Saturday, April 3, 2010

Perkedaian Pulau Serai Tiada Jalan Masuk

Pulau Serai, Dungun - Sebuah pusat niaga berupa 7 Lot Rumah Kedai di Perkedaian Pulau Serai didapati tiada kemudahan jalan masuk. Bangunan yang dimajukan oleh SEDC ini dibina oleh anak syarikatnya iaitu GPQ Sdn Bhd di dalam kawasan Perumahan Taman Rakyat Pulau Serai.

Apa yang membingungkan kita jika anda lalu dan perasan ialah tiadanya kemudahan jalan masuk untuk para pengguna terutama dari arah jalan besar kerana laluan dihalang oleh sebuah parit panjang selebar lebih kurang 20 kaki.

Bagai melepaskan batuk ditangga, pihak pemaju seolah menutup mata dan buat tidak faham akan kerugian yang bakal dialami oleh para peniaga di bangunan berkenaan nanti. Secara kasarnya para peniaga sekadar mengharapkan sambutan dari para penduduk di sekitar kawasan perumahan tersebut semata-mata.

Manakala lori para pembekal pula terpaksa menggunakan jalan belakang lebih kurang satu kilometer melalui kawasan perumahan tersebut untuk sampai ke bangunan kedai. Manakala beberapa orang pelanggan dari seberang jalan pula mengambil inisiatif merentangkan sebatang kayu sebagai jejambat alternatif untuk menyeberang.

Jejambat ini sudah tentu membahayakan para pengguna terutamanya kanak-kanak kerana dikhuatiri tergelincir jatuh ke dalam parit berkenaan.

Menurut En.Hanafi iaitu pekerja kedai runcit di situ bahawa beberapa langkah telah diambil oleh para penduduk Taman Perumahan tersebut merayu kepada pihak Majlis Perbandaran Dungun supaya di bina sebuah jalan susur masuk.

Antaranya mengangkat permohonan kepada pihak MPD supaya diambil langkah perlu demi kemudahan rakyat Taman Rakyat. Selain itu pihak Majlis juga telah mengarahkan supaya JKKK Taman Rakyat membuat petisyen dengan mengambil tandatangan semua penduduk. Arahan itu telah dibuat namun hingga ke hari ini tiada sebarang respon dari pihak MPD.

Dikhabarkan juga permohonan pernah dikemukakan kepada pihak JKR Daerah Dungun tapi dangkal maklumbalas diterima bilamana mereka menyatakan bahawa JKR tiada bajet untuk memenuhi tuntutan penduduk.

Oleh itu besar harapan penghuni Taman Rakyat Pulau Serai khasnya dan penduduk sekitarnya agar pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah jalan masuk ke kawasan ini.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET