Wednesday, January 12, 2011

Sorok Minyak: Binawe Punya Orang

Orang ramai bukan main susah lagi pusing ligat nak dapatkan sepeket minyak masak. Si lahabau ni sesuka dia je sorok minyak. Akibat telah diwar-warkan malah semakin panas khabar angin bahawa minyak masak akan naik harga lagi lepas Raya Cina nanti maka sudah ada pembekal yang mengambil kesempatan menyorok minyak masak.


Selain itu orang ramai perlu lebih proaktif memainkan peranan dan sensitif jika berlaku kepelikan dalam pasaran barang-barang kawalan, sila lapor segera kepada pihak berwajib. Jangan wat donno macam lembu kenyang, buat tak kisah, ko nak naik naiklah ko nak turun turunlah.

Pegawai berwajib pula jangan bagi alasan boddo jika terima laporan dari orangramai. Pergi siasat dulu, jangan jawab rambang je konon kilang cutilah, lori penghantaran rosaklah, lori terbaliklah.. bla..bla..bla...

Walau apa pun sifat tidak kebertanggungjawaban utama terletak dibahu kerajaan umno-bn-apco kerana semakin membeban dan menghimpit kebebasan rakyat. Hak-hak mutlak rakyat seperti subsidi demi subsidi habis ditarik balik. Kos penghidupan semakin tenat dan meruncing. Para pembekal menangguk di air keruh.. Lahabau dan bangang umno-apco.

4,000 kg minyak masak dirampas

KUALA TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Negeri berjaya merampas empat metrik tan bersamaan 4,000 kilogram minyak masak bernilai RM10,000 di sebuah premis pembungkusan minyak masak di Kampung Padang Lebam, Bukit Payong, Marang.

Pemangku Pengarahnya, Abd Ghani Harun berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah.

Premis berkenaan turut disita dan pemborong itu akan didakwa di mahkamah atas kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 Urus niaga Barang Tanpa Lesen dan dikenakan penalti di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Barang 1961.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau tiga tahun penjara.

“Pihak PDNKK akan melakukan siasatan lanjut berhubung bekalan minyak masak yang diperoleh dan barangan rampasan dilelong pada hari ini kepada pemborong di sekitar daerah Kuala Terengganu,” katanya kepada pihak media yang hadir.

Sementara itu pada masa sama, Abd Ghani menjelaskan, sebanyak 1,800 metrik tan minyak masak diagihkan kepada 11 pemborong di negeri ini dalam masa sebulan dan melalui pemantauan, Terengganu tidak mempunyai masalah kekurangan minyak masak dalam pasaran.

Pihaknya juga tidak pernah mengehadkan pembelian minyak masak kepada orang ramai atau pengguna.

“Hasil pemantauan mendapati di Terengganu tidak berlaku masalah kekurangan minyak masak, malah agihan kepada pemborong mencukupi bagi menampung keperluan pengguna,” katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET