Wednesday, January 12, 2011

Siapa Juara: Pompuan Vs Pompuan

Dengar pun dah rasa seronok. Belum tengok real lagi tu. Terutama kaum lelaki paling ceria bila dengar ada pompuan nak gocoh sama pompuan. Tapi ini bukan gocoh macam dalam gusti WWE tu tapi gocoh dengan kertas undi. Khabar angin bahawa DUN Tenang bakal menyaksikan Pas dan BN akan mengemukakan calon pompuan.


SHAH ALAM - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, dijangka menyaksikan pertembungan antara wanita apabila Barisan Nasional (BN) dan Pas dikatakan akan mengemukakan calon yang sama.

Namun, Ketua Penerangan Pemuda Pas Mazlan Aliman berkata, pihak media perlu menunggu pengumuman rasmi pada 16 Januari 2011 di Tenang nanti.

“Mesyuarat telah diadakan tetapi tunggulah ia diumumkan 16 Januari ini di Tenang, bagi kami di Johor siapa pun yang menjadi calon, tidak menjadi masalah.

“Apa yang penting hanyalah untuk melaksanakan misi merampas kembali kerusi ini dari UMNO dan BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Difahamkan, mesyuarat tersebut telah memilih seorang daripada dua calon yang disenarai pendek oleh Pas Johor iaitu seorang dari Exco Pemuda, Fidaus Masod dan seorang lagi mewakili Dewan Muslimat Pas, Normala Sudirman.

Kelmarin, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali tidak menafikan ramalan ini dan memberitahu bahawa calon telah dikenal pasti.

Manakala, Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Zulkifli Ahmad turut membayangkan hanya tinggal dua calon yang akan menggalas tanggungjawab itu.

Sementara itu, BN pula dipercayai akan meletakkan calon wanita yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Labis, Haslinda Salleh sebagai calon.

Haslinda yang juga seorang usahawan pernah mengetuai Puteri UMNO Bahagian Labis, mengambil alih jawatan Ketua Wanita UMNO bahagian pada 2008.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET