Tak tau nak cakaplah puak polis ni. Kalau aku sumpah seranah lebih-lebih kang ada pulak Setan Berjambul ikut aku balik rumah. Pastu skodeng siang malam cari kes.
Hanya kerana RM300 sarjan dipenjara 18 bulan, denda RM10,000
IPOH - Hanya kerana menerima suapan RM300 seorang anggota polis berpangkat Sarjan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu hari ini selepas Megat Ahmad Megat Jaafar, 55, yang dibicarakan dan didapati bersalah menerima suapan itu daripada Rosli Baharom supaya memberitahu keluarga (Rosli) bahawa Rosli sedang ditahan polis kerana memiliki dadah.
Tertuduh yang bertugas di Bahagian Narkotik, Balai Polis Sitiawan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di Jalan Sultan Idris Shah, Manjung pada 1.35 tengah hari pada 7 Julai 2005.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan penangguhan hukuman ke atas tertuduh yang dibuat peguam Abdul Roni Ahmad yang mewakilinya kerana mahu membuat rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.
Hakim Azhaniz Teh menetapkan ikat jamin tertuduh sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin baru. - Bernama







.jpg)


0 comments:
Post a Comment