Wednesday, January 12, 2011

Koman Kau Tak Pandai Ciluk

Pandai makan pandai simpan. Pandai rasuah pepandailah telan. Tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke lubang taik juga. Kharrkkk tuiii...

SHAH ALAM: Seorang penolong pegawai daerah dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas didapati bersalah bersetuju menerima rasuah dalam bentuk pembayaran pangsapurinya, dua tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan terhadap Norhanizatuazwin Samsuni, 30, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dipenjara lima bulan, jika gagal membayar denda. Sepanjang perbicaraan, seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan tampil memberi keterangan. Mengikut pertuduhan, Norhanizatuazwin yang bertugas di Pejabat Daerah/Tanah, Hulu Langat didakwa bersetuju menerima cek bernilai RM10,000 dari Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Winmont Development Sdn Bhd, Datuk Lau Kim So. Ia sebagai sebahagian daripada bayaran rumahnya di C-4-25, Rumah Pangsa, Kajang Impian, dekat sini.


Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Trans Loyal Development Sdn Bhd di nombor 45A, Jalan Bukit Mewah, Kajang, jam 12.30 tengah hari, 14 Mac 2009.

Tapi ada sekor tupai hutan ex-YDP MPD yang bijak, tak jatuh-jatuh walau banyak dahan dia lompat, tererr bangatt.. Dah baham ribu raban dari kantung MPD dari projek-projek bawahmejanya, dikhabarkan kini dia ditukarkan ke KBS. Lagi galaklah gamaknya dia kat sana. Apa daknya! Bukan ker KBS bekas Datuk Azalina jaga dulu dah jadi lubuk anak-anak buah baham pitih?


0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET