Tuesday, September 8, 2009

Takziah Untuk Ustaz Saiful

Innalillahiwainna ilaihiraajiun...

Takziah kepada Ustaz Saiful Bahari, Timbalan Pesuruhjaya Pas II Terengganu di atas kematian anaknya petang tadi.

Menurut sumber anak Ustaz Saiful dan dua rakannya dipercayai mati lemas setelah tergelincir dari tebing sungai Paka berhampiran dengan Maahad Tahfiz Darul Bayan. Kawasan itu juga dikatakan tapak bekas aktiviti menyedut pasir suatu ketika dulu.

Mereka dipercayai lemas pada jam antara 4.30 ke 5.00 petang sewaktu mandi manda di kawasan itu. Kerja-kerja mencari melibatkan orangramai dan pihak berwajib berterusan sehingga malam ini.

Selain daripada anak ustaz Saiful yang berumur 10 tahun, seorang anak pekerja Petronas dan tukang rumah turut sama lemas.

Sewaktu berita ini ditulis dua orang telah ditemui iaitu anak pekerja Petronas tersebut pada kedalaman 30 kaki manakala anak ustaz Saiful dijumpai pada kedalaman lebih kurang 65 kaki. Seorang lagi mangsa masih belum ditemui.

Marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah untuk roh simati dan kita mengharapkan ibubapa serta keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi situasi dugaan yang amat hebat ini oleh Allah Taala.

Al-Fatihah...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Jadilah Insan Celik Politik

Jadilah Insan Celik Politik

Hidup Untuk Bahagia Atau Untuk Celaka

Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”

Motto & Slogan

Image Hosted by ImageShack.us

MalaysiaKu BERSIH

There was an error in this gadget

Malaysia Tanah Air Ku

Malaysia Tanah Air Ku

MALAYSIA DARUL BOGEL

MALAYSIA DARUL BOGEL

Fitnah Kerja Umno-Apco

Fitnah Kerja Umno-Apco

Soalan Simpel Jawapan Mimpel

Ketelusan SPR



Pesanan Ulama...

Rehat Kejap

Post Paling Digemari

SEMAK PENIPUAN INTERNET