Perairan Sabah bersempadankan Filipina memang terkenal sebagai pusat laluan dan penempatan puak-puak lanun. Oleh itu takde nak diherankan jika para nelayan terpaksa membawa bersama mereka senjatapi setiap kali turun ke laut. Kita sering dihidangkan beberapa laporan tentang kes pencerobohan dan penculikan oleh pihak lanun. Manakala bertimbun lagi kes-kes sedemikian tidak pernah dilaporkan dan disimpan sebagai x-files.
Senapang dan peluru dari kapal nelayan APMM rampas
SANDAKAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini merampas tiga laras senapang patah termasuk dua buatan sendiri dan 32 butir peluru dari sebuah kapal nelayan di perairan berhampiran Pulau Berhala dekat sini semalam.
Berikutan rampasan itu, juragan kapal itu seorang rakyat tempatan berusia 60 tahun dan tiga krew kapal warga Filipina berusia 31 hingga 36 tahun ditahan bagi siasatan lanjut.
Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Sandakan Kapt Onn Mohamad Khalil berkata, kapal nelayan itu diperiksa kira-kira pukul 7 malam oleh anggotanya di kawasan perairan behampiran Pulau Berhala ketika hendak menuju ke Bandar Sandakan.
Katanya, hasil pemeriksaan menemui selaras senapang patah, dua laras senapang patah buatan sendiri atau dikenali sebagai Bakakuk dan 32 butir peluru yang disorok di dalam kapal itu.
"Juragan kapal itu bersama tiga krewnya kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Senjatapi 1960," katanya di sini hari ini.
Siasatan yang dijalankan termasuk bagi mengenal pasti tujuan senjata berkenaan dibawa di dalam kapal nelayan itu.-sinar harian
Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka
Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
Post Paling Digemari
-
Tiada kelebihan yang ada pada Mad Said kecuali kepandaian mengugut. Padanlah orang Kijal menggelarnya bapak samseng Kijal. Molek dah lawa...
-
Umno memang sedang nazak sekarang ni. Dah la sebenarnya dia koma tapi akibat dibantu belaan jin dan mainan bomoh maka Umno masih dapat berta...
-
Ingatkan orang sukan sihat cergas bersih tanpa dadah, ropanya depa sihat dengan kedarah dadah. Dulu ada sorang pemain Ganu posisi penyerang ...
-
Memang kurang asam perangai bebudak sekolah sekarang. Langsung takde respek kat orang-orang tua dan guru yang mengajar mereka. Mana letaknya...
-
Ada tepatnya ramalan oleh Jabatan Kaji Cuaca Malaysia pada minggu lepas bahawa angin kencang selaju antara 30-40km sejam yang membawa bersam...
-
Heran sungguh setiap hari meroyan kat TV dan SMS duk nyanyi dan membebel supaya rakyat pilih Malaysia. Budak tadika pun geleng kepala nengok...
-
Suatu kenyataan yang kontroversi melibatkan maruah seseorang. Calon pramugari Garuda kelahiran Korea Selatan menuduh agensi penerbangan itu ...
-
PAS Terengganu selepas menang PRU-10 di Terengganu dulu secara drastik dalam masa 24 jam boleh hapuskan tol Jambatan Sultan Mahmud. Itu...
-
Aku no komen. Salah siapa? Bukan salah ibu mengandung. Engkorang nilailah sendiri berlandaskan ilmu bukan berlapik nafsu.
-
Apo kono eh jang..!!! Yang ado kapal selam takmo menyelam, yang takleh selam pulak pi menyelam. Malaysia ku apo nok jadi aku tak tau. KUALA ...
0 comments:
Post a Comment