ada taik lalat. Interesting!

Dia duduk kat atas tangga masjid. menangis tersedu-sedu. Lepas sorang-sorang jemaah keluar masjid..ada yang duduk dalam masjid tunggu isyak. Mana yang keluar dok tepuk belakang orang tua tu…”sabor Yop!”..kata depa.

Bila dah tak ada orang…aku pi kat orang tua. Bagi salam. Dia jawab salam aku. “Waalaikum salam. huk..huk..huk.” Tak gila pun!

Ada apa-apa yang boleh saya tolong abang?” aku tanya dia.

Dia bangkit dan terus peluk aku. Seriau!

“Abang mintak maaf banyak-banyak adik..abang dah banyak buat dosa kat semua orang.” Tiba-tiba dia berhenti menangis.

“Pasai apa abang tak sembahyang tadi…tapi doa punya baguih!” aku tanya.

“Abang ni polis dik…memang kami tak boleh sembahyang…kena jaga orang sembahyang!” Senafas saja dia menjawab dengan fasih!

“Pasai apa tak tengok saja orang lain berdoa?” aku tanya.

“Yang tu kena buat!! yang tak angkat tangan orang bukan islam saja.” dia jawab. Aku tak tau la dia ni mazhab mana.

“Yang dok pi mintak maaf kat semua orang pasai apa?”

“Sebab dulu…lepas baca doa abang pukui orang. Yang tangkap Badrul Amin baca doa tu abang la. Mana yang melawan kami terajang. Mana yang bangkit kami pukui. Tak kira la lelaki ka…perempuan ka..kami balun semacam saja.”

Macam mana jemaah lain kata dia ni tak betui? apa yang dia cakap semua betui!

“Abang ni masih kerja polis ka?”

“Tak….medikal bod. Dah dua tahun” dia kata. Aku tak pernah kerja gomen…aku tak tau apa dia. Tapi aku buat-buat tau la.

“Abang nak pi mana lepaih ni?” aku tanya.

“Nak ambik anak…dah lama dia tak balik.” dia kata.

“Nak ambik kat mana?” aku tanya.

Dia diam…

“Dah berapa lama tak jumpa anak?” aku tanya.

“Kamu layan orang macam tu…kamu pun jadi macam dia!” Haji Rahman, Che’gu kat Idrissiah cakap kat aku masa dia keluar dari masjid.

Aku tinggalkan orang tua tu. Ikut Haji Rahman…dia ngajak aku minum di Rahmaniah…dekat masjid tu.

“Dulu dia tu FRU…orang sembahyang…dia tak sembahyang. Orang baca doa..dia tadah tangan. Habih orang sembahyang…dia pukui orang sembahyang” Haji Rahman bercerita.

“Nak dijadikan cerita…anak dia pun kena pukui. Anak dia belajor kat universiti…ikut orang sembahyang kat Kampung Baru. Bila anak dia kena pukui…anak dia mula fobia tengok FRU. Bila tengok bapak dia..dia mula takut. Last-last tak pernah balik kerumah.Sampai sekarang. Tu pasai dia merayau dari satu masjid kesatu masjid cari anak dia.” kata Hj. Rahman.




“Ooooo!!!” Habih tu..yang dia pi minta maap kat semua orang pasai apa?”

” Dulu dia jaga orang demo… main belasah saja. Sekali tu orang belasah dia balik. masa dia belasah orang.. dia tak kenai. Tapi orang kenai dia. Bila dia balik Bendang Kering…orang balas balik. Sebab orang yang dia pukui masa demo tu bebudak kampung dia jugak. Empat hari koma…bila sedor…jadi macam tu la.” Cerita Hj. Rahman.

“Tapi masa baca doa tadi… aku tengok dia sampai menangis. Mesti dia paham kot?” aku tanya.

“Yang tu dia minta ampun kat Tuhan. Sebab Tuhan bagi dia akal.. tapi dia tak pakai. Dulu bila kita tanya dia pasai apa dia pukul orang dia kata dia ikut arahan. Betui tak betui…dia tak peduli. Dia ikut arahan…bukan ikut Tuhan. Tuhan kata jangan menzalimi orang lain. Dia kata …dia ikut arahan Mahathir. Dia lebih takut kat Mahathir dari takut kat Tuhan!”

Kami pun sampai kat Restoran Rahmaniah. “Mamak Zamree!! Teh tarik satu!”
Gua no komen.... itu urusan Allah samada nak bayar cash dunia atau pakai kredit di mashyar, lu orang pikirlah sendiri....!!!!-pcbktsentosa.

Saturday, October 8, 2011

Aku Ingatkan Si Jacob Biskut Jagung

Terpacul nama Jacob & Co, terpegun kejap ingatkan kompeni Jacob biskut jagung dah 'expend' bisnes import export barang kemas pulak. Rupanya obersi punya Jacob & Co. Rosmah punya cincin punya bikin. Haha..iyealah kan, dak kan sorang je nama Jacob. Nama Yahudi pulak tu Jacob.


Tapi dalam kes Bigmama ni dah jadi macam biskut chipsmore, mahal sket, apa kelas Jacob biskut jagung? Chipsmore kata Kejap ada kejap takde. Malangnya puak gerombolan makan taik yang walau mati hidup semula pun bermatian cakap Bigmama tak buat keje keji tu, pasni sila terjun gaung. Mampos lagi senang.

PGU 2011.

TNB: Untung Ratusan Juta, Hutang Tak Mau Bayar

Makin kaya makin bakhil. Keuntungan suku pertama tahun ini menghampiri 1 billion ringgit dah. Gaji CEO naik lagi. Taarif letrik pun sudah naik. Harga barang berkali-kali sudah naik. Darah aku pun semakin naik. Setann kau TNB!!! Lahanat bn-umno-apco!!!

PGU 2011.

Meloya yang kata;

TNB catat keuntungan suku pertama RM712.9 juta

KUALA LUMPUR, 19 Jan. - Tenaga Nasional Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu RM712.9 juta bagi suku pertama berakhir 30 Nov 2010 berbanding RM706.3 juta pada tempoh yang sama sebelumnya.

Perolehan kumpulan meningkat 5.3 peratus kepada RM7.726 bilion pada suku pertama daripada RM7.338 bilion sebelum ini, kata pengerusinya Tan Sri Leo Moggie, hari ini.

Beliau berkata, prestasi kumpulan menunjukkan peningkatan 6.1 peratus pada perbelanjaan operasi kepada RM6.55 bilion daripada RM6.179 bilion sebelum ini, kebanyakannya disebabkan kos penjanaan tenaga elektrik akibat peningkatan pada permintaan dan harga arang batu.

Berikutan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, TNB mencatatkan margin EBITDA (pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasab) sebanyak 28.5 peratus berbanding 29.5 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun kewangan sebelum ini. - Bernama


Tapi TNB Bakhil;

Oct 7: The Kelantan state government is demanding Tenaga Nasional Berhad to settle its RM93 million debt which it owed since 1990 for the Pergau-Jeli hydro-electric dam.

State exco for economic planning, finance and welfare, Husam Musa said the sum for the water catchment areas in the dam had yet to be paid to date.

“This is in line with the original agreement signed by Kelantan state government with TNB. The state government has not received any payment and this involves an area of 37,000 hectares," said Husam, who added that an invoice from the state government had been prepared for TNB.

On why the matter was pursued now, the PAS vice president said this was based on a mini committee under him tasked with increasing state government’s revenue.

Husam said TNB had always settled payment for the usage of lands and waters to generate hydro electricity in the Pergau dam, and the money was channelled to a fund called Tok Kenali.

“We hope that TNB will be able to clear the back debt as soon as possible for the interest of the people in the state,” he urged.

Thursday, October 6, 2011

Mudah-mudahan Najib Dengar Nasihat Ulama Besar Umno

Biarlah sekeras dan sebusuk kepala taik hatimu Najib tetapi kami amat berharap semoga Allah melembutkan hatimu untuk memberikan laluan dan peluang kepada Kerajaan Kelantan melaksanakan Hukum Hudud.


Kelantan telah berjaya melaksanakan misi dan visi Membangun Bersama Islam nya yang sebelum itu menjadi kritikan dan bahan ketawa puak gerombolan. Malangnya selepas itu kerajaan Pusat pula dilihat telah banyak meniru pelan pentadbiran bercorak mesra rakyat yang dipelopori oleh Kerajaan Kelantan.

Kini biarlah Kerajaan Kelantan sekali lagi menjadi 'role model' kepada Undang-Undang Hudud. Atau Kerajaan Gerombolan takut sekiranya kehebatan Hudud nanti berjaya memikat hati sekalian rakyat Malaysia dan meletakkan Sekular serta umno-upco ditapak kaki mereka.

Sekurang-kurangnya terimalah dengan positif pandangan dan nasihat ulama tersohor kerajaan dari Perak ini supaya membenarkan Kelantan laksana Hudud. Persoalannya apakah pengamal sekular totok para pemimpin kerajaan sanggup mendengar cakap-cakap orang agama? Bagi mereka selayaknya para ulama hatta berstatus Tan Sri sekadar menyeri majlis-majlis umno-apco sebagai pembaca doa membuka dan menutup majlis cuma.

PGU 2011

Monday, October 3, 2011

Abang Drebar Lori Sampah Pun Rempit

Perkara yang selalu dibualkan orang kat kedai kopi atau dimana pun iaitu tentang perlakuan drebar lori sampah yang jenis tak hiraukan sensitif orang ramai. Jika kita rajin dan membelek semula artikel atau komen ramai pengguna di akhbar-akhbar perdana, majalah atau tabloid, pasti beratus aduan diajukan kepada pelbagai pihak yang berkuasa terutamanya majlis perbandaran.


Terhidu bau lori sampah yang lalu lalang pun kita tak sanggup, apatah lagi bila terhidu bau busuk hanyir air danau yang ditumpahkan oleh lori sampah, naik meloya nak muntah, tambah pulak sedang membaca utusan meloya, mutahhh teruss..

Pengalaman aku dah acap kali minum kat warung sambil menghidup air kopi berserta dengan menghidup udara tengit air sampah. Nasib baik la aku ni jenis manusia selamba sempoi, sesetengah orang yang sensitif bangat tu aku ingat mesti dah angkat kaki. Aku sempat jugak 'snap' sekeping dua gambar simpang koner baring. Gambar di atas adalah antara contohnya.
(gambar: air busuk lori sampah yang melimpahi persimpangan Kg Pelandang Pulau Serai, Dungun. Kelihatan surau dan sebelah kiri tak kelihatan dalam gambar adalah warung)

Oleh itu kita amat berharap kepada pakcik atau abang drebar lori sampah agar berhati-hati apabila membelok kat simpang-simpang jalan, jangan terlebih koner baring supaya air danau busuk meloya tu tidak tumpah dan menghormati 'privacy' orang ramai. Buat kerja biar ikhlas, dari gaya koner baring tu orang boleh tau kerja ibarat melepas batuk ditangga je.

Tuhan Nampak Apa yang Kamu Kerjakan.

PGU 2011.

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET